MENGAWAL VIRUS CHICKENPOX DIKALANGAN ANAK-ANAK
Demam campak / pelentung/ cacar air/ chickenpox atau apa saja nama yang disebut adalah sama iaitu sejenis virus yang mudah merebak sekiranya seorang dari ahli keluarga telah dijangkiti.
Aku sendiri tak pasti bila masa virus ini menjangkiti anak-anak, mulanya aku sangkakan hanyalah gatal-gatal biasa yang mungkin disebabkan oleh alahan pada sesuatu.... Tapi apabila seorang lagi juga penuh dengan bintik diseluruh badan ... Aku pun terus bawa ke klinik untuk dapatkan kepastian.
Klinik biasanya akan bekalkan ubat tahan gatal, ubat demam dan juga losen. Semua tu untuk yang dah kena jangkitan je....macam mana pula dengan anak yang lain...
Di sini aku bagi tipis untuk kawal virus daripada merebak
1. Bersihkan badan anak yang kena jangkitan dan pakaikan losen untuk kurangkan gatal... Elak dari menggaru dan menyentuh orang lain.
2. Kerap mandikan anak jika badan berpeluh, badan yang melekit melambatkan pengeringan bintik pada badan dan mempercepatkan proses merebak.
3. Tukarkan pakaian yg bersih lebih kerap jika perlu.
4. Bersihkan pakaian dengan cara merendam dengan air panas jika perlu.
5. Asingkan tempat tidur dengan anak yang belum mendapat jangkitan.
6. Tukarkan cadar yang digunakan oleh anak yang mendapat jangkitan lebih kerap jika perlu, sekiranya telah sembuh, pastikan tidak menggunakan cadar yang sebelum ini, tukarkan dengan cadar lain yang bersih.
Persekitaran yang bersih adalah sangat penting bagi menjamin virus chickenpox ini tidak merebak.
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah