TIPS KULIT CANTIK DAN GEBU
Setiap wanita idamkan kulit cantik dan sihat...untuk mendapatkan kulit yang cantik, gebu dan sihat perlu mengikut tips berikut:
1. TIDAK MEROKOK
Bahan kimia yang
disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan,
mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk
melembabkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama
sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga
membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya
elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan
kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit
berbanding dengan mereka yang merokok.
2. MINUM AIR PUTIH
Minum
sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang
seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buahbuahan dan sayuran mengandungi
antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya,
vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit
supaya kelihatan muda.
3. PENGELUPASAN KULIT
Pengelupasan kulit
merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para
pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan
kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya
ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau
melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.
4. PELEMBAP ANTIOKSIDAN
Waktu tidur merupakan
waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembab yang
mengandungi antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa
kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap
kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.
5. BERSENAM
Senaman adalah
aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan
tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu
melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah
jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman.
Perpeluhan menggalakkan rembesan bahan toksik dari badan,
pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot
dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan
juga kulit.
Boleh cuba supplement untuk kekal jelita tanpa suntikan.
Kredit to :NONABoleh cuba supplement untuk kekal jelita tanpa suntikan.
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah