RESEPI KARI IKAN SIAKAP

7/22/2013 damiaamna 0 Comments

Kari Ikan Siakap

Sebagai anak jati Kedah...ini adalah menu wajid bagi kitorang....so walau suka atau tak, kena la belajar juga kan......dulu tak pandai sangat masak kari ni sebab kurang gemar....tapi bila dah berumahtangga kena la mantapkan juga sebab encik suami pula suka makan kari ...ayooooo

Kari Ikan siakap

Kari ikan siakap

Bahan-bahan

4 sb minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang merah dipotong slices
3 ulas bawang putih dipotong slices
1 sb halba campur
4 tangkai daun kari
1 paket rempah kari ( saya suka cap O sebab pedas )
1/2 cawan air asam jawa
1/2 biji kelapa (4 cawan santan )
5 potong ikan siakap
garam secukup rasa

Bahan tambahan (jika suka )
10 biji bendi
2 biji tamato muda
3 biji cili besar hijau

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. bancuh sebuk kari bersama air asam jawa dan masukkan dalam periuk tadi dan biarkan sehingga pecah minyak ( kalau tak kari anda akan berbau rempah ye...itu tandanya rempah tak cukup masak)
  3. masukkan 2 cawan santan dan biarkan mendidih sekejap kemudian masukkan ikan dan masukkan santan selebihnya dan tunggu mendidih.
  4. akhir sekali masukkan bahan tambahan dan garam secukup rasa.
  5. dah pun siap kari kita.....
*Nota : sekiranya anda ingin masak kari kepala ikan atau ikan yang agak keras isinya, sila masukkan selepas rempah masak iaitu sebelum masukkan santan ye......supaya ikan tadi lembut atau empuk....

SELAMAT MENJAMU SELERA

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah