RESEPI KEK KARAMEL PELANGI
Dah lama teringin nak buat kek karamel ni, tapi asyik bertangguh je...baru-baru ni jiran ada bagi kek karamel ni...sedap la pulak rassanya......dalam keadaan diri yang tengah sarat menatikan kelahiran anak ke-4 keinginan untuk mencuba resepi ni membuak-buak la pulak...melihatkan bahan2 untuk resepi yang memang sedia ada, menambahkan lagi keinginan untuk mencubanya...Terima kasih juga kepada Azie yang sudi berkongsi resepi ni kat blog dia.....dan saya kongsikan juga hasil air tangan saya kat blog saya.....jangan marah yeeeee
Bahan A - Gula Hangus
2 1/2 sb gula pasir
Cara-Cara:
Sediakan loyang bulat 8 inci.
Tabur gula dalam loyang dan masak
atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna bertukar menjadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan
loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan
retak retak dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.
Bahan B - Adunan Karamel
1 tin susu cair
60gm gula castor (3/4 cawan)
1/2 sk esen vanila
2 biji telur
3 kuning telur
Cara-Cara:
Kacau susu dan gula hingga gula
larut.
Dalam bekas berasingan, kacau telur
dan esen perlahan supaya tidak berbuih.
Satukan kedua dua bahan dan kacau
rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
Bahan C - Adunan Kek
140 gm tepung gandum (1 3//4 cawan)
60 gm gula kaster (3/4 cawan)
3 kuning telur
130 ml air
50 ml minyak
1 sk baking powder
Cara-Cara:
Pukul telur kuning, minyak dan air
sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan
pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Matikan mixer dan masukkan tepung dan
baking powder yg telah diayak.
Masukan sikit sikit dan kacau
perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.
Bahan D - Bahan Meringue
6 biji putih telur - pastikan jgn
tercampur sedikit pun telur kuning
70 gram gula castor (3/4 cawan…lebihkan
sesudu)
1 sk serbuk cream of tar-tar
Cara-Cara:
Pastikan semua peralatan dalam
keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
Masukkan gula dan tatar tanpa stopkan
mixer tu(kalau stop..automatik telur tu turun balik dan tak naik dah ) terus
memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita
terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
Masukkan 1/3 bahan merinque ke dalam
adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
Kemudian masukkan semua baki adunan
merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau
perlahan sahaja.
Cara Menyediakan Keseluruhan Kek
Karamel:
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg
sama banyak dalam bekas berasingan.
Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati
Bermula dari
tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas
lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota -
adunan yang awal awal memang akan terapung di atas karamel...sehingga adunan
dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan
berkedudukan tetap)
Kaedah Steam Bath:
Tuangkan air panas dalam loyang yg
lebih besar dari loyang kek tadi.
Kalau tak ada Loyang besar pun takpe…guna
je Loyang dalam oven tu dan isi je air panas.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam
loyang yg berisi air panas tadi.
Letakkan pada rak bawah dalam oven. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api
bawah selama 1 jam 10 minit atau sehingga kek benar-benar masak
Jangan buka pintu oven semasa proses
pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam
oven sehingga kek renggang di tepi loyang. Guna pisau kek sekeliling kek, jika
mahu. Sendengkan loyang untuk mengeluarkan air karamel sambil tangan sebelah
lagi memegang kek supaya tidak jatuh. Letakkan kertas tisu dapur supaya
menyerap air.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan
air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan
supaya tak terendam).
Potong kek
bila ia benar-benar telah sejuk. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan
lebih lama. Kek ni juga sedap di makan di kala sejuk.
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah