TIPS MENYIMPAN SUSU IBU
Untuk menyimpan susu
badan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat. Beg sejuk khas
untuk pembekuan susu badan boleh dibeli untuk menyimpan susu anda tetapi
selalunya ia mudah bocor, koyak dan berlubang, dan mungkin tidak bertutup
rapat. Walau bagaimanapun, Perunding Laktasi dan Pengerusi Pesatuan Ibu-ibu
Menyusu UK, berkata: "Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian
luarnya diperbuat daripada nilon dan semuanya akan OK. Satu lagi cara ialah
menggunakan dua lapis beg." Namun begitu, gelas atau plastik keras adalah
pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
Anda mungkin telah menjumpai banyak garis
panduan yang berlainan mengenai tempoh dan tempat anda boleh menyimpan susu
badan (EBM - expressed breastmilk). Persatuan Simpanan Susu UK menjelaskan
bahawa ini ialah disebabkan kumpulan kajian yang berlainan telah memfokuskan ke
atas aspek simpanan susu yang tertentu yang mana telah dibentangkan berkaitan
kajian tertentu, dan bukanlah bermakna garis panduan itu adalah salah. Beberapa
garis panduan disasarkan kepada susu yang disimpan dalam keadaan steril dalam
tabung susu; ada yang lain hanyalah relevan jika anda mempunyai bayi pramatang.
Secara am, garis panduan yang berikut berasaskan kajian yang diperolehi dari
UK’s Association of Breastfeeding Mothers (ABM) dan sesuai bagi ibu yang
menyimpan susu di rumah untuk bayi yang sihat dan cukup terma.
Sebagai tambahan kepada garis panduan dari
ABM, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:
• Jika anda akan
membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
• Susu yang dialihkan
dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.
Kredit to :Baby Center
Kredit to :Baby Center
TIPS PENYIMPANAN
Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci
tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan
betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.
•Bekas kedap udara
daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku
termasuklah bekas dadih.
•Bag sejuk beku khas
untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber,
Playtex.
•Jangan menggunakan
plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
2) Membersihkan Bekas
Penyimpanan:
•Basuh bekas menyimpan
susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
•Biarkan bekas kering
di tempat yang bersih.
•Anda juga boleh
mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau
farmasi.
3) Panduan Menyimpan
Susu Ibu:
•Sejukkan susu dalam
masa 1 jam selepas diperah.
•{mosimage}Labelkan
bekas dengan tarikh dan masa perahan.
•Simpan susu dalam
kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
•Sejukkan susu yang
baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
•Jangan isi susu
terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa
proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak
cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang
sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan
susu.
Kredit to : Ummi Syahmi
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah