TIPS BANYAKKAN SUSU IBU
Ramai Ibu-ibu mengidamkan untuk menyusu bayi mereka sepenuhnya......tapi tidak ramai ibu yang berjaya melakukannya.... Apakah faktor yang mengganggu proses tersebut...
Salah satu faktor mungkin kerana kurang berpengetahuan dal am teknik penyusuan dan juga teknik Pam susu Bagi ibu yang berkerjaya.....
Apapun kekangan dan faktor yang mengganggu proses penyusuan susu ibu sepenuhnya adalah bergantung kepada ibu Itu sendiri.....kemahuan yang Tinggi Serta usaha yang berterusan tanpa mengenal erti kekalahan....merupakan faktor Utama kejayaan penyusuan susu ibu secara ekslusif.
Tips Banyakkan susu secara tradisional
Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus
dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda
cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat
besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein
dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya.
Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan,
anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih
dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian,
layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan
setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan
dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba
atau jintan manis dalam segelas air
panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu
sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih
dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan
dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus
dan dicampurkan dengan air asam.
Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih
dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.
kredit to PA MA
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah