RESEPI BLUEBEERY CHEESECAKE

7/08/2013 damiaamna 0 Comments

Blueberry Cheesecake
 

Bahan-bahan ( loyang springform @ loose pan bulat 7" @ 8" )
100g biskut marie, dihancurkan (atau guna oreo)
100g butter, dicairkan (kalau guna oreo, guna 50g butter saje)
*Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.
 
Bahan cream cheese:
250g cream cheese, suhu bilik
65g whipping cream @ fresh cream
30g gula kastor
3 kuning telur Gred A
1/2st esen vanilla
 
 
200g blueberry filling
 


Blueberry Cheesecake
 
1/2st jus lemon @ lemon oil @ limau kasturi

30g gula kastor

3 putih telur Gred A

1/4st cream of tartar (optional)
 
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. UPDATE: Biskut mungkin mengelembung sikit masa bakar. Boleh ratakan balik dgn belakang sudu.
2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana.
 3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.
 4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku. (***perhatian = untuk merinque sila pukul telur putih dengan kelajuan yang tinggi dan apabila berbuih, tambahkan gula tampah kurangkan kelajuan memukul telur dan teruskan pukul sampai bertanduk ok macam dalam gambar dan tak tumpah apabila dibalikkan)
 5. Kaup balikkan meringue (nama putih telur yg dipukul kembang tu) ke dalam adunan cream cheese secara perlahan-lahan.
 6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar.


 7. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 55 minit-1 jam, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan.
8. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.
9. ***Kalau nak buat swirl, sebelum adunan dituang ke dalam loyang, ambil 1/3C adunan tersebut dan tambah 2sb blueberry filling. Kacau rata. Tuang lebihan adunan ke dalam loyang dan letak sesudu adunan berfilling secara rawak di atas permukaan nya. Guna pisau atau lidi untuk buat corak.


Kredit to : Aku.Zack
 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah