CAMERON HIGHLAND JADI RUMAH PERSINGGAHAN BUAT KAMI

12/11/2013 damiaamna 0 Comments

 
Rasanya ade diantara kita yang masih belum sampai ke kawasan Tanah Tinggi Cameron......walaupun ramai yang memberi komen bahawa Cameron Highland dah kurang sejuk berbanding dulu kerana factor perubahan cuaca dan muka bumi...
 
Bagi aku dan keluarga yang berkerja dan menetap di Ipoh, Cameron dah jadi macam rumah persinggahan kedua kami tatkala cuti dan tak tahu nak kemana..... ini kerana ada kemudahan jalan baru...jadi untuk kami ke Cameron dari Ipoh memalui Jalan Simpang Pulai hanya mengambil masa 45 minit untuk sampai ke atas......tak perlukan tol.....jimat duit dan masa....
 
 
CAMERON
Bharat Tea Plantation

CAMERON
 
Tak tahu nak kemana atau nak tuju mana dulu....hhmmmm kalau anda naik dari arah Tapah, anda akan Jumpa Tanah Rata dahulu, so kawasan ni pun banyak Hotel......ke atas sedikt akan jumpa Berinchang......saya suka menginap di Berinchang.....lebih mudah untuk bergerak ke kedai, pasar malam dan sebagainya....ianya tertumpu dalam satu kawasan.....tak perlu berkereta.....

 
Tempat Menarik di Cameron Highland:
 ada banyak juga tempat untuk anda lawati.....bagi yg first time....boleh pergi ke Taman Rama-rama,.....Cactus Valey......Rose Valey......
 
 
Di Tanah Rata.... anda boleh pergi ke Taman Agroteknologi Mardi, bayaran masuk RM3.00 untuk dewassa dan RM 1.50 untuk kanak2 berumur 7 thn keatas, kat sini ada :
Taman Inggeris, Kebun Strawberry, Kebun Teh, Plot Bunga-Bungaan, Plot Sayur-Sayuran, Plot Anggur, Plot Organik, Plot Kajian Tanaman, Taman Ros, Taman Herba, Rumah Orkid, Rumah Penginapan Inggeris, Museum Teh, Pusat Jualan dan lain-lain. Selamat berkunjung!.

 
nak melawat Ladang Teh Boh Sungai Palas....tapi agak mencabar sikit untuk sampai ke ladang ni......kalau anda kurang yankin untuk memandu kawasan sempit dan bertebing, jangan pergi ye.....Boleh pergi hentian Bharat Tea Plantation.....kat Tepi jalan je, ada dua hentian, satu kat Tanah Rata, dan satu lagi kat Teringkap(kalau tak salah), selepas Lavender Farm.....kat Lavender Farm ni pun menarik juga, baru je buka tempat ni, bayaran masuk RM5.00...berbumbung, so takde masalah la kalau hari hujan....

Lavender Farm

Lavender Farm





Lavender Farm...self pick..sekuntum RM2

Taman Agroteknologi Mardi

Taman Agroteknologi MArdi

kampong tradisional Taman Sedia
tak tahu nak kemana lagi, boleh juga berkunjung ke Taman Sedia....kawasan perkampungan Melayu di Tanah Rata...
 
 
 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah