AMALAN MALAM DAN HARI JUMAAT

10/25/2013 damiaamna 0 Comments


Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari, Jumaat adalah hari Nabi Adam A.S diciptakan, hari Nabi Adam A.S diturunkan kedunia dan yang paling harus diingati ialah hari berlakunya Kiamat.....tetapi adakah kita sedar bahawa pada hari tersebut adalah lebih afdhal kalau melakukan amalan2 yang baik sebagai menghormati penghulu segala hari itu.... marilah kita saling ingat-mengingati......
 
 
 
Amalan Dan Ibadat Pada Malam Dan Hari Jumaat
 

1.    Solat Subuh berjemaah

 

Dari Abu Ubaidah al-Jarrah r.a katanya:

 

“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Tidak ada daripada mana-mana sembahyang yang paling afdhal daripada sembahyang Suboh pada hari Jumaat secara berjemaah dan saya berpendapat bahawa tidak ada sesiapa yang menghadirinya di antara kamu melainkan dia memperoleh keampunan” (At-thabarani)

 

 Pahala sembahyang Subuh berjemaah adalah yang paling besar diantara sembahyang berjemaah yang lain.

 

2.    Membaca surah Al-Kahfi pada siangnya

 

Dari Ibnu Umar r.a katanya:

 

“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah hingga ke langit tinggi meneranginya pada hari kiamat dan dia akan diberi keampunan (terhadap dosanya) di antara dua Jumaat”


 

3.    Membaca surah Al-Kahfi pada malamnya

 

Dari Abu Said Al-Khudri katanya: (bermaksud)

 

 “sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dia akan mendapat cahayanya di antara tempatnya dengan Kaabah”

 

4.    Memperbanyakkan sedeqah Ibnu Abu Syaibah didalam kitab Al-Mushannaf telah mentakhrijkan daripada Ka,ab r.a, katanya: (bermaksud)

 

“Bersedeqah pada hari Jumaat digandakan ganjarannya”

 

5.    Membaca surah Ad-Dukhaan

 

Dari Abu Hurairah r.a, katanya,

 

“Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya) “sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-dukhaan’ pada malam Jumaat, dia akan diberi keampunan” (Tarmizi).

 

Abu Umamah r.a, katanya

 

 “Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-Dukhaan pada malam Jumaat atau hari Jumaat, Allah membina sebuah rumah baginya di syurga” (At-Thabarani)

 

6.    Membaca surah Yasiin pada malam Jumaat

 

Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud)

 

 “Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat ‘Haa Miim Addukhaan’ dan ‘yasiin’ jadilah dia pada pagi harinya dalam keadaan diampuni” (Al-Baihaqi)

 

7.    Zikir memohon ampun sebelum suboh hari Jumaat

 

Dari Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud)

 

 “Sesiapa yang membaca sebelum suboh hari jumaat sebanyak tiga kali ‘Astaghfirullah…….…wa atu-bu-ilaih’ dosanya diampun walaupun lebih banyak daripada buih di lautan” (At-Tabarani)

 

8.    Memperbanyakkan selawat

 

Abu Umamah r.a katanya:

 

“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Perbanyak oleh kamu selawat ke atasku pada setiap Jumaat kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan ke atasku setiap Jumaat, maka sesiapa yang paling banyak berselawat ke atasku adalah tempatnya paling dekat denganku” (Al-Baihaqi)



kredit to fuh.my

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah