KELEBIHAN MENYUSUKAN BAYI MENURUT ISLAM
Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu
sejak bayi dilahirkan lagi, Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233
yang bermaksud ,
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka
selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan
itu",
Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding
susu sintetik akan susu buatan dari lembu, walaupun kajian demi kajian
dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tapi susu sintetik
ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.
Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ianya
dilahirkan lagi.
Begitu Agung nya Allah, sebaik bayi dilahirkan proses
pengeluaran susu ibu juga bermula..SubhanaAllah.Susu ibu mengandungi khasiat
yang diperlukan sebaik bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia
dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi
serta sel darah putih yang tinggi.
KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi
ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran Susu ibu
bersih dan dapat menghapuskan bakteria, tambahan pula susu ibu menganduing DHA
dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu),kandungan DHA
dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.
Faedah Penyusuan Bayi
1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti,
ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan
kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini
dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti
sembelit, lelah dan ekzema
2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril
secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam
berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi
3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan
sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum
susu lembu
4.Mencegah dari penyakit rabun malam
5.Mencegah bayi dari mendapat alahan
6.Menggelakkan taun
7.Menggelakkan jangkitan telinga
8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid
Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak
terdapat dalam susu tiruan
Ketahui keistimewaan dan kelebihan susu ibu .
Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan
kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak.
Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk
tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih
besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung
dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi
ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada
keadaan asal.
Singkir mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis
bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi
kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam
susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.
Mudah dihadamkan.
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini
disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses
penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat
diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.
Pencegah penyakit
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi
penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis
penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj.
Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu,
jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada
pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis,
jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.
Elak pendarahan
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan
oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran
darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.
Kurangkan insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing
manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi.
Bukankan itu baik untuk anda!
Stabilkan pertumbuhan endometriosis
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan
perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang
menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi
apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan
akibat endometriosis.
Lindungi daripada masalah penglihatan
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah
vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.
Bertindak sebagai ubat penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu
menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah
meragam.
Penahan sakit semulajadi
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit.
Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit
penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda
digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu
mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang
diterima.
RISIKO YANG MUNGKIN DIHADAPI BAYI TIDAK DIBERI SUSU IBU
Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang
mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:
1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia
mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk
mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua
nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan
sebenarnya!)
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu
ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran. Para
pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama
menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum
susu ibu dalam jangka masa singkat.
2. Diabetes.
Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa
dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi
susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa
kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap
diabetes.
3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya
ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu
kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya
SIDS.
4. Masalah pernafasan.
Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat
ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang
kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan
pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan
mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi
meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti
respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh
berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.
5. Jangkitan telinga.
Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan
kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan
telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan
boleh menyebabkan komplikasi lain pengumpulan cecair di dalam telinga dalam
jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah
pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.
6. Kanser.
Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu
formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.
7. Jangkitan saluran pencernaan.
Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait
rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap
cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini
adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor
selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan
minum air (untuk mengelakkan kekontangan).
Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi.
Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi
akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya
membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami
sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah
pembuangan air besar.
8. Keberkesanan vaksin.
Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan
pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di
dalam badan.
Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang
baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam
badannya.
(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi
dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang
sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan
penyakit.)
9. Perkembangan rahang dan otot muka.
Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang
minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu
daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu
ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara
kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi
yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian
berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka
terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi
yang tersusun rapi.
10. Obesiti
Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah
obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh
berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula.
Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.
Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by
Jack Newman M.D and Teresa Pitman.
Kredit to : Mira Mawary
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah