8 TIPS LAHIRKAN ANAK SOLEH
Anak adalah
rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur
atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan
apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia
kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia
menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia
kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki.
Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara:
kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.
1. Pilihlah wanita yang beragama, maka
engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.
2. Kedua, hendaklah membaca doa sebelum
melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah
SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda:
“Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka
hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis
syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah
syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan
kepada kami.Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak,
maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.
3. Ketiga, hendaklah mengambil berat
bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi
yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada
anaknya.
4. Keempat, seorang ibu hendaklah sedar
terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk
yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.
5. Kelima, hendaklah menerima dengan
senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada
di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini
adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah
apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga
kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna
seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang
dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang
menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak
tersebut.
6. Keenam, memberi nama anak yang baik.
Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama
itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah
tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan
agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama
yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama
Nabi dan orang yang salih.
7. Ketujuh, memberikan anak itu rasa
aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh
merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada
hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.
8. Kelapan, memberi pendidikan agama
yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya
sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.
Demikianlah
antara hak-hak anak. Wallahua’lam
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah