BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN
Serius info ni aku baru tahu.. Sajer nak share kat
korang.. Sama2 kite sebarkan info berguna ni pada ibu/bapa muda yg 1st time nak
sambut baby.. =)
Saya dah beranak tiga baru tahu info ni....sebelum ni ikut je ape orang tua cakap sebab kononnya nak anak cepat baik Jaundis...tak percaya ape Nurse kat hospital cakap....
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu
sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info2 ini
dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada
bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat
kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan
kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak
dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan
dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu,
kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan
dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi air kepada
bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah.
Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan
lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’
iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak
bermaya.
Mengancam Nyawa
Air boleh membawa
kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak
dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air
diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang
tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan
oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat
berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5
minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini
akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom
ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa
perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air.
Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut
bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses
tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.
Kredit to :Khaty jem
Kredit to :Khaty jem
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah