RESEPI KUIH SERI AYU

4/22/2014 damiaamna 0 Comments

Sahklee


Resepi Kuih Seri Ayu
 
Bahan-bahan (30 biji)
 
2 biji telur
3/4 cawan gula
*2 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan santan
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil perisa pandan
sedikit tepung ubi
secubit garam
1 cawan kelapa parut putih (gaulkan bersama sedikit tepung ubi dan secubit garam)
 
 
Cara membuatnya:
 
1. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan ketepikan.
2. Pukul telur sehingga kembang.
3. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga putih dan kemudian masukkan ovellete dan teruskan memukul.
4. Masukkan tepung bersama serbuk penaik tadi berselang seli dengan santan dan kacau sebati.
 
5.Masukkan kelapa parut dan padatkan dalam acuan, kemudian masukkan adunan tadi sehingga penuh.
6. Kukuskan adunan dalam acuan tadi selama lebih kurang 7 minit.....dah siap keluarkan kuih dari acuan terus laaaa....pastu dah sejuk boleh terus Ngap!!!!
 
 
p/s :  Sapukan minyak dalam acuan supaya tidak melekat 
 
 

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah