RESEPI ROTI SARANG LEBAH
Roti sarang lebah tengah hangat dalam Facebook sekarang ni... Di mana ianya mula dikongsi di laman sosial Facebook oleh Lydia Honey www.facebook.com/LydiaHoney
Saya pula tengah excited membuat roti, kebetulan anak2 gemarkan roti berbanding kek.... Jom la cuba....sedappppp
Tapi kalau malas pun takpe....order je dlm Facebook .. He he
BAHAN UNTUK DOH ROTI
2 cawan tepung gandum
½ sudu teh dry yeast
¼ sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt (suhu bilik) boleh gantikan dengan susu..tp kureng le rasanya
¼ cawan minyak sun flower ( aku guna minyak jagung)
½ cawan air suam
Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)
CARA PENYEDIAAN:
Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:-
Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
RESEPI BUTTERSCOTCH SOS
Bahan-Bahan:
½ cawan brown sugar bukan gula merah ok
½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
Sedikit garam
½ st vanilla essence
25g butter
Cara Penyediaan
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah