RESEPI PUDING TRIFFLE

11/18/2012 damiaamna 0 Comments

Resepi Chocolate Moist Cupcake

Resepi agar-agar pelangi beroti

Nyum-Nyum,...nampak menarik kan..jom cuba buat mudah dan ringkas saja sebenarnya...

BAHAN_BAHAN:
1 biji kek gulung (perisa oren/coklat)
1 tin susu cair
1  1/2 tin air (guna tin susu cair tadi ye)
7 sudu besar tepung kastard (brand ikut suka lah)
5 sudu besar gula ( jangan membukit ye, biar rata je)
1 tin cocktail buah-buahan
1 paket jelly ( saya guna brand nona)


CARA MEMBUATNYE

LAYER PERTAMA
  • potong kek gulung menjadi 12 bahagian.
  • susun kek gulung tadi dalam bekas yang lutsinar (supaya nampak cantik bila dah siap)
  • tuang air atau renjiskan air daripada buah-buahan cocktail keatas kek hinggan menjadi agak lembap
LAYER KEDUA(kastard)
  • masukkan susu cair kedalam periuk
  • masukkan air ke dalam periuk yang sama
  • masukkan tepung kastard dan gula kedalam campuran susu dan air tadi.
  • letakkan campuran tadi atas api yang kuat dan kacau selama 10 minit.
  • kecilkan api dan kacau lagi hingga campuran menjadi likat/pekat
  • matikan api dan tuangkan campuran kasstard yang dah siap dimasak atas LAYER PERTAMA (kek yang dah disusun dalam bekas tadi)
  • biarkan sejuk selama 10 minit kemudian baru taburkan buah-buahan cocktail atas puding yang separuh siap tu....
  • jangan bubuh habis ye bua-buahan tu..tinggalkan sedikit untuk layer atas sekali
LAYER KETIGA
  • larutkan jelly ke dalam 400 ml air panas. (ikut arahan pada peket jelly je sebenarnya he he)
  • tuangkan jelly yang dah siap dimasak atas campuran (LAYER KEDUA) tadi
  • taburkan baki buah-bauahan tadi atas LAYER KETIGA dan sejukkan sebentar dalam freezer oops salah..chiller je...nanti beku pulak camne nak makan ye
SELAMAT MENCUBA.....

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah