RESEPI ROTI SARANG LEBAH

9/30/2014 damiaamna 0 Comments


Roti sarang lebah tengah hangat dalam Facebook sekarang ni... Di mana ianya mula dikongsi di laman sosial Facebook oleh Lydia Honey www.facebook.com/LydiaHoney 

Saya pula tengah excited membuat roti, kebetulan anak2 gemarkan roti berbanding kek.... Jom la cuba....sedappppp
Tapi kalau malas pun takpe....order je dlm Facebook .. He he

BAHAN UNTUK DOH ROTI

2 cawan tepung gandum
½  sudu teh dry yeast
¼ sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt (suhu bilik) boleh gantikan dengan susu..tp kureng le rasanya
¼ cawan minyak sun flower ( aku guna minyak jagung)
½  cawan air suam
Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)

CARA PENYEDIAAN:

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-

Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
Make sure oven benar2  panas supaya ia lembut bak cotton.
JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:

½  cawan brown sugar bukan gula merah ok
½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
Sedikit garam
½ st  vanilla essence
25g butter

Cara Penyediaan

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

KELAS DEMO MASAKAN DENGAN PERIUK AJAIB

9/27/2014 damiaamna 0 Comments


Periuk Ajaib?

Ada ke periuk ajaib dalam dunia serba moden ni? Hari ni aku menjemput kenalan dari alam maya (Facebook) untuk datang membuat demo masakan di rumah aku.... Tak sangka pula sebenarnya dia membuat demo masakan menggunakan periuk tekanan.... Menyediakan nasi Arab kabsah mengambil masa 5 minit saja, ajaib kan?.... Menyediakan "popcorn" mengambil masa 1 minit saja...... Bagi ibu yang berkerjaya seperti aku, masa menyediakan masakan merupakan satu faktor kepada jalan pintas buat ibu-ibu berkerjaya memilih untuk membeli terus dari kedai atau lebih teruk lagi memesan makanan dari restoran makanan segera.....



Tapi yang lebih menarik minat aku ialah menyediakan bin Shanghai dan pizza sendiri di rumah dengan peralatan yang serba boleh ini.....aku sendiri kurang pasti nama peralatan ini... Tapi yang pasti, alat ini boleh menguji doh roti dan pizza seterusnya membakar roti dan pizza.. Ini lah alat ajaib lagi satu tu.....
Teringin untuk memiliki peralatan ini suatu hari nanti... InsyaAllah

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

AMALAN KITA LEPAS MAKAN TAPI DILARANG!!

9/19/2014 damiaamna 1 Comments



shaklee


pic from :pokok.rc

Setiap kali selepas makan, meman semua ini menjadi amalan seharian aku, tapi baru aku tahu bahawa ada yang dilarang dan ada fakta mengenainya, Biasa kita dengar, orang tua-tua akan melarang kita tidur lepas makan bukan....tapi ini ada lagi rupanya yang memang dilarang selepas makan.


Jom baca antara larangan selepas makan yang disebutkan dalam paper ni.

1. Jangan makan buah selepas makan

Ramai yang menganggap buah dijadikan sebagai pencuci mulut selepas makan. Tanggapan ini kurang tepat kerana makan buah sebaik sahaja selesai makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru, lebih baik makan buah satu jam sebelum makan atau dua jam selepas makan.

2. Jangan minum teh selepas makan


shaklee
pic from : khadijahzakaria
Asid yang terkandung dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan akan segera mengeras yang mana ia akan mengakibatkan makanan tersebut sukar dicernakan. Jadi anda disarankan agar minum air putih sahaja.

3. Jangan mandi selepas makan

Sekiranya anda mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumlah darah di bahagian perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut anda.

4. Jangan banyak berjalan

Jangan berjalan terlalu banyak selepas anda makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Justeru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian anda.

5. Jangan tidur selepas makan

Amalan tidur sebaik sahaja selesai makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur. Justeru, jarakkan masa makan dan tidur anda sekurang-kurangnya satu atau dua jam.

6. Jangan merokok selepas makan

Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok sudah pasti membahayakan kesihatan anda. Justeru, langkah terbaik ialah berhenti merokok.

7. Jangan bersenam selepas makan

Bersenam baik untuk kesihatan dan diet anda. Namun, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas anda makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfunsi dengan baik. Oleh it, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan.

Jadi sekarang kita dah tahu kan amalan yang tak sepatutnya selepas makan, Janganlah diamalkan lagi ye!!!!

1 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

MAKANAN PUNCA PENUAAN!

9/19/2014 damiaamna 0 Comments

shaklee collagen
pic from :cegah penuaan

Manusia sememangnya memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup. Pengambilan makanan merupakan keperluan utama dalam kelangsungan hidupnya. Jika tidak ada pengambilan makanan, minima air putih, beberapa jam saja maka, apa yang akan dirasakan adalah lapar. Apalagi jika perut kita langsung tidak mendapatkan makanan untuk beberapa hari.
Namun, apakah kita sedar, makanan juga boleh mempercepatkan proses penuaan. selain beberapa factor penyebab proses penuaan lain, makanan berikut merupakan penyebab utama proses penuaan pramatang.

Makanan Mengandung Lemak Sintetik (Olestra Food)

Olestra adalah lemak sintetik yang tak menambah kandungan lemak, kalori, mahupun kolesterol pada sebuah produk makanan. Olestra biasanya digunakan untuk pembuatan makanan ringan tinggi lemak, seperti kerepek kentang berlabel ‘non fat’ dan lainnya sehingga kandungan kalorinya jadi lebih rendah. Label ‘non fat’ tidak menjamin makanan ini sihat.
Sayangnya, olestra membuang vitamin larut lemak seperti A, E, D, K, dan karotenoid yang bersifat antioksidan. Olestra dikatakan boleh  mengganggu kemampuan tubuh menyerap beberapa nutrisi penting seperti beta karoten dan lycopene.
Penggunann olestra juga boleh menyebabkan seseorang tidak berminat untuk makan makanan sepertí buah dan sayuran yang baik untuk melawan radikal bebas penyebab proses penuaan.

Makanan segera

pic from :med-health

Fast food atau Makanan segera biasanya kurang nutrisi dan tinggi kolesterol, kalori, garam, atau lemak. Di samping itu, minyak yang digunakan untuk menggoreng makanan segera biasanya akan dipakai terus berulang ulang. Padahal minyak yang dipakai secara berulang-ulang seperti ini mengandungi lemak tepu. Minyak adalah radikal bebas dan boleh menjadi pencetus kanserdan berbagai penyakit lain. Sedangkan untuk meneutralkan radikal bebas perlu antioksidan. Kalau misalnya antioksidan dipakaì untuk meneutralkan makanan yang tidak baik, akhirnya penggantian sel-sel terbantut. lnilah sebabnya mengapa fast food dikatakan makanan penyebab proses penuaan pramatang.

Daging yang Mengandungi Nitrat
Nitrat banyak dijumpai pada daging yang diawetkan seperti sosej dan bacon. Fungsi nitrat sendiri adalah untuk mempertahankan warna daging agar tetap berwarna merah dan menjaga agar makanan tetap awet. Penggunaan nitrat sebenarnya tidak berbahaya, tetapi nitrat ini dapat ditukar menjadi nitrit ketika berada di dalam tubuh. Ketika sudah berada di dalam tubuh, nitrit akan membentuk nitrosamin. Sedangkan nitrosamin adalah salah satu bahan kimia yang kuat dan dapat menyebabkan kanser. Jika ingin lebih sihat, sebaiknya carilah daging organik atau daging yang dijual oleh penternak tempatan yang tidak diberi nitrat. Namun, kalau sekiranya terpaksa juga, Anda harus makan makanan yang mengandungi nitrat, perbanyaklah mengamalkan makanan yang mengandungi vitamin C. ini merupakan pencegahan terjadinya perubahan dan nitrit ke nitrosamin dalam perut.

Lemak tepu Produk Haiwan

Lemak yang terdapat pada daging, kulit unggas dan segala (organ dalam binatang) mengandungi lemak tepu yang boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat dan menyebabkan “cardiac disease” seperti jantung dan stroke. Makanan ini juga dapat mengakibatkan obesiti dan penuaan pramatang.
Lemak tepu haiwan terdapat di mana-mana. Daging lembu yang mengandungi lemak, kulit ayam, keju, susu, dan krim merupakan beberapa produk makanan berasaskan haiwan yang tinggi lemak tepi. penggunaan lemak tepu beriebihan menjadi pencetus kepada penyakit kardiovaskular dan kanser.

Minuman Beralkohol
shaklee
pic from : putraindonesiamalang

Pengguna atau mereka yang amalkan alkohol yang berilebihan telah terbukti dapat merosak fungsi hati dan pencernaan. Akhirnya, sistem kekebalan tubuh pun tidak mampu melawan radikal bebas sehingga dapat mempercepat penuaan.

Minuman Bersoda
shaklee
pic from :http://sumutpos.co/2013/03/53905/dampak-buruk-soda-terhadap-tubuh-manusia

Minuman bersoda mengandungi gula dan zat aditif yang cukup tinggi, seperti kafein, pewarna dan perasa buatannya. Minuman ringan ini dapat menyebabkan diabetes jika diamalkan dalam jangka panjang. Selain itu, minuman bersoda akan merosak sistem imun tubuh dan meningkatkan risiko penuaan pramatang akibat radikal bebas.


Kopi

Perlu diketahui bahwa kafein memiliki sumbangan terbesar untuk meningkatkan hormone stres. Sedangkan hormon stress yang sangat kuat, iaitu kortisol dapat menyumbang terhadap terjadinya proses penuaan pramatang. Di samping itu, kadar hormon kortisol yang tinggi akan menurunkan prestasi otot. Kafein yang berlebihan juga membuat kita mudah dehidrasi.

Mentega (Hydrogenated Fat)

Hydrogenated fat adalah minyak sayur cair yang diubah menjadi lemak padat atau semipadat, sepertí majerin. Penggunaannya dapat membuat minyak tahan lebih lama dan menghasilkan tekstur yang diinginkan pada kuih. Padahal, lemak jenis ini boleh menyebabkan penyakit jantung. Hydrogenated fats banyak terkandung dalam makanan ringan dan kuih.
Makanan ini harus dihindari kerana boleh menyebabkan penyakit jantung. Lemak terhidrogenisasi telah digunakan selama bertahun-tahun dalam makanan ringan, roti dan majerin. Hindari membeli makanan yang pada daftar bahannya tercantum lemak trans atau telah terhidrogenasi minyak.

Tiram Mentah dan Sushi

Seafood mentah dapat membawa bakteria mematikan penyebab penyakit serius atau kematian. Tiram dan ikan menjadi makanan yang selamat dan bernutrisi jika dimasak terlebih dahulu. Pastikan untuk memasak makanan laut dengan benar-benar masak sebelum diambil.


Makanan Beku

Makanan beku seperti nugget biasanya menggunakan bahan bahan yang tidak baik bagi kesihatan. Nutrisinya sedikit, belum lagi jika ditambahkan pengawet. Biasakan memakan makanan segar yang diolah dengan teknik yang menyehatkan.


Makanan dan Minuman Mengandungi Gula

Banyak minuman dan makanan yang mengandungi gula tinggi dan tidak memiliki nilai gizi. Jika kita mengamalnya secara berterusan dan berlebihan boleh memberikan impak negative bagi tubuh, seperti dapat merosak gigi, pencetus terjadinya obesiti, pencetus diabetes, meningkatkan risiko darah tinggi, penyakit jantung dan stroke. Selain itu, jika Anda terlalu banyak mengamali gula juga dapat mempercepat penuaan pramatang pada kulit.
Mengamalkan gula putih terlalu banyak dapat membentuk molekul-molekul yang boleh merosak sel tubuh. Molekul berbahaya ini disebut advanced glycation end products (AGEs), yang dapat merosak kolagen dan elastin, iaitu komponen penting yang menjaga kulit tetap muda dan anjal. Selain itu, AGEs juga bisa mengurangkan kadar antioksidan dalam tubuh.
Seperti diketahui, antioksidan sangat perlu dan sangat penting untuk mempertahankan kesihatan pada kulit. Jika jumlahnya berkurang, maka kulit akan terdedah terhadap radikal bebas dan akibatnya penuaan awal lebih cepat terjadi.


Daging Merah

Daging merah memang mengandungi protein yang penting bagi perbaikan rangkaian. Namun terlalu banyak mengambil protein dari haiwan juga dapat mencetus hilangnya kadar kalsium dari tulang, sehingga mengundang risiko osteoporosis. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahwa pengambilan protein yang tinggi di usia pertengahan berkaitan dengan peradangan poliartritis, di mana peradangan terjadi pada lebih dan satu jenis sendi.
sumber :lifqual.com

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI ROTI KEMBONG A K A ROTI PURI

9/15/2014 damiaamna 0 Comments


sumber : yatiezaini - my resepi

Bahan-bahan ( 12 biji )
BAHAN A
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
40-50ml air
Minyak utk mengoreng

BAHAN B
1/2 sudu kecil garam 
3 sudu makan minyak masak 
2 sudu makan gula 
175ml air panas 

Cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan B di dalam periuk dan panaskan sebentar. Kacau sehingga gula hancur dan matikan api dapur.

2. Di dalam bekas lain, satukan yis dan tepung. gaul rata.


3. Seterusnya tuang bahan B yang di cairkan tadi kedalam bekas tepung & yis dan gaul dengan menggunakan garfu sehingga adunan bercampur.

4. Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti /breadcrumb.

5. Tambahkan air sedikit-sedikit dan adun sehingga tak melekat di tangan dan menjadi doh (jangan gunakan semua air tersebut)


6. Perap selama 30 minit dan bolehlah di bahagikan kepada 12 bahagian bulat yang kecil.

7. Canai doh nipis seperti membuat karipap dan bolehlah di goreng. Sebaiknya goreng sebiji saja dalam satu masa.


TIPS untuk menggoreng : Gunakan api yang kecil/sederhana. Api yang besar boleh menyebabkan roti tidak menggelembung. Semasa menggoreng hendaklah di simbah-simbahkan minyak ke atas roti ini dan bila menggelembung barulah di terbalikkan.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI ROTI JALA DAN GULAI AYAM

9/10/2014 damiaamna 0 Comments

Roti jala memang menjadi kegemaran anak-anak, Kalau bulan Puasa beli RM2 kat bazaar Ramadhan sekali hadap Jew....Jadi kena la belajar buat juga kan..dah banyak kali buat sebenarnye, tapi baru berkesempatan untuk share...

Roti jala

Bahan-bahan ( 3 orang )

2 cawan tepung gandum
3 sudu makan majerin dicairkan/ minyak masak
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
2 cawan air/santan/ susu segar (aku guna air jeer)



Cara-cara membuatnya :

1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.


Kalu Ada roti jala, mesti la kena Ada kuahnya kan.....hrmmmm anak-anak Suka Makan dengan kuahnya gulai /kari ayam....so kena la buat juga kan...kuahnya ka yang beli tak sedap PULAk nanti he he...banyak songeh betul...

Bahan2 Kari Ayam

1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
3 biji kentang ~ didadu kasar
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Daun kari
1 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
1 cm halia*
(Dihiris nipis bahan2 bertanda*)
4 sudu besar rempah kari ayam#
2 sudu kecil serbuk cili#
sikit saja air asam jawa#
2 sudu makan kerisik#
(campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)
1 kotak santan segera/secukupnya santan
air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
sikit minyak
garam & perasa secukupnya

Cara

Panaskan minyak, tumis rempah empat sekawan, bahan hirisan & daun kari. Kacau2 & biar hingga wangi.
Masukkan rempah yang dibancuh tadi dan kacau sehingga naik minyak ( pasti kan betul2 Masak ye...Kalu tak gulai bernal rempah nanti)
Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.
Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja kegemaran anda.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

KEUTAMAAN VITAMIN DAN MINERAL UNTUK KANAK-KANAK

9/09/2014 damiaamna 0 Comments


Apakah vitamin dan minral yang paling utama untuk kanak-kanak??
shaklee

 
Vitamin A menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang normal; tisu dan tulang pembaikan; dan kulit yang sihat, mata, dan tindak balas imun. Sumber yang baik termasuk susu, keju, telur, dan kuning ke oren sayur-sayuran seperti lobak merah, keladi, dan skuasy.


Vitamin B. Keluarga vitamin B - B2, B3, B6, dan B12 - metabolisme bantuan, pengeluaran tenaga, dan sistem peredaran darah dan saraf yang sihat. Sumber yang baik termasuk daging, ayam, ikan, kacang, telur, susu, keju, kacang, dan kacang soya.


Vitamin C menggalakkan otot yang sihat, tisu penghubung, dan kulit. Sumber yang baik termasuk buah-buahan sitrus, strawberi, kiwi, tomato, dan sayur-sayuran hijau seperti brokoli.


Vitamin D menggalakkan pembentukan tulang dan gigi dan membantu badan menyerap kalsium. Sumber yang baik termasuklah susu dan produk tenusu yang lain, dan minyak ikan. Sumber terbaik vitamin D adalah cahaya matahari.
Kalsium membantu membina tulang yang kuat sebagai kanak-kanak membesar. Sumber yang baik termasuk susu, keju, yogurt, tauhu, dan kalsium yang diperkaya jus oren.


Zat Besi membina otot dan adalah penting untuk sihat sel-sel darah merah. Kekurangan zat besi adalah risiko dalam remaja, terutama bagi kanak-kanak perempuan apabila mereka mula datang kotor. Sumber yang baik termasuk daging lembu dan daging merah yang lain, ayam belanda, daging babi, bayam, kacang.

Megavitamins - dos besar vitamin - tidak adalah idea yang baik untuk kanak-kanak. Vitamin larut lemak (vitamin A, D, E, dan K) boleh menjadi toksik jika anak-anak terkena dos berlebihan dengan berlebihan. Ditto dengan besi. Anak-anak anda boleh mendapatkan terlalu banyak hal yang baik.
Memilih kepada Makanan Segar untuk Vitamin Terbaik



Kanak-kanak yang sihat mendapatkan permulaan yang terbaik dari apa yang anda masukkan dalam troli runcit anda.

 

Pemakanan yang baik bermula dengan memberikan pelbagai keseluruhan, makanan segar sebanyak mungkin. Itu jauh lebih baik daripada berkhidmat sehingga makanan segera atau makanan kemudahan - dan berharap bahawa mengambil vitamin kanak-kanak akan membatalkan apa-apa tidak-no pemakanan ini. Anda akan menemukan kebanyakan vitamin dan mineral dalam makanan yang tinggi karbohidrat dan protein (bukan lemak). Setakat ini, makanan yang paling tinggi vitamin semua adalah buah-buahan segar dan sayur-sayuran.

 

Untuk memberi kanak-kanak lebih vitamin, mensasarkan lebih pelbagai - bukan sahaja lebih banyak makanan. Dua kali ganda kanak-kanak hari ini mempunyai berat badan berlebihan dari dua dekad yang lalu, jadi gunakan bahagian makanan bersaiz kanak-kanak, iaitu satu perempat kepada satu pertiga saiz bahagian dewasa.

 

Menyebarkan pelbagai jenis makanan kepada beberapa hidangan kecil dan makanan ringan sepanjang hari. Jika anak anda tidak akan makan makanan tertentu selama beberapa hari - seperti sayur-sayuran - jangan bimbang. Tetapi mereka memperkenalkan semula makanan lagi satu atau dua hari kemudian, mungkin bersedia dengan cara yang berbeza. "Mogok makanan" kanak-kanak biasanya berakhir dengan sendirinya.

shaklee
 
 
Vitamin dan Kanak-kanak Sihat: Lima Tips
 

Jika anda memberi vitamin untuk anak-anak anda, ikuti tips ini:

1.letakkan vitamin dari sini, baik daripada jangkauan kanak-kanak, supaya mereka tidak melayan mereka seperti gula-gula.

2.Cuba untuk bertarung lebih makanan yang anak-anak anda atau menggunakan pencuci mulut sebagai rasuah untuk "membersihkan pinggan anda." Sebaliknya, cuba memberi vitamin kunyah sebagai "merawat" pada akhir makan. Vitamin larut lemak hanya boleh diserap dengan makanan.

3.Jika anak anda mengambil sebarang ubat, pastikan anda meminta doktor anak anda tentang apa-apa interaksi ubat dengan vitamin atau mineral tertentu. Kemudian makanan tambahan tidak akan meningkatkan atau mengurangkan dos ubat.

4.Cuba vitamin kunyah jika anak anda tidak akan mengambil pil atau makanan tambahan cecair.

5.Pertimbangkan menunggu sehingga kanak-kanak mencapai umur 4 untuk mula memberi makanan tambahan multivitamin, melainkan jika doktor anak anda mencadangkan sebaliknya.

 

Khasiat memainkan peranan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak anda. Jadi, bukannya bergantung kepada watak kartun menjual makanan tambahan, komited untuk memberi makan pelbagai makanan yang sihat untuk anak-anak anda.

 translate :Web MD

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

VITAMIN DAN KANAK-KANAK - ADAKAH MEREKA PERLUKANYA??

9/09/2014 damiaamna 0 Comments


Iklan setiap hari menyarankan kanak-kanak mengambil vitamin. Tetapi adakah ianya  benar?

 
Shaklee


Tetapi tidak semua, pakar-pakar bersetuju. Sebaik-baiknya, kanak-kanak perlu mendapatkan vitamin dari diet yang seimbang dan sihat yang merangkumi:

Susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt (sebaik-baiknya produk rendah lemak untuk kanak-kanak berumur lebih dari 3)

Banyak buah-buahan segar dan sayuran, sayur-sayuran hijau

Protein seperti ayam, ikan, daging, dan telur

Bijirin penuh seperti oat keluli-potong dan beras perang

 
Shaklee
 Gambar :junk foog


Kenapa kanak-kanak Perlu Tambahan Vitamin?

  • Memandangkan realiti ibu bapa masa berderak, mereka yang serba boleh, makanan yang dimasak di rumah tidak selalu mungkin. Itulah sebabnya pakar kanak-kanak mungkin mengesyorkan multivitamin harian atau makanan tambahan mineral untuk:

  • Kanak-kanak yang tidak makan kerap, makanan yang seimbang yang diperbuat daripada segar, makanan keseluruhan

  • Pemakan cerewet yang hanya tidak makan cukup

  • Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti asma atau masalah penghadaman, terutamanya jika mereka mengambil ubat-ubatan (pastikan anda berbincang dengan doktor anak anda sebelum memulakan suplemen jika anak anda mengambil ubat)

  • Kanak-kanak terutamanya yang aktif bersukan fizikal mencabar

  • Kanak-kanak makan banyak makanan segera, makanan kemudahan dan makanan yang diproses

  • Kanak-kanak pada diet vegetarian (mereka mungkin memerlukan zat besi tambahan), diet tenusu percuma (mereka mungkin memerlukan tambahan kalsium), atau diet terhad lain

  • Kanak-kanak yang minum banyak soda berkarbonat, yang boleh Meluluhkan vitamin dan mineral dari tubuh mereka
Translate :Web MD

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

MAKANAN PERANGSANG KOLAGEN DALAM TUBUH

9/09/2014 damiaamna 0 Comments


Kolagen merupakan protein yang menggabungkan keratin dan elastin dan menjadikan kulit anda kuat dan elastik. Semakin usia anda meningkat, penghasilan kolagen dalam tubuh anda juga semakin kurang. Ini menyebabkan proses penuaan kulit, yang disifatkan oleh tanda-tanda seperti penipisan, kedutan, garisan kulit dan bintik hitam..

 
Shaklee Collagen


Apabila proses penuaan ini bermula, kebanyakan wanita mencari penyelesaian dengan membeli pelbagai produk di pasaran tanpa mengetahui campuran produk serta sejauh mana bahaya ataupun tidak produk itu..

 

Namun begitu, perlu diketahui anda juga boleh mendapatkan sumber pemakanan yang merangsang penghasilan kolagen secara semulajadi, selamat dan lebih murah...

 

Antaranya ialah...

 
1. Omega-3

Omega-3 merupakan sumber asid lemak yang baik untuk tubuh. Namun, ramai tidak menyedari kebaikannya dan tidak mendapat Omega-3 yang cukup dalam diet.. Omega-3 menjadikan kulit anda lebih licin, lembut dan gebu dengan pengambilan yang kerap..Omega-3 terdapat dalam ikan yang tinggal di perairan yang sejuk seperti tuna, salmon dan mackerel. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan khasiat omega-3 dari telur,marjerin,susu,yogurt,roti, pasta, walnut, bijirin dan mentega kacang.

 

2. Produk soya

Keju, susu soya dan produk lain yang dibuat dari soya mengandungi genistein - bahan yang membantu dalam penghasilan kolagen dan melambatkan proses penuaan.

 

3. Bawang putih

Walaupun bawang putih dikatakan mampu mengugat keharuman tubuh badan anda namun perlu diketahui bawang putih merupakan sumber sulfur yang baik dan penting untuk menghasilkan kolagen dalam badan . Bawang putih juga mengandungi sejumlah besar Lipoik asid dan taurina, yang penting untuk membina semula serat kolagen yang rosak. Apabila memasak pasta, sup, daging dan hidangan yang lain, pastikan anda menambah banyak bawang putih. Antara manfaat lain dari bawang putih ini adalah ia mampu mencegah anda daripada mendapat kanser dan menguatkan sistem imuniti badan.

 

4. Buah Tomato

Anda mungkin tahu bahawa tomato mengandungi sejumlah besar lycopene. Apa yang mungkin anda tidak tahu adalah lycopene membantu melawan collagenases. Collagenases merupakan enzim yang memusnahkan kolagen dalam badan anda. Bagi pengambilan tomato, adalah lebih baik untuk memasaknya daripada memakannya mentah.

 

5. Buah-buahan berwarna merah dan sayur-sayuran

Selain daripada tomato, buah-buahan merah dan sayur-sayuran juga dianggap sumber lycopene yang baik. Beet dan lada merah membuat penambahan lazat untuk diet anda. Selain daripada lycopene,  makanan semula jadi yang berwarna merah ini juga mengandungi banyak antioksidan yang menggalakkan penghasilan kolagen dan melawan tanda-tanda penuaan.

 

6.Sayur-sayuran

Sayuran hijau dikenali dengan kandungan nutrisi pemakanan yang tinggi. Sayuran hijau yang berwarna gelap juga didapati mengandungi agen yang membantu dalam penghasilan kolagen. Antara contoh sayuran itu adalah seperti adalah bayam dan asparagus.. Bukan sahaja ia membantu dalam penghasilan kolagen, tetapi mereka juga membantu tubuh anda menggunakan protein dengan lebih efektif.
 
Kredit to :Cute Mom24

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

TAHUKAH ANDA DARI MANA SUMBER KOLAGEN DALAM SUPLEMEN YANG ADA DI PASARAN ?

9/09/2014 damiaamna 0 Comments


Sudah menjadi fenomena masa kini, semua orang, terutama sekali wanita remaja dan dewasa.... Sibuk untuk mencari kolagen untuk tujuan kecantikan dan kesihatan...
Dalam pada kita sibuk untuk mencari atau membelikolage yang terdapat di pasaran, adakah kita semua tahu atau sedar punca kolagen yang terdapat di pasaran masa kini.
Shaklee
Ini adalah sumber kolagen keluaran Shaklee
 
Tahukah Anda Dari Mana Sumber Kolagen Dalam Suplemen Yang Ada Di Pasaran ?
 

1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand.

2) Daripada babi (porcine origin)

3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat

4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya

5) Daripada Yak – produk dari China

6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

 

Fakta Tentang Kolagen Sintesis

 1) Ramai pengguna tidak tahu bahawa kolagen sintesis yang terdapat dipasaran diperolehi dari pelbagai sumber.

2) Kolagen sintesis paling popular ialah dari sumber mamalia (khinzir, lembu, keldai dan ayam). Di mana kolagen mamalia sangat digemari oleh pengusaha untuk menghasilkan produk kecantikan yang disediakan dalam bentuk makanan tambahan maupun kosmetik sejak puluhan tahun lalu.

3) Di samping itu, kolagen dari sumber sayuran dan bijirin (kacang soya dan jagung) juga banyak terdapat dipasaran. Ia boleh dibeli dengan harga lebih rendah. Namun penggunaan kolagen kacang soya adalah lebih kepada meningkat energi kepada tubuh dan jagung pula untuk hati.

4) Hasil penyelidikan terkini mendapati kolagen juga boleh diperolehi sumber ikan (air tawar dan air masin). Di mana bahagian sisik, kulit dan tulang ikan diproses menghasilkan kolagen sintesis.

5) Kualiti dan khasiat kolagen adalah berbeza mengikut jenis masing-masing.

6) Kajian saintifik mendapati pengambilan kolagen terhidrolisis melalui kaedah minuman ataupun makanan akan memberi kesan lebih baik kepada tubuh berbanding pengambilan kolagen secara kosmetik. Ini kerana berlaku proses penyerapan yang lebih mudah dan cepat oleh usus kecil memandangkan saiz molekulnya lebih kecil dan ringgan yang membawa kepada sintesis kolagen yang baik di dalam tubuh.
Kredit To: facebook/elzahraashop

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

KENAPA KITA PERLU COLLAGEN?

9/05/2014 damiaamna 0 Comments


KENAPA KITA PERLU COLLAGEN?
 

Perkataan "kolagen" berasal dari Kolla, perkataan Greek untuk gam. Ia adalah gentian yang kukuh yang menyusuri seluruh badan untuk kekuatan dan sokongan kepada literal memegang badan bersama-sama seperti gam akan. Kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam badan dengan jenis kira-kira 14 atau lebih dikenali.

 

Semakin usia kita, keupayaan badan untuk membuat protein kolagen dan kompleks yang berbeza melambatkan. Dalam masa, kekurangan kolagen berlaku pada kulit, sendi, dan lain-lain bahagian badan, melemahkan tisu penghubung, yang memegang kita bersama-sama. Gentian kolagen yang tinggal juga mungkin kehilangan tekstur lembapannya dan menjadi tegar, sebahagian besarnya disebabkan oleh kerosakan radikal bebas. Kekurangan gabungan kolagen dan kolagen kering boleh nyata dirinya sebagai kedutan; sakit sendi; rambut rapuh, kulit dan kuku; dan lain-lain keadaan tisu penghubung. Untuk menggantikan yang hilang dan menambah kering kolagen, losyen dan krim luaran telah popular selama bertahun-tahun. Suntikan kolagen untuk kedutan juga popular. Baru-baru ini, bagaimanapun, perhatian telah beralih kepada penggunaan kolagen sebagai makanan tambahan lisan.

 

Bersebelahan dengan air, kolagen adalah bahan yang paling penting struktur dalam badan kita, menyumbang 25-30% daripada jumlah protein. Ligamen, tendon, tulang dan otot rangka semuanya diadakan bersama-sama dengan kolagen, dan juga oleh tisu otot licin seperti saluran darah, saluran penghadaman dan organ-organ. Ia adalah lebih komponen utama rambut anda, kulit dan kuku.

 

Semakin usia kita, badan kita kehilangan keupayaan untuk membuat kolagen, oleh itu, ia bermula untuk memecahkan. Inilah sebabnya mengapa sags kulit dan kedutan kami: rambut menjadi lebih nipis, kusam, tidak bermaya atau; sendi-sendi kita adalah lebih keras dan kurang fleksibel; dan kami mempunyai lebih lembut, badan nada kurang.

 

Menambahkan dengan protein kolagen dipercayai menyediakan tubuh dengan asid amino yang diperlukan untuk membuat dan menyokong kolagen. Tanpa kolagen yang sihat, badan kita hampir runtuh apabila kita semakin tua.

 

Jauh berbeza dari sumber-sumber protein lain, protein kolagen mengandungi kombinasi unik dan catuan asid tinggi nitrogen amino (protein), yang paling penting, glycine, proline, hydroxyproline dan arginin. Mereka telah menunjukkan pengaruh:

 

  1. Berat Badan.

  2. Tulang dan penghubung Tisu.

  3. Penambahbaikan Kulit kemunculan.

  4. Optimum Pertumbuhan Badan dan Pembaikan.

  5. Metabolisme lebih baik.

  6. Kenaikan Rembesan Hormon Pertumbuhan yang memberi kesan:

  a) Kerugian Lemak,

  b) Penyimpanan otot,

  c) Tahap Tenaga,

  d) Kelembutan dan Keanjalan Kulit,

  e) Tidur lebih baik

  7. Healing (khas untuk luka).
 
kredit to :halal kolagen

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah