CEGAH DAN ATASI DARAH TINGGI DENGAN SHAKLEE
Hypertension / Darah Tinggi
Jantung merupakan
alat pengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan
tekanan yang membawa darah keseluruh badan kita. Setiap individu mempunyai
tekanan darah yang berbeza. Hypertension / tekanan darah tinggi disebut sebagai
penyakit senyap yang mengakibatkan banyak komplikasi danjuga kematian jika
tidak dirawat.
- Hebih 2,800000 rakyat Malaysia (semoga kita bukan dalam statistik ini) mengidap tekanan darah tinggi. Lebih malang lagi 80% tidak tahu tentangnya. Darah tinggi juga disebut sebagai pembunuh no 1 di Malaysia.
- Kajian juga menunjukkan 4.8 juta orang / 43% daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun mengidap darah tinggi.
Vitamin Shaklee yang disarankan kepada penghidap darah
tinggi:-
- Carotomax, Vita-C dan Vita-E –> gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.
- Omega Guard –> merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung
- Garlic Complex –> mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.
Dari blog PUNCA DARAH TINGGI maka dalah seperti di bawah
Akar Umbi Tekanan Darah Tinggi...
Masalah tekanan darah tinggi yang anda dapat sekarang adalah
berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun lepas.
Tekanan Darah Tinggi BUKAN satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau
tanda bahawa keadaan dalaman badan anda sudah menjadi semakin tercemar dengan
macam-macan bahan yang terkandung dalam makanan zaman moden ini.
Kalau tekanan darah tinggi itu merupakan satu penyakit
seperti selesama atau wabak, ia patut sudah lama menjangkiti ahli keluarga
anda. Hakikatnya, tekanan darah tinggi TIDAK menjangkit! Tekanan darah tinggi
bukan disebabkan oleh virus atau bakteria! Jadi, apakah fungsi ubat-ubat
hipertensi yang doktor bagi itu?
Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada
pesakit tekanan darah tinggi:
- Diuretic - Ubat jenis ini merangsang buah pinggang supaya meningkatkan pembuangan air kencing. Tujuannya adalah untuk kurangkan kandungan cecair di dalam darah dan dengan itu rendahkan tekanan darah.
- Vasodilator - Ubat jenis ini merangsang dinding kapilari darah supaya menjadi relaks dan lentur untuk menambah ruang saluran darah.
- Alpha Blocker - Ubut jenis ini mengelakkan dinding saluran darah daripada menjadi tegang.
- ACEs Inhibitor - Ubat jenis ini memberhentikan penghasilan hormon yang merangsang saluran darah menjadi tegang.
Untuk tujuan pengawalan semasa tekanan darah anda menjadi
tinggi, anda memang perlu ambil ubat-ubat tersebut untuk kurangkan tekanan
darah, tetapi anda tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat tersebut buat
selama-lamanya. Ini adalah kerana ubat-ubat kimia tersebut mungkin menimbulkan
kesan-kesan sampingan yang jarang diberitahu. Antara kesan-kesan sampingan yang
disebabkan oleh ubat-ubat hipertensi adalah:
Memori Lemah - Anda perasan tak? Sejak anda mula mengambil
ubat-ubat hipertensi, daya ingatan anda semakin merosot. Anda kerap lupa dimana
anda letak kunci kereta atau perkara-perkara yang baru berlaku tidak lama.
Letih dan lesu - Ramai pesakit hipertensi kerap rasa letih
dan lesu, mereka rasa tiada "Ohhm...!" untuk melaksanakan kegiatan
harian. Malah, terdapat juga orang rasa kekuatan batin merosot dan kerap alami
sakit kepala.
Emotional - Anda sendiri mungkin tidak perasan tentang
perubahan ini. Sila tanya ahli keluarga yang telah lama hidup bersama anda,
adakah anda telah menjadi senang marah dan 'moody' sejak kebelakangan ini.
Jadi, lain kali sebelum anda terima sebarang ubat atau suntikan
daripada doktor, anda patut tanya pada beliau, apakah kesan sampingan ubat
tersebut jika diambil berterusan buat jangka masa yang panjang? Adakah
bahan-bahan kimia di dalam pil-pil ubat itu akan menyebabkan kegagalan buah
pinggang jika kerap digunakan? Kenapa 'dosage' ubat tersebut menjadi semakin
tinggi dan kenapa tekanan darah TIDAK nampaknya berkurangan pun? Sila minta
beliau bagi jawapan yang jujur dan ikhlas, ia merupakan hak asasi anda untuk
ketahui kebenarannya.
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah