KRISIS PEMULIHAN PENGAMBILAN SUPPLEMENT
Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Krisis pemulihan
ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan
pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang
akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan
selama bertahun-tahun.
Semasa proses
penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak
selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan
Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.
Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang tertimbun didalam
tubuh kita untuk jangkamasa yang lama – sisa-sisa , makanan berkimia , lemak
atau pengambilan ubat-ubatan. Supplement dietary membantu mempertingkatkan system
imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.
Pada waktu ditoksifikasi ini, adda kemungkinan pening
kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung , lapar), cirit-birit,
kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa sangat hangat, berpeluh dll. Symptom-simptom
ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.
Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak
air putih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana
kita memahami ini adalah symptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.
Mengapa Terjadi
Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?
Menurut Profesor
Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil
supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam
tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan
supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan,
menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.
Sebagai contoh,
anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah
tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.
Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi
berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih
paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia
akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila
semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.
Adakah Krisis
Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?
Ya. Krisis
pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement
yang anda ambil, sememangnya berkesan.
Sesetengah orang
mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia
adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang
baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.
Umumnya, krisis
pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa
kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada
perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak
ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya
tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda
terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.
Adakah Semua Orang
Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing
Crisis)?
Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami
krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain
hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza.
Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang
lebih berat.
Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing
Crisis) Akan Berlangsung?
Ia bergantung
kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3
bulan.
Kebanyakan Orang
Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan
Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang
Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?
Secara umumnya,
selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa
perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.)
Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:
1. Anda tidak
mengambil dengan konsisten
2. Anda tidak
mengamalkan seperti dos yang disyorkan
3. Takut melalui
krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
4. Gaya pemakanan
dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik
- memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh
yang kronik
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah