MAKSIMUMKAN KESAN VITAMIN

6/18/2013 damiaamna 0 Comments


Saya rasa ramai yang mengalami dilema macam ni kan, dah cuba supplement dengan harapan untuk meningkatkan kesihatan. Tetapi tak kurang juga ramai yang merungut tak Nampak kesan langsung walaupun dah berbelanja untuk kesihatan yang optimum. Sebelum anda merungut cuba semak balik cara pemakanan anda dan juga cara pengambilan supplemen tersebut. Kenalpasti fungsi dan bagaimana ia bertindak dulu. Saya sendiri pun kadang-kadang mengalami masalah yang sama.




Yang paling penting sekali,untuk mengoptimumkan kesan vitamin ni:-

1- Kena tahu sifat atau perangai vitamin yang kita ambil.

Setiap vitamin mmpunyai ciri atau cara bertindak yang berbeza. Sebagai contoh, ada vitamin yang larut air,dan ada juga vitamin yang larut lemak. Vitamin yang larut air bermaksud vitamin yang mudah larut dalam air,dan memerlukan air sebagai agen penyerapan,contoh vitamin larut air adalah Vitamin C dan B. jadi bila kita mengambil vitamin larut air,perkara yang paling penting adalah,mengambil vitamin ini bersama dengan air.
                                         

Bagaimana pula dengan vitamin larut lemak?? Vitamin larut lemak adalah Vitamin A,D,E & K. Jadi bila mengambil vitamin ini,ia perlu diambil bersama dengan makanan berlemak/ susu. Dengan ini,ia dapat membantu vitamin larut lemak ini untuk berfungsi semaksimumnya.

 
 2- Perlu tahu vitamin yang perlu diambil sebelum dan selepas makan.

     Macamana nak tahu??..haha,rajin-rajin la belek botol vitamin yang kita beli tu..Jangan tahu makan je...Biasanya,di setiap botol vitamin ade tulis ambil sebelum ataubselepas makan.Contohnya,Zinc Complex. Zinc Complex seelok-eloknya diambil sebelum makan atau semasa perut kosong. Ini kerana,bila Zinc diambil semasa perut kosong, ia membantu merangsang enzim-enzim penting dalam badan kita. Enzim-enzim ini merupakan unsur penting membantu sistem tubuh berfungsi dengan lebih baik terhadap vitamin dan nutrisi yang kita ambil.

 
3- Kita juga perlu tahu ape yang boleh diambil bersama atau tidak.

      Ada vitamin yang boleh diambil bersama vitamin lain..ada juga vitamin yang tidak boleh diambil bersama makan tertentu. Ini merujuk balik kepada jenis vitamin ape yang kita ambil. Ada juga vitamin yang terlalu sensitif dengan haba..

 
4- Elakkan minuman dan makanan berkafein.

      Bila kita mengambil vitamin,apa- apa sahaja vitamin, paling penting,elakkan pengambilan makanan berkafein. Anda penggemar kafein?kopi?tea?...Jangan risau,korang masih boleh ambil makanan atau minuman kegemaran korang..Tapi,jarakkan waktu pengambilan vitamin dan kafein ni...

 
Kredit to :Sufi's Secret

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah