KEPUTIHAN SEMASA HAMIL DAN CARA ATASINYA

8/27/2013 damiaamna 0 Comments


Bagaimana saya tahu jika saya mengalami keputihan?

Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan: •lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej;

•terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda;

•anda akan rasa sakit apabila bersama suami;

•rasa sakit apabila membuang air kecil.

 

Bagaimanakah saya boleh mendapat keputihan?

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.

 

 Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:

•Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.

•Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.

•Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.

•Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.

•Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.

Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika pasangan anda mengalaminya.

 

Bilakah saya harus berjumpa doctor?

Jika anda rasa anda mengalami keputihan, beritahulah doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di sekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan, di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal.

 

 Doktor anda mungkin akan mempriskripsikan ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu mempriskripsikan apa-apa setakat itu.

 

 Jika anda diberikan ubat jenis pessari, anda juga mungkin diberi alat untuk memasukkan ubat itu ke dalam faraj. Jika ini berlaku, berhati-hati supaya tidak memebri tekanan kepada serviks, iaitu bahagian leher uterus (rahim) anda. Anda mungkin lebih suka memasukkannya dengan perlahan-lahan menggunakan jari sendiri.

 

 Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu samada ianya selamat diambil ketika hamil.

 

 Jika suami anda mempunyai simptom-simptom keputihan, dia juga perlu menerima rawatan. Jika tidak, ada kemungkinan anda akan dijangkiti lagi walaupun setelah anda menerima rawatan.

 

Adakah apa-apa rawatan di rumah yang boleh saya cuba?

Sesetengah cadangan berikut mungkin boleh membantu: •Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.

•Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.

•Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.

•Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.

•Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.

Baca artikel kami untuk mengetahui rawatan tradisional untuk keputihan.

 

Adakah keputihan akan membahayakan bayi saya?

Tidak. Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim.
 

 Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga.

  Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak menyelesakan, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan sangat.
 
 

 
Untuk mengurangi keputihan saat hamil:
1.Hindari pemakaian air sembarangan untuk membasuh vagina, terutama di toilet umum.
2.Hindari mengenakan celana ketat dan panty liner yang berpotensi membuat vagina lembab. Segera ganti celana dalam bila terasa lembab.
3.Hindari penggunaan pembersih/sabun vagina.
4.Jaga kebersihan daerah genital.
5.Segera berjumpa dengan doctor anda untuk keterangan lanjut.
6. Anda juga boleh mencuba supplement dari Shaklee.
 

 


Kredit to :Baby Center

 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

PETUA ATASI BENGKAK SUSU

8/27/2013 damiaamna 0 Comments

PENYUSUAN



Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini.  Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.

 

Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

 

Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.

 

Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.

 
1.      Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

 
2.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

 
3.      Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.

Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

 
4.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

 
5.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

 
6.      Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

 
7.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
 

8.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

 
9.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

 
10.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

 
 



PENYUSUAN
 
Kredit To :PaMa

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

MENGAPAKAH BENGKAK PAYUDARA

8/27/2013 damiaamna 0 Comments

PENYUSUAN

PENYUSUAN
 

Mengapakah payudara saya bengkak dan sakit?
 Pada minggu pertama selepas bersalin, anda mungkin dapati buah dada anda sangat membengkak, sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak. Anda juga mungkin mengalami demam. Tetapi jangan risau. Walau seteruk manapun bunyinya, keadaan ini hanya sementara.
 
Apakah sebabnya payudara bengkak dan sakit?
Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak.
Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras. Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda.
 
Apakah yang boleh saya lakukan untuk merawat payudara bengkak?
Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu:
Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara
Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.
Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang membesar.
 
Berapa lamakah payudara bengkak akan berlanjutan?
Mujurlah, masalah payudara bengkak selalunya berlalu dengan agak cepat. Anda boleh menjangkakan ia akan berakhir dalam masa 24 hingga 48 jam, dan menyusukan bayi anda dengan kerap dan efisien patut membantu lagi.
 Jika anda memilih untuk tidak menyusu badan dan sebaliknya memberi susu formula, anda mungkin dapati payudara menjadi sungguh penuh apabila susu anda mula mengalir. Selalunya, apa yang diperlukan hanyalah ubat penahan sakit dan memakai coli sokongan yang baik.
Kadang-kala, jika bengkak payudara itu sangat teruk, anda mungkin perlu memerah sedikit susu menggunakan tangan untuk melegakan tekanan pada buah dada.
 
Bolehkan saya teruskan penyusuan walaupun payudara bengkak?
Boleh, dan memang itu yang sepatutnya. Jika boleh, susukan bayi anda sebaik saja dia dilahirkan, dan lakukan dengan kerap bermula daripada saat itu. Perhatikan bayi anda untuk melihat tanda kelaparan seperti mencari puting, menghisap buku limanya dan menjadi resah. Jika dia menangis, bermakna dia sudah sangat lapar.
Sebaik sahaja bengkak reda, payudara anda akan menjadi lebih lembut, walaupun masih penuh dengan susu.
 
Adakah payudara bengkak akan memberi kesan pada bayi saya?
Tidak. Tetapi ia mungkin membuatkan anda mahu menyusukannya sebanyak dan sekerap yang boleh.


Kredit to : Baby Center

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

CARA MAKAN IKUT SUNNAH NABI

8/23/2013 damiaamna 0 Comments


SHAKLEE
BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.

Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.

Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

 
Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

 

Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

 

Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

 

Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

 

Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

 

Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

 

Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

 

Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

 


Oleh Ustaz Zawawi Yusoh
KREDIT TO :ISLAM ITU INDAH

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

NUTRIWHITE SET PENJAGAAN WAJAH SETANDING ESTEE LAUDER

8/23/2013 damiaamna 0 Comments


Shaklee







Sekilas Info mengenai Nutriwhite Shaklee

•Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika

•3 tahun pembangunan produk

•Pemilihan bahan aktif dan mentah yang diperolehi dari 16 buah negara

•Ujian yang menyeluruh

•Ramuan gabungan yang optimum

•Selamat dan berkesan

•Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti

•Patent-pending WhiteN-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya

 

Bahan-bahan yang terdapat dalam NutriWhite Shaklee:

Gabungan 16 ramuan botani yang mujarab:

•Bearberry - meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan

•Soybean - mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok

•Skullcap - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid

•Beech Tree - meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit

•Strawberry Begonia -mencerahkan dan pigmentasi

•Mullberry - mencegah kerosakan kulit dan melembap

•Peony - mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan

•Rosemary - mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan

•Aloe Vera - melegakan, melembapkan dan keradangan

•Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones

•Cat's Claw - menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin

•Kudzu Leaf & Roots - menegang dan mengurangkan keradangan

•Linden - menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalam

•Marshmallow - melembapkan dengan tanin

•Seaweed - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan

•Green Algae - menyahtoksin dan melembapkan

 
Nutriwhite Shaklee
 
 

Gentle Deep Foam Cleansing

•Membersihkan dan menyegarkan kulit

•Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan

•Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan

•Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
•Lembut dan menyegarkan
 



Ultimate Protection Whitening Lotion

·         Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran



Soothing Radiance Whitening Softener

•Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang

•Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary

•Kudzu menegangkan dan mencerahkan

•Marshmallow melembapkan

•Ianya sangat berkesan



Overnight Renewal Whitening Cream

•Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur

•Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam

•Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit

•Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah

•Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri



Spot Whitening Treatment

•Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat

•Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit

•Cats Claw menegangkan kulit

•Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus



Gentle Action Makeup Remover

•Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri

•Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan

•Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit

•Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri



Daily Defense Whitening Essence

Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:

•Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,

•Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen

•Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam

•Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari

•Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah

•Lembut dan mudah diserap oleh kulit


0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

AMALAN WANITA SEMASA MENGANDUNG

8/22/2013 damiaamna 0 Comments

SHAKLEE

Amalan amalan wanita semasa mengandung menurut islam, apabila pasangan suami dan isteri yang telah mendirikan rumah tangga sudah pasti akan dikurniakan Cahaya Mata oleh Allah S.W.T.

Sebagai seorang yang akan bergelar ibu mestilah sentiasa menjaga kesihatan luaran dan juga dalaman.

Antara amalan yang disarankan ialah :

1)  Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa-dosa yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yang bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.

2)  Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.

3)  Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran Seperti :


•Surah Al-Fatihah dan ayat kursi

•Surah Yaasin

•Surah Taubat

•Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)

•Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).

•Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)

•Surah An-Nahl ayat 78

•Surah Al-’Araaf ayat 189
  
 
Semoga amalan-amalan ini dapat memberikan kesenangan kepada ibu yang bakal melahirkan cahaya mata.
 
 



 


Kredit toI LOVE ISLAM


Bagi yang merancang jantina anak boleh rujuk PAK BIDAN

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

KENAPA PERLUKAN MAKANAN TAMBAHAN

8/22/2013 damiaamna 0 Comments

SHAKLEE


Kenapa perlukan makanan tambahan atau Supplement sedangkan hari-hari kita makan dan makanan adalah keperluan penting untuk hidup....tanpa makanan, manusia tak akan mampu bertahan.....kalau tidak makan pun melainkan kita berpuasa sahaja...itu pun tak sampai 12 jam kita tidak menyentuh makanan.

Fahamkan betul-betul antara makan dan makanan tambahan, supplement atau makanan tambahan adalah alternative lain untuk memenuhi keperluan tubuh kita supaya tahap kesihatan kita kekal. Badan boleh kurang nutrisi kalau pemakanan seharian kita tidak mengikut diet yang betul.


Jadi antara sebab kenapa perlunya supplement adalah seperti berikut :


1. Masalah Penghadaman

Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
 
2. Kopi, Teh Panas & Rempah

Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.

 3. Alkohol

Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.

 4. Merokok

Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.

 5. Julap / ubat sembelit / ubat kurus

Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.

 6. Fad Diet

Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.


7. Makanan Terlebih Masak

Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.

 8. Makanan Diproses (dalam tin)

Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.

 9. Makanan Segera

Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.

 10. Antibiotik

Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.


11. Alahan Makanan

Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium

12. Kehilangan Nutrien Tanaman

Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.


13. Kemalangan dan PenyakitLuka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.

 14. Tekanan atau Stress

Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
 
15. Sindrom pra haid

Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.

 16. Remaja

Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
 
17. Wanita Hamil

Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.

 
18. Pil Perancang

Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.

 19. Warga Emas

Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.

 
Source: Ensiklopedia Vitamin & Herba 21st Century
 
 


 
Kredit to :Being Mary

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah