SERONOKNYA BERCUTI DI PULAU PINANG
Seronoknya bercuti di Pulau Pinang, walaupun saya sebenarnya saya sering berulang alik ke Pulau Pinang kerana Kampung Halaman saya adalah di Kuala Muda, Kedah......
Tapi secara peribadinya, bila kita dalam mode bersiar-siar, ianya tetap menyeronokkan.....Saya dan keluarga memilih untuk menginap di Hotel Bayview Beach Resort di Batu Feringgi....
Kenapa saya Pilih Batu Feringgi pula,.....mestila ada sebabnya, kalau anda menginap di Batu Feringgi, memudahkan anda untuk pergi ke Night Market di Batu Feringgi,....ianya berada di sepanjang jalan Batu Feringgi dengan berbagai pilihan barangan yang menarik, antaranya, pakaian, beg tangan, kasut dan sebagainya dengan pilihan yang begitu mengujakan anda....
Ianya dibuka pada setiap malam bermula Jam 7.00 hingga tengah malam....
Waktu siang anda boleh mandi pantai di sepanjang pantai Batu Feringgi...berbagai aktiviti pantai yang menarik yang anda boleh pilih....cubalah...antaranya, "banana boat" menunggang kuda, jetski dan berbagai lagi...
sebelum balik kami bersiar-siar di Padang Kota Lama....melihat kubu peninggalan Sir Francis Light, kemudian menaiki beca untuk pergi ke Street Art in Penang....memang best....
Itu aje ke aktiviti yang best kat Pulau Pinang ni....mestila ada lagi, kalau dah menginap kat Batu Feringgi ni, dah dekat sangat la kalau nak pi naik Bukit Bendera Habaq hang
meh sini saya senaraikan aktiviti atau tempat kat Pulau Pinang ok
BukiT Bendera(adal Owl Musuem kat atas sana)
Taman Rimba
Toy Museum
Escape (bayaran mahal sikit dan tak sesuai untuk kanak2 sangat.....untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak)
Taman Rama-rama
Taman Botanical
Taman Herba
Air Terjun Titi Kerawang
Makan yang famous ..Ikan Bakar Teluk Tempoyak, Laksa Janggus kat Balik Pulau, pasembor Padang Kota, Nasi Kandar Beratuq...Mee Udang..haish banyak la lagi.....
Ermmmm...macam banyak je lagi...boleh Tanya Pakcik Google lagi la kot he he
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah