5 PERKARA MEMBAWA WANITA KE SYURGA
Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan
dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
1. Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW
bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa
pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.
2. Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam
banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam
bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah
wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau
menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak
bersamanya.
3. Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis
riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah
kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan
ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya
boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.
4. Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud
daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya,
lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan
dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.
5. Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam
sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu
sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.
Demikianlah, wallahualam
KREDIT TO:ISLAM ITU INDAH
KREDIT TO:ISLAM ITU INDAH
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah