AMALAN MALAM DAN HARI JUMAAT
Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari, Jumaat adalah hari Nabi Adam A.S diciptakan, hari Nabi Adam A.S diturunkan kedunia dan yang paling harus diingati ialah hari berlakunya Kiamat.....tetapi adakah kita sedar bahawa pada hari tersebut adalah lebih afdhal kalau melakukan amalan2 yang baik sebagai menghormati penghulu segala hari itu.... marilah kita saling ingat-mengingati......
Amalan Dan Ibadat Pada Malam Dan Hari Jumaat
1. Solat
Subuh berjemaah
Dari
Abu Ubaidah al-Jarrah r.a katanya:
“Rasulullah
s.a.w bersabda: (bermaksud) “Tidak ada daripada mana-mana sembahyang yang
paling afdhal daripada sembahyang Suboh pada hari Jumaat secara berjemaah dan
saya berpendapat bahawa tidak ada sesiapa yang menghadirinya di antara kamu
melainkan dia memperoleh keampunan” (At-thabarani)
Pahala sembahyang Subuh berjemaah adalah yang
paling besar diantara sembahyang berjemaah yang lain.
2. Membaca
surah Al-Kahfi pada siangnya
Dari
Ibnu Umar r.a katanya:
“Rasulullah
s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari
Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah hingga ke langit
tinggi meneranginya pada hari kiamat dan dia akan diberi keampunan (terhadap
dosanya) di antara dua Jumaat”
3. Membaca
surah Al-Kahfi pada malamnya
Dari
Abu Said Al-Khudri katanya: (bermaksud)
“sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada
malam Jumaat, maka dia akan mendapat cahayanya di antara tempatnya dengan
Kaabah”
4. Memperbanyakkan
sedeqah Ibnu Abu Syaibah didalam kitab Al-Mushannaf telah mentakhrijkan
daripada Ka,ab r.a, katanya: (bermaksud)
“Bersedeqah
pada hari Jumaat digandakan ganjarannya”
5. Membaca
surah Ad-Dukhaan
Dari
Abu Hurairah r.a, katanya,
“Rasulullah
s.a.w bersabda: (maksudnya) “sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-dukhaan’ pada
malam Jumaat, dia akan diberi keampunan” (Tarmizi).
Abu
Umamah r.a, katanya
“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud)
“Sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-Dukhaan pada malam Jumaat atau hari Jumaat,
Allah membina sebuah rumah baginya di syurga” (At-Thabarani)
6. Membaca
surah Yasiin pada malam Jumaat
Abu
Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud)
“Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat ‘Haa
Miim Addukhaan’ dan ‘yasiin’ jadilah dia pada pagi harinya dalam keadaan
diampuni” (Al-Baihaqi)
7. Zikir
memohon ampun sebelum suboh hari Jumaat
Dari
Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud)
“Sesiapa yang membaca sebelum suboh hari
jumaat sebanyak tiga kali ‘Astaghfirullah…….…wa atu-bu-ilaih’ dosanya diampun
walaupun lebih banyak daripada buih di lautan” (At-Tabarani)
8. Memperbanyakkan
selawat
Abu
Umamah r.a katanya:
“Rasulullah
s.a.w bersabda: (bermaksud) “Perbanyak oleh kamu selawat ke atasku pada setiap
Jumaat kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan ke atasku setiap Jumaat,
maka sesiapa yang paling banyak berselawat ke atasku adalah tempatnya paling
dekat denganku” (Al-Baihaqi)
kredit to fuh.my
kredit to fuh.my
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah