INDAHNYA SAAT MELAHIRKAN
Masih tak dapat melupakan saat2 aku disatukan dengan suami tercinta.....saat meniti alam kehidupan berumahtangga.....aku disatukan pada tanggal 23 Mei 2004 dengan berwalikan ayahku di Masjid Kuala Sungai Muda selepas waktu asar.
Inilah wajah yang menjadi penyeri hidup kami setelah mendirikan rumah tangga, Putera Sulungku yang diberi nama Iman Darwisy Bin Mohd Zulmajdi Rafidi. Mengikut jangkaan putera sulung dijangkakan lahir pada 1 Januari 2006, tetapi Allah telah telah menetapkan lebih awal iaitu 30 Disember 2005 seberat 3.55 kg pada jam 10 malam.....
Walaupun aku mengalami alahan yang teruk semassa kandungan anak sulung, Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan semasa melahirkan anak sulung tidak memberikan rasa serik untuk memiliki anak lagi, dan yang lebih menggembirakan Allah lengkapkan lagi dengan kelahiran Puteri keduaku yang diberi nama Nurin Damia Binti Mohd Zulmajdi Rafidi......kelahiran puteriku juga sama situasi seperti bayi sulungku iaitu 2 awal dari tarikh jangkaannya......pada tanggal 26 April 2007 seberat 3.15 kg.
Dalam kesibukan diri aku menyambung pelajaran peringkat sarjana muda, rezeki Allah tak pernah putus, Anak ketiga lahir pada hari raya ke-5 Aidilfitri
iaitu bersamaan 24 September 2009. ini adalah puteraku yang paling sihat dengan berat 3.6 kg semasa dilahirkan dan lahir 10 hari lebih awal dari tarikh yang dijangkakan. Putera yang sihat ini diberi nama Muhammad Dinie Bin Mohd Zulmajdi Rafidi.
Setiap kandungan dan kelahiran memberikan kenangan yang berbeza-beza buat diriku dan juga suami dengan sakit dan juga alahan mengandung yang berbeza2, namun ia tak akan merubah perasaan seorang ibu untuk terus memiliki zuriat ,.....itulah nikmat perasaan yang Allah berikan untuk wanita yang bergelar ibu....itulah juga nikmat dan kelebihan yang Allah berikan kepada wanita yang tidak terdapat pada mana2 lelaki initu nikmat memiliki Rahim ........
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah