TIPS PAM DAN SIMPANAN SUSU UNTUK IBU BERKERJAYA
Bagi ibu yang berkerjaya, besar dugaan untuk menyusu anak dengan susu ibu secara exclusive. Banyak perkara yang perlu dititik beratkan, bermula dengan pam susu, masa pam penyimpanan serta alatan atau perkakasan yang diperlukan untuk menyempurnakan misi ini.
Hari ini saya kongsikan tips untuk pam susu bagi ibu berkejaya.
1. Pam 3 kali sehari di waktu siang
Pam pertama: waktu pagi sebelum masuk waktu kerja, atau anda boleh Direct Breastfeed (DF) sekiranya anda dalam perjalanan yang sama arah untuk ke tempat kerja dan Nurseri anak.
Pam kedua : waktu tengah hari atau lunch
Pam ketiga : sebelum balik kerja.
2. Melabur untuk pam yang selesa
Anda tak perlulah terlalu berkira untuk melaburkan wang demi menyediakan pam yang selesa atau Freestyle (medela @ spectra) supaya memudahkan kerja pam susu sewaktu anda di tempat kerja..... dengan penggunaan pam freestyle...tangan boleh melakukan kerja pejabat yang lain sambil pam susu....
3. Berfikiran positif
sentiasa reset minda anda supaya sentiasa fikir " aku boleh melakukan" dan fikirla " aku mesti Berjaya menyusukan anak 2 tahun 6 bulan"....
CARA PENYIMPANAN STOK SUSU EBM
1. Simpan guna bekas atau pelastik kecil.
Simpanlah susu dalam bekas atau plastic kecil, memadai bekas tersebut cukup untuk sekali sesi penyusuan
Contohnya # sekiranya bayi minum susu 4 oz untuk satu sesi, maka simpanlah susu tersebut 4 oz untuk 1 bekas..
Ini adalah supaya tidak berlaku pembaziran sekiranya bayi tak habis minum, kerana baki susu tersebut boleh diminum dalam masa 1-2 jam sahaja.
2. Catatan masa dan tarikh setiap stok EBM
Setiap kali menyimpan susu EBM anda perlu mencatatkan tarikh dan masa susu tersebut diperah, ini kerana kita perlu habiskan susu yang telah lama untuk mengelakkan expired. gunakan sticker untuk catatkan masa dan tarikh susu EBM.
3. Kaedah cairkan susu
Cairkan dengan perlahan-lahan, seeloknya keluarkan susu dari tempat beku dan letak bahagian Chiller atau fridge bahagian bawah untuk cairkan.
Jangan sesekali cairkan susu dengan suhu bilik iaitu dengan membiarkan susu diatas meja, tepi dapur atau di tepi sinki.
4. Campuran susu simpanan.
Sekiranya satu sesi perahan tidak memenuhi satu bekas simpanan, anda boleh penuhkan bekas tersebut. tetapi anda perlu pastikan ianya dalam suhu yang sama.
contoh # perahan pertama wakatu pagi 2 oz dan perahan kedua waktu tengahari 2 oz. Simapan kedua2 sesi perahan ini dalam peti ais dan biarkan ia mencapai suhu yang sama sebelum mencapurkan susu tersebut dan di simpan sebagai stok pada bahagian sejuk beku.
5. Cara panaskan susu perahan
Cara memanaskan susu adalah dengan kaedah merendam dalam air panas, isi air panas dalam cawan atau bekas kecil dan masukkan botol susu berisi susu perahan dalam bekas berisi air panas tadi.
Sekiranya anda ada budget lebih boleh beli Bottle $ food warmer seperti dalam gambar di bawah.
** Amaran penting ** Jangan sesekali panaskan susu perahan menggunakan microwave ye
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah