RESEPI BEBOLA AYAM DENGAN CHEESE

1/28/2014 damiaamna 1 Comments

bebola ayam
Inilah rupa bebola ayam dengan isian cheese di dalamnya

Bebola Ayam Dengan isian cheese didalamnya memang nampak mengujakan.....makan ni masa hidangan promosi KFC ...mmm sedap juga rasanya...
Kalau beli Kat pasaraya tak pasti la harganya berapa......

Apa kata Cuba buat sendiri Kat rumah.....bahannya mudah dan cara buat pun mudah saja...

Bahannya 
1. Seketul Ayam bahagian isianya saja  (150 gm)
2. 3 sudu Makan tepung jagung/ tepung ubi
3. 2 sudu Makan susu cair
4. Sebiji telur
5. Garam
6. Serbuk lada sulah dan perasa jika mahu
7. Keju ( boleh guna apa-apa jenis pun takpe)(potong dadu)
8. Serbuk roti

Cara buat
1. Kisar Ayam Dengan blender kering
2. Pukul telur dan gaulkan semua bahannya 1 hingga 6
3. Gaul adunan sehingga sebati.
4. Bentukkan dengan isikan ketulan keju dan bentukkan buat.
5. Adunan yang telah dibentukkan bebola tadi gaulkan dalam serbuk roti supaya permukaan luar disaluti Dengan serbuk roti.
6. Setelah siap, boleh la digoreng (deep fry).


 Aku guna keju Parmesan ...guna cheddar pun ok ....

1 comment:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah