KEPUTIHAN SEMASA HAMIL DAN CARA ATASINYA
Bagaimana saya tahu jika saya mengalami keputihan?
Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah
normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti
susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan: •lelehan itu menjadi pekat,
berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej;
•terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di
dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda;
•anda akan rasa sakit apabila bersama suami;
•rasa sakit apabila membuang air kecil.
Bagaimanakah saya boleh mendapat keputihan?
Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa
hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil
candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan
sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam
badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda
mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.
Namun ia menjadi
satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan
mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami
keputihan jika:
•Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula
yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
•Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat
daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon.
Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan
pertumbuhan keputihan.
•Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik
seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
•Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu
keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam
perut anda.
•Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang
tidak dikawal dengan baik.
Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit
yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika pasangan
anda mengalaminya.
Bilakah saya harus berjumpa doctor?
Jika anda rasa anda mengalami keputihan, beritahulah
doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa
kawasan di sekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya. Jika beliau
tidak pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal
dilakukan, di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke
makmal.
Doktor anda
mungkin akan mempriskripsikan ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang
sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan
penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau
bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu
mempriskripsikan apa-apa setakat itu.
Jika anda
diberikan ubat jenis pessari, anda juga mungkin diberi alat untuk memasukkan
ubat itu ke dalam faraj. Jika ini berlaku, berhati-hati supaya tidak memebri
tekanan kepada serviks, iaitu bahagian leher uterus (rahim) anda. Anda mungkin
lebih suka memasukkannya dengan perlahan-lahan menggunakan jari sendiri.
Keputihan boleh
jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi
wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan
doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia
bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai
digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat
keputihan. Kita masih belum tahu samada ianya selamat diambil ketika hamil.
Jika suami anda
mempunyai simptom-simptom keputihan, dia juga perlu menerima rawatan. Jika
tidak, ada kemungkinan anda akan dijangkiti lagi walaupun setelah anda menerima
rawatan.
Adakah apa-apa rawatan di rumah yang boleh saya cuba?
Sesetengah cadangan berikut mungkin boleh membantu:
•Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.
•Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar
atau kain.
•Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana
ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk
pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.
•Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga
benar-benar kering selepas anda ke tandas.
•Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama
suami.
Baca artikel kami untuk mengetahui rawatan tradisional
untuk keputihan.
Adakah keputihan akan membahayakan bayi saya?
Tidak. Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus
(rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan
semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan
dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim.
Jika bayi anda
yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya.
Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana
keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga.
Untuk mengurangi keputihan saat hamil:
1.Hindari pemakaian air sembarangan untuk membasuh
vagina, terutama di toilet umum.
2.Hindari mengenakan celana ketat dan panty liner yang
berpotensi membuat vagina lembab. Segera ganti celana dalam bila terasa lembab.
3.Hindari penggunaan pembersih/sabun vagina.
4.Jaga kebersihan daerah genital.
5.Segera berjumpa dengan doctor anda untuk keterangan lanjut.
6. Anda juga boleh mencuba supplement dari Shaklee.
Kredit to :Baby Center
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah