BLUEBERRY CHEESECAKE TANPA BASE

11/27/2013 damiaamna 0 Comments


Rasanya ramai antara anda yang sangat meminati cheesecake kan cuma anda rasa sangat susah untuk buat kek ni...sebenarnya tak la susah sangat pun cuma masa untuk baking tu lama la sket......jangan la susah hati..... masukkan kek dalan oven dan anda boleh melakukan kerja lain dengan senang hati...resepi ni saya ambil dari Mat Gebu kemudian saya sesuaikan ikut sukatan saya....sebab nak buat sikit....kalau tak jadi tak ada rugi sangat kan...
meh cuba buat.....
 
kek cheese
 
 

Bluebeery Cheese cake
 BAHAN-BAHANNYA
 250 gram cream cheese
 20 gram gula halus @ gula kastor
 125 ml whipping cream
 3 biji telur kuning
 60 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
 1 camca teh esen vanilla
 
bahan untuk Meringue
3 biji telur putih
30 gram gula halus @ gula kastor
 1/4 camca teh cream of tartar
 Blueberry filling secukupnya (saya guna jenis yang ada biji2 blueberry)
 
 CARA MEMBUATNYA  :D
 
  1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese dan 20 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  4. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  5. Tuang dalam tin, ratakan dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
  6. Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...




 
 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah