TAHUKAH ANDA DARI MANA SUMBER KOLAGEN DALAM SUPLEMEN YANG ADA DI PASARAN ?

9/09/2014 damiaamna 0 Comments


Sudah menjadi fenomena masa kini, semua orang, terutama sekali wanita remaja dan dewasa.... Sibuk untuk mencari kolagen untuk tujuan kecantikan dan kesihatan...
Dalam pada kita sibuk untuk mencari atau membelikolage yang terdapat di pasaran, adakah kita semua tahu atau sedar punca kolagen yang terdapat di pasaran masa kini.
Shaklee
Ini adalah sumber kolagen keluaran Shaklee
 
Tahukah Anda Dari Mana Sumber Kolagen Dalam Suplemen Yang Ada Di Pasaran ?
 

1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand.

2) Daripada babi (porcine origin)

3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat

4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya

5) Daripada Yak – produk dari China

6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

 

Fakta Tentang Kolagen Sintesis

 1) Ramai pengguna tidak tahu bahawa kolagen sintesis yang terdapat dipasaran diperolehi dari pelbagai sumber.

2) Kolagen sintesis paling popular ialah dari sumber mamalia (khinzir, lembu, keldai dan ayam). Di mana kolagen mamalia sangat digemari oleh pengusaha untuk menghasilkan produk kecantikan yang disediakan dalam bentuk makanan tambahan maupun kosmetik sejak puluhan tahun lalu.

3) Di samping itu, kolagen dari sumber sayuran dan bijirin (kacang soya dan jagung) juga banyak terdapat dipasaran. Ia boleh dibeli dengan harga lebih rendah. Namun penggunaan kolagen kacang soya adalah lebih kepada meningkat energi kepada tubuh dan jagung pula untuk hati.

4) Hasil penyelidikan terkini mendapati kolagen juga boleh diperolehi sumber ikan (air tawar dan air masin). Di mana bahagian sisik, kulit dan tulang ikan diproses menghasilkan kolagen sintesis.

5) Kualiti dan khasiat kolagen adalah berbeza mengikut jenis masing-masing.

6) Kajian saintifik mendapati pengambilan kolagen terhidrolisis melalui kaedah minuman ataupun makanan akan memberi kesan lebih baik kepada tubuh berbanding pengambilan kolagen secara kosmetik. Ini kerana berlaku proses penyerapan yang lebih mudah dan cepat oleh usus kecil memandangkan saiz molekulnya lebih kecil dan ringgan yang membawa kepada sintesis kolagen yang baik di dalam tubuh.
Kredit To: facebook/elzahraashop

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah