PERCUTIAN KELUARGA TAHUN 2012

12/11/2012 damiaamna 0 Comments


Percutian keluarga kali ini adalah menjelajah negeri pantai Timur. Perjalanan ini bermula pada pagi sabtu, seawal jam 8 pagi kami bertolak dari rumah di Taman Tanjung Perdana, Ipoh balik ke kampung di Kuala Kuang, Kupang Baling untuk menjemput ibu dan bapa mertuaku di sana. Kami terus berus bertolak dari kampung pada jam 10.30 pagi menuju ke Jerantut, Pahang ke rumah kakak iparku di sana. Kami bermalam selama 2 malam di sana. Kemudian kami menuju ke Kuantan, Pahang dan bermalam di Citiview Hotel kerana pada keesokannya anak kakak iparku perlu menhadiri temuduga Maahad Tahfiz disana....
disini kami dapat menikmati makanan laut seperti ikan bakar dan sebagainya di kawasan medan ikan bakar Tanjung Lumpur.....seronok juga..
Pantai Teluk Cempedak


















Keesokan pagi, selepas bersarapan di hotel manakala suami dan anak-anak makan nasi lemak bungkus yang dibeli oleh kakak iparku. Kami berkemas dan menuju ke pantai Teluk Cempedak untuk melihat sendiri keindahan pantainya...
inilah hasilnya, memang cantik
Medan Ikan Bakar Tanjung Lumpur
Cuaca di Kuantan tidak begitu menizinkan kami untuk berada di situ lebih lama, kemudian kami pun bertolak menuju ke Kuala Terengganu melaui jalan Jabor.....perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam dengan pemandangan kiri kanan jalan adalah kawasan ladang kelapa sawit dan getah.....kami tiba di Hotel K T Mutiara, Kuala Terengganu lebih kurang jam 3 petang....kami solat dan keluar dari hotel untuk menikmati makan tengahari di kawasan berhampiran, kemudian memulakan penjelajahan Kuala Terengganu dengan mengunjungi Pulau Wan Man untuk melihat Taman Tamadun Islam dan juga Masjid Kristal. Kemudian sebelum balik ke hotel kami mendapatkan bekalan makanan ringan di sekitar Pasar Payang dan terserempak Uztaz Azhar Idrus yang sedang menikmati durian di situ....


Pantai Teluk Cempedak




Hari kedua di Kuala Terengganu, selepas bersarapan sambil menunggu hujan reda kami keluar ke Muzium Negeri berdekatan Taman Tamdun Islam. Dalam perjalanan balik untuk menuju kePasar Payang untuk membeli belah, kami singgah di Perkampungan keropok lekor iaitu Kg Losong. Kemudian dari Pasar Payang kami ke Pantai Batu Burok dan menikmati makan tengahari di medan selera berdekatan pantai.....keadaan laut tidak begitu mengizinkan pengunjung untuk mandi di situ sebaliknya hanya duduk menikamati keindahan alam cipataan Allah.
Kemudian kami ke Masjid Tg Tengah Zaharah (Masjid Terapung) dan solat disitu. Kemudian kami melawat komplex Noor Arfa Batik yang berada berdekatan dengan masjid terapung. Oleh kerana aku gemarkan ikan bakar dan dalam pada masa aku tengah diet protin maka kami ke kawasan medan selera tanjung untuk menikmati ikan bakar sebelum balik ke hotel....


Hari ketiga juag hari terrakhir di Kuala Terengganu, kami sempat singgah ke Pulau Duyong untuk menyaksikan Monsoon Cup 2012 sebelum bertolak  ke Kota Bharu, Kelantan.


Kami tiba di Kota Bharu jam tiga petang, menikamati makan tangahari di warung berdekatan dan kemudian kami ke Masjid Muhammadi untuk menunaikan solat. Kemudian kami ke Pasar Siti Khadijah untuk berbelanja lagi...ha ha ha...memang best shoping kat pantai timur ni (especially kain baju dan juga batik laaa)...selesai shoping kami bertolak ke Pasir Mas untuk bermalam di rumah keluarga angkatku di Kampung Gabus, Tok Uban,,,,
Esoknya yang merupakan hari terakhir percutian, kami ke Rantau Panjang untuk shoping lagi sebelum bertolak balik ke Kedah.....nikmatnya berbelanja ha ha...sedar-sedar poket dah kering......memang gila shoping kalau ke pantai timur ni........berazam untuk menjejakkan kaki lagi ke sini.......sesiapa yang mencari destinasi percutian,..meh la cuba ke sini...BEST!!!!!!!!!!!






0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah