MAJLIS BERKHATAN ANAK SULUNGKU

12/05/2013 damiaamna 0 Comments

IMAN DARWISY
 
Tak kusangka rupanya anakku telah meningkat remaja, ada tuntutan agama yang perlu diselesaikan sebagai umat Islam. Berkhatan bagi anak lelaki perlu mengikut tuntutan Islam. Sebagai ibu bapa, teruja untuk melangsungkan ibadat ini dengan majlis yang agak meriah.... sebenarnya ia juga merupakan aktiviti kemasyarakatan penduduk Taman perumahan yang kami diami.... taman perumahan yang kami diami masih baru dibuka..... dan majlis berkhatan anak penduduk setempat adalah pertama kali dilakukan.
 
 

MAJLIS KHATAN
 
Walaupun baru pertama kali dijalankan ...ianya berjalan dengan meriah.....Majlis bermula dengan jamuan sarapan atau makan pagi hasil kutipan semua keluarga peserta berkhatan....
 
peserta berkhatan diarak dengan kumpulan kompang yang dijemput dari kampong berdekatan....
 berikutnya penyampaian sampul duit dari wakil penduduk dan juga pemimpin masyarakat kepada peserta berkhatan sebagai galakan.
 
 

MAJLIS KHATAN

 
Berikutnya adalah majlis bersiram beramai dengan kerjasama pihak Bomba....kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak ini.....

 menanti giliran untuk berkhatan yang dijalankan oleh pihak Pejabat kesihatan........

 
selesai berkhatan......
 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah