CARA MEMOTONG KUKU BAYI
Agak mencabar juga sebenarnya memotong kuku bayi ni kalau tak begitu hati-hati, saya sendiri pernah memotong kuku bayi sehingga terpotong isinya sekali...apalagi, berdarah laaa, saat melihat darah sikecil yang tak berhenti, air mata mula mengalir dan badan rasa menggigil sebab panic....
bagi mengelakkan situasi ini berlaku lagi,apa kata kita ikut tips mudah ini....
❋ Tips Memotong Kuku Bayi ❋
- Perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah peralatan memotong kuku bayi, sebaiknya gunakan pemotong kuku bayi ye....murah je kat kedai bayi atau supermarket pun boleh dapat.
- Sebaiknya potonglah kuku bayi sesudah mandi, atau ketika bayi sedang tidur ini kerana bayi tidak banyak bergerak dan kerja memotong kuku lebih mudah di lakukan.
- Gunakan pemotong kuku bersaiz kecil atau di khaskan untuk bayi. Dan tekan kulit bawah kuku bagi memudahkan anda melihat bahagian kuku dan kuli bayi.
- Boleh haluskan hujung kuku yang tajam selepas di potong dgn kikir kuku jika perlu.
- Jika anda tidak sengaja terkena kulit bayi semasa memotong, tekan perlahan bahagian tersebut dengan tisu atau kain kasa, letak ubat yang perlu.
- pastikan juga anda berada dalam bilik yang terang dan juga dibawah lampu yang menggunakan cahaya putih ye....
- kalau anda menyusu bayi anda, boleh gunakan waktu menyusu untuk memotong kuku
pegang tangan bayi supaya tidak banyak bergerak
contoh alatan memotong kuku bayi
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah