ADA KE VITAMIN UNTUK MASALAH TEKANAN DARAH RENDAH
Penerangan Mengenai Penyakit Tekanan Darah Rendah
(Hipotensi)
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan
darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap
organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan
timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana
ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di
dalam salur darah.
Punca tekanan darah rendah tidak sentiasa jelas. Ia boleh
dikaitkan dengan yang berikut:
Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif
(hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), kencing manis,
atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
Ubat over-the-counter
Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi
Kegagalan jantung
Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)
Pelebaran atau pengembangan, saluran darah
Keletihan haba atau strok haba
Penyakit hati
Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah
yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang
kecil-kecil pada tubuh.
Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah
terjadi iaitu kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah
seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal, dehidrasi – dehidrasi yang
mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan
cirit-birit, masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun
sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah
Ramai dikalangan orang yang mengalami tekanan darah rendah
boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat.Jika anda mengalami tekanan
darah rendah perlu melakukan perkara-perkara berikut:
•
Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
•
Jangan berdiri terlalu lama
•
Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran
matahari
•
Diet rendah karbohidrat
•
Banyakkan minum air putih
•
Hindarkan diri dari pengambilan alcohol
•
Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
•
Melakukan aktiviti senaman secara teratur.
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah