PROGRAM DIABETES SHAKLEE

6/07/2013 damiaamna 0 Comments




Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:


Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

Kira-kira 8.3% dari orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes, dan kebanyakannya diabetes type 2. Diabetes jenis ini dikatakan bersifat keturunan, yakni bila ibu bapa ada menghidap diabetes, anak-anaknya mempunyai risiko sehingga 80% untuk turut menghidapnya.
Namun kajian terbaru menunjukkan bahawa tabiat memberi makan terlalu awal kepada bayi mendedahkan mereka kepada diabetes type 2 bila dewasa nanti.


Cadangan Supplement untuk program Diabetes Shaklee :
  1. GLA-membawa kesan positif pada diabetes neuropathy
  2. B Complex - terlibat dalam metabolisma gula & tukarkan makanan kepada tenaga.
  3. Alfalfa - bantu stabilkan gula dalam darah.
  4. Zinc - bantu penghasilan insulin & pulihkan luka.
  5. Ostematrix - membekal Magnesium, krn Mg yang rendah menyumbang kepada dibetes.
  6. Vitalea - membantu mengimbangi multivitamin & multimineral basic dalam badan untuk pemulihan.
  7. Vitamin C - kukuhkan kapilari & saluran darah, juga membantu memulihkan kelemahan badan.
Shaklee
 
 Pesakit kencing manis juga boleh mengambil supplement SHAKLEE di bawah untuk kesan yang lebih baik :
  1. Vivix
  2. Cinch Shake Mix
  3. Omega Guard
In Shaa Allah  dengan pengambilan yang konsisten terbukti secara klinikan boleh membantu mengawal penyakit kencing manis dan disertakan dengan Doa.
 
Boleh Hubungi saya untuk panduan dan nasihat pemakanan.......
 


0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah