RESEPI CHOCOLATE MOIST CAKE

11/18/2012 damiaamna 0 Comments




First saya nak ucapkan terima kasih kepada Puan Ramlah (isteri kepada rakan sekerja) sebab kongsi resepi ni....sedap dan istimewa sangat.....selalu buat kek ni untuk birthday diri sendiri jew he he jangan maraaaa eh.....tapi selalunya saya akan kendurikan kek untuk officemate laaa..suke deme


Bahan-bahannye:
2 cawan tepung gandum...jangan pepandai tukar tepung lain
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

bahan A
1/2 cawan serbuk koko           )
1 sudu tek nescafe                   )
1 cawan air sejuk(chiller)        ) bancuh bahan A dan kemudian masuk dalam freez selama 20 minit
1 1/2 sudu teh esen vanila       )
1 sudu teh esen coffee             )

3/4 (5 oz) mentega (yang saiz 250gm ye)
1 1/2 cawan gula castor
3 biji telur ayam gred A

caranya:
  • pukul mentega bersama gula hingga kembang.
  • masukkan telur satu demi satu dan pukul lagi.
  • ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
  • kemudian masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan diselang selikan dengan dengan bahan A sehingga habis.
  • setelah semua bahan sebati, gaul adunan menggunakan tapak tangan selama 5 minit.
  • tuang adunan kedalam dulang pembakar dan bakar kek sehingga masak....jangan terlalu lama ye...nanti tak moist lagi.
Toping

bahan-bahan:
3/4 cawan susu (susu tepung yang dibancuh)
1/2 cawan gula castor
2 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan serbuk koko
1 sudu besar esen vanila
1/4 mentega(lebihan mentega untuk kek tadi)
1 biji telur

caranya:
masak semua bahan kecuali telur dan mentega. masak sehingga pekat (double boil). setelah pekat angkat, dan masukkan kuning telur serta mentega.

potong kek yang telah sejuk di tengah. tuangkan bancuhan koko tadi kemudian tuangkan labihan bancuhan tadi bahagian atas kek pulak. dah siap kek kita, tunggu sejuk sket, boleh la tambah hiasan lain kalau nak... he he
SELAMAT MENCUBA.......

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah