MAKANAN PERANGSANG KOLAGEN DALAM TUBUH
Kolagen merupakan protein yang
menggabungkan keratin dan elastin dan menjadikan kulit anda kuat dan elastik.
Semakin usia anda meningkat, penghasilan kolagen dalam tubuh anda juga semakin
kurang. Ini menyebabkan proses penuaan kulit, yang disifatkan oleh tanda-tanda
seperti penipisan, kedutan, garisan kulit dan bintik hitam..
Apabila proses penuaan ini bermula,
kebanyakan wanita mencari penyelesaian dengan membeli pelbagai produk di
pasaran tanpa mengetahui campuran produk serta sejauh mana bahaya ataupun tidak
produk itu..
Namun begitu, perlu diketahui anda juga
boleh mendapatkan sumber pemakanan yang merangsang penghasilan kolagen secara
semulajadi, selamat dan lebih murah...
Antaranya ialah...
1. Omega-3
Omega-3 merupakan sumber asid lemak yang
baik untuk tubuh. Namun, ramai tidak menyedari kebaikannya dan tidak mendapat
Omega-3 yang cukup dalam diet.. Omega-3 menjadikan kulit anda lebih licin,
lembut dan gebu dengan pengambilan yang kerap..Omega-3 terdapat dalam ikan yang
tinggal di perairan yang sejuk seperti tuna, salmon dan mackerel. Selain itu,
anda juga boleh mendapatkan khasiat omega-3 dari
telur,marjerin,susu,yogurt,roti, pasta, walnut, bijirin dan mentega kacang.
2. Produk soya
Keju, susu soya dan produk lain yang dibuat
dari soya mengandungi genistein - bahan yang membantu dalam penghasilan kolagen
dan melambatkan proses penuaan.
3. Bawang putih
Walaupun bawang putih dikatakan mampu
mengugat keharuman tubuh badan anda namun perlu diketahui bawang putih
merupakan sumber sulfur yang baik dan penting untuk menghasilkan kolagen dalam
badan . Bawang putih juga mengandungi sejumlah besar Lipoik asid dan taurina,
yang penting untuk membina semula serat kolagen yang rosak. Apabila memasak
pasta, sup, daging dan hidangan yang lain, pastikan anda menambah banyak bawang
putih. Antara manfaat lain dari bawang putih ini adalah ia mampu mencegah anda
daripada mendapat kanser dan menguatkan sistem imuniti badan.
4. Buah Tomato
Anda mungkin tahu bahawa tomato mengandungi
sejumlah besar lycopene. Apa yang mungkin anda tidak tahu adalah lycopene
membantu melawan collagenases. Collagenases merupakan enzim yang memusnahkan
kolagen dalam badan anda. Bagi pengambilan tomato, adalah lebih baik untuk
memasaknya daripada memakannya mentah.
5. Buah-buahan berwarna merah dan
sayur-sayuran
Selain daripada tomato, buah-buahan merah
dan sayur-sayuran juga dianggap sumber lycopene yang baik. Beet dan lada merah
membuat penambahan lazat untuk diet anda. Selain daripada lycopene, makanan semula jadi yang berwarna merah ini
juga mengandungi banyak antioksidan yang menggalakkan penghasilan kolagen dan
melawan tanda-tanda penuaan.
6.Sayur-sayuran
Sayuran hijau dikenali dengan kandungan
nutrisi pemakanan yang tinggi. Sayuran hijau yang berwarna gelap juga didapati
mengandungi agen yang membantu dalam penghasilan kolagen. Antara contoh sayuran
itu adalah seperti adalah bayam dan asparagus.. Bukan sahaja ia membantu dalam
penghasilan kolagen, tetapi mereka juga membantu tubuh anda menggunakan protein
dengan lebih efektif.
Kredit to :Cute Mom24
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah