STRETCHMARKS SEMASA MENGANDUNG

12/27/2015 damiaamna 0 Comments

🌷STRETCHMARKS SEMASA MENGANDUNG 🌷
Shaklee

Masalah ini memang dihadapi oleh ramai mommies & ramai yang ingat ini adalah masalah genetik yang tak boleh dielakkan. Saya tak nafikan juga mungkin kulit sesetengah orang lebih mudah meregang berbanding yang lain kerana genetik mereka begitu, tapi sudah pasti ada cara untuk mengatasi masalah stretchmarks ini.

Antara 5 cara mengatasi masalah stretchmarks:

1. Tingkatkan keanjalan kulit dengan kolagen.

Mommies tau tak, penghasilan kolagen mula berkurang dalam badan kita pada usia 20-an. Bayangkan kalau mommies mengandung umur 30, dah tentu kolagen semakin sikit & kulit pun kurang keanjalan. Cara paling mudah ialah mengambil kolagen dari sumber luar. Dan kolagen yang dihasilkan daripada hidupan laut lebih berkesan.

2. Pastikan badan cukup air

Semasa mengandung, jumlah darah akan bertambah jadi kulit juga memerlukan lebih banyak air untuk kekal anjal.

3. Minyak kelapa atau minyak zaitun

Sapu minyak pada kulit untuk mengekalkan kelembapan dan mengekalkan keanjalannya.

4. Vitamin C

Vitamin C juga penting untuk memastikan keanjalan kulit kerana ia membantu menghasilkan kolagen.

5. Zink

Selain membantu meningkatkan imuniti ibu mengandung, kekurangan zink juga boleh menjadi penyebab stretchmarks kerana zink juga terlibat dalam penghasilan kolagen

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

BAGAIMANA PENYAKIT KENCING MANIS TERJADI

12/16/2015 damiaamna 0 Comments

🍰BAGAIMANA PENYAKIT KENCING MANIS TERJADI🍰
Penyakit kencing manis yang paling kerap terjadi ialah KENCING MANIS JENIS 1 & JENIS 2.

Penyakit kencing manis jenis 1
- Biasanya terjadi kepada orang yang lebih muda kerana insulin tidak dihasilkan oleh pankreas atau tidak mencukupi.

Penyakit kencing manis jenis 2
-Terjadi kepada orang lebih berusia kerana insulin yang dihasilkan tidak
dikenali oleh sel badan.

••••••••
Tindakan insulin ke atas sel dan gula boleh diumpamakan seperti 'kunci' & 'pintu'.

Insulin ialah kunci yang membuka pintu pada sel supaya gula boleh masuk ke sel untuk tindakan metabolisme.

Untuk penghidap diabetes jenis 1, kunci tiada ataupun tidak cukup. Contohnya ada 15 pintu tapi kunci ada 5 sahaja. Jadi sedikit sahaja gula yang boleh masuk ke sel. Gula yang tidak
boleh masuk akan berkumpul dalam saluran darah.

Sementara bagi diabetes jenis 2,
kunci yang ada walaupun banyak tidak
sama dengan lubang pintu. Jadi, kunci-kunci itu tidak boleh membuka pintu.
Kesannya sama, gula tidak boleh masuk ke sel dan berkumpul dalam aliran darah.

Gula ini akan terus meningkat & berkumpul dan menyebabkan simptom
kencing manis.

••••••••
Jagalah kesihatan. Kawal pemakanan untuk mengawal gula dalam
darah.

Amalkan sunnah Rasulullah yang tepat, iaitu makan sebelum lapar & berhenti
sebelum kenyang. 'Makanan sunnah' juga boleh menyebabkan penyakit jika diambil berlebihan.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

BAGAIMANA OTAK KITA BERFUNGSI

12/10/2015 damiaamna 2 Comments

BAGAIMANA OTAK KITA BERFUNGSI

Pernah tgk iklan susu Anmum? Alaaah yg pasal "lebih banyak sel otak berhubung, lebih cepat pembelajaran berlaku" tu...

Sel-sel otak kita berhubung macamana, nak tau tak?

Sel-sel otak kita ni dia tak bersambung direct, antara sel2 otak (dipanggil neuron) ada satu ruang namanya synapse. Di synapse ni lah berlakunya pemindahan neurotransmitter dari satu neuron ke neuron yang lain.

Macamana kalau neurotransmitter ni tak boleh nak lepasi synapse tu ke neuron2 lain? Maka ia jadilah macam talian telefon atau internet terganggu. Haaa... kalau kita tngh cakap telefon tiba2 ada gangguan, sampai tak mesej kita kat orang sana? Tak kan? dgr pun suara robot je.

Macama tu lah bila ada gangguan terhadap aliran neurotransmitter kita. Bila sel otak tak berhubung, kita pun start lah jadi tak berapa betul >_<

Macamana nak pastikan aliran neurotransmitter kita lancar?

Mula2 sekali kena istiqomah buat AMALAN ROHANI. kenapa? scientifically memanglah sistem badan kita ni berjalan sendiri tapi spritually, ada 'sesuatu' yg menjaga setiap milimiter badan kita. Ia adalah malaikat2 yg menjaga setiap degup jantung & aliran darah kita... nak taknak, kena buat amalan rohani barulah kita benar2 sihat.

Lepas tu, mesti bekalkan otak kita dengan nutrien! Makan bukan utk perut je tau tapi otak! bukan makan Omega Guard je kalau nak jaga otak tau.

1) Protein (ESP) --> protein membina neuron & neurotrnsmitter. ESP juga ada asid amino yg menjaga neuron dan saraf kita supaya sentiasa alert.



2) Vita-C --> jaga sel otak dari rosak. hehe. kalau otak rosak, ape nak jadi ni..



3) B Complex --> menjaga kesihatan neurotransmitter


4) Lechitin --> mengandungi phosphatidylcholine yakni precursor utk neurotransmitter.  dia bantu perpindahan neurotrasmitter ni dgn lebih mantap!



5) Omega Guard --> mengurangkan risiko otak mengecut. hehe, otak boleh kecut tau.



6) Performance Drink --> melancarkan lompatan neurotransmitter



Bila dah rasa otak macam weng2 sikit, cepat2 amik produk2 di atas (kalau belum), kalau dah,, boleh tambah dos. Mungkin kurang dos tu >_<

2 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

DARI HOBI JADI PERNIAGAAN KECIL KECILAN

12/08/2015 damiaamna 0 Comments

Dari hobi yang gemar Baking dan mencuba resepi kek, dah jadi perniagaan kecil kecilan. Oleh kerana minat yang mendalam dalam pembuatan kek. Aku mula mencari kelas Baking. Dan alhamdulillah, sudah mula berani mengambil tempahan dari kawan kawan.


Chocolate moist cake dengan buttercream dan juga edible Image.


Redvelvet cake dengan creamcheese frosting.


Absolute chocolate cake.


High fiber cheesecake.


Carrotcake dengan walnut.


Chocolate moist cake.


Buttercream deco.


Chocolate Indulgence cake.









0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

PROMOSI AKHIR TAHUN 2015 YANG MENGUJAKAN

12/05/2015 damiaamna 0 Comments

Promosi akhir tahun 2015 memang mengujakan dengan jaminan yang begitu menguntungkan .

Promo shaklee

Tiga vitamin promo akhir tahun, beli 6 botol lecithin percuma satu botol dan beli dua botol lecithin diskaun 5%. Begitu juga dengan COLLAGEN POWDER, beli 6 kotak percuma satu kotak dan beli dua kotak diskaun 5%. 
Sementara multivitamin untuk anak, beli tiga percuma satu botol.

Collagen

Vitamin kegemaran kanak kanak




0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

TeSTIMONI COLLAGEN POWDER SHAKLEE NI TIPU LA

12/05/2015 damiaamna 0 Comments

Testimoni COLLAGEN POWDER shaklee ni tipu la. Kata lepas ambik lima sachet je sah nampak kulit glowing bagai, tapi sebaliknya susu pun meriah. Wah!!! Ini sudah lebih, tak ada juga masalah sakit sendi...... 



Fuhhhhh ini memang tak boleh jadi. Memang rasa nak marah je ni. 
Cuba tengok testimoni ni

COLLAGEN shaklee

Biasa tengok orang post testimoni macam ni je


Rasa geram je kan bila tau COLLAGEN ni boleh tambah susu badan dan sangat sesuai untuk ibu breasfeed , kalau yang kat luar sana kebanyakan memberi kesan yang kurang bagus untuk ibu yang breasfeed.

Hrmmmm ni la rupa shaklee COLLAGEN POWDER tu dengan saiz sangat halus, mudah dibancuh,cepat larut dalam air.... Dan begitulah juga dia bertindak dlm badan kita....








0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

Promosi hebat shaklee Oktober 2015

10/15/2015 damiaamna 0 Comments

Assalamualaikum wbt

Memang susah nak percaya !!!!!!! Tapi ini lah yang terjadi! Promosi yang sangat superb Oktober ini. Ada     Clearance sale! Ada promosi 5% discount dengan pembelian 2 unit. Ada promosi beli 6 percuma 1!

Promosi yang paling hangat ialah promosi clearance Vitamin E. Vitamin yang digemari kaum hawa untuk cantik kan kulit yang juga dikenali sebagai Vitamin cinta untuk pasangan yang berkahwin.

Shaklee

Best kan promosi ni.

Ada lagi promosi 5% discount untuk produk vitamin lain.

GLA shaklee

GLA sangat sesuai untuk kaum hawa terutamanya, bagi yang ada masalah hormon.


Omega sesuai untuk semua dari semua peringkat umur. Kanak kanak juga gemarkan untuk tingkatkan DHA untuk perkembangan minda.


Bagaimana nak beli?

Sangat mudah.

Jika anda ingin membuat pembelian sila whatsapp / SMS ke talian 019-4139987sebarang atau e-mail sebarang pertanyaan ke saminah2801@gmail.com 

Setiap pembelian bersama cergasemulajadi.com akan layak menerima:

1. Jadual pengambilan
2. Cara pengambilan terbaik
3. Tips untuk kurangkan paras kolestrol 
4. Tips untuk membuat masker Vita E




0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

Penyakit Kencing Tikus

10/15/2015 damiaamna 1 Comments

Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

Faktor risiko:
  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
  • Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
Tanda/Gejala:
  • Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  • Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
  • Batuk tidak berkahak
  • Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
  • Radang selaput mata.
  • Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.
Rawatan: Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.
Pencegahan: 
  • Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.
  • Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycyclineboleh mengurangkan risiko mendapat penyakit. Nasihat penulis jika anda terkena simpton virus ini, sila ke hospital dengan segera.
  • Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
  • Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
  • Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
  • Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.
  • Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.

1 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

ANAK SUSUAN DAN MAHRAMNYA

7/27/2015 damiaamna 0 Comments

MAHRAMNYA Yang Disebabkan Oleh Penyusuan?


Kredit to Efie Muhammad 
Alhamdulillah, Allah kurniakan saya  4 orang cahaya mata. 3 orang putera dan seorang puteri. Anak sulung sehingga anak ketiga saya berikan susu formula setelah saya mula masuk kerja selepas habis berpantang. Memang berniat untuk menyusu secara ekslusif tetapi kerana kurangnya pengetahuan menyebabkan impian hanya tinggal impian. Setelah anak keempat, saya mula mencari info mengenai penyusuan secara ekslusif. Saya berjaya menyusu penuh sehingga anak saya berusia 19 bulan, tetapi susu tak mencukupi memandangkan permintaan anak yang semakin meningkat. Jalan lain yang saya ada ialah mendapatkan ibu SUSUAN untuknya memandangkan anak saya tak mahu menerima langsung susu formula.

Oleh kerana anak saya ada ibu SUSUAN .... Jadi sebagai ibu kandung perlu didik anak mengenai MAHRAMNYA dengan ibu SUSUAN 



Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud : ‘Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, …dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu…’ (surah al-Nisa’ : 23).
     
 Ketahuilah! Keharaman berkahwin dengan ibu susuan dan saudara susuan tidak hanya terbatas kepada 2 golongan ini sahaja. Tetapi ada juga kelompok lain yang berkaitan dengan 2 golongan ini yang haram dinikahi. Ini kerana Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : ‘Diharamkan (berkahwin) disebabkan penyusuan itu sebagaimana diharamkan (berkahwin) yang disebabkan oleh keturunan’. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan terdapat banyak riwayat lain yang menyatakan hal ini dengan lafaz yang berbeza-beza]

Pertama : Cabang yang terbit dari keharaman kahwin antara ibu dan anak susuan (lelaki)
Siapakah yang haram dikahwini oleh anak susuan (lelaki)?
  1. Ibu susuannya; kerana dia menduduki tempat seorang ibu bagi si anak yang menyusu daripadanya. Ini juga bersandarkan dari firman Allah yang bermaksud : “…dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu…” (surah al-Nisa’ : 23)
  2. Anak-anak perempuan kepada ibu susuansamada anak daripada suami yang menyebabkan turunnya susu (current husband) atau suami yang lain yang terdahulu. Kesemua mereka ini dikira saudara susuan walaupun daripada ayah yang berbeza.
  3. Cucu kepada ibu susuan dan ke bawah (iaitu bawah dari cucu; cicit dan sebagainya); kerana mereka ini ialah anak kepada saudara susuan mereka. Sebagaimana anak saudara itu tidak halal dikahwini oleh bapa saudaranya.
  4. Jika seorang wanita itu menyusukan 2 orang bayi lelaki yang berlainan, maka mereka berdua menjadi saudara susuan dan mereka berdua haram berkahwin sekiranya seorang perempuan dan seorang lagi lelaki. Kaedah asal dalam perkara ini adalah = jika dua orang bayi berkumpul dengan satu ibu susuan yang sama maka mereka berdua jadi adik-beradik susuan. Maka anak-anak mereka (dan ke bawah) haram berkahwin antara satu sama lain.
  5. Ibu kepada ibu susuan (nenek susuan).
  6. Bapa kepada ibu susuan (datuk susuan).
  7. Adik-beradik perempuan kepada ibu susuan. Sebagaimana seorang ibu saudara itu haram dikahwini oleh anak saudaranya, begitu juga halnya dengan ibu saudara susuan. Adapun anak kepada ibu saudara susuan, maka itu tidak haram dikahwini sebagaimana sepupu (anak kepada ibu/bapa saudara) itu tidak haram dikahwini.
  8. Ibu susuan haram mengahwini anak susuannya, anak kepada anak susuannya (cucu) dan ke bawah.

Kedua : Cabang yang terbit antara anak susuan (perempuan) dengan suami ibu susuan (iaitu bapa susuan)

 Bapa susuan yang dimaksudkan ialah suami kepada ibu susuan yang menyebabkan adanya susu kerana adanya hubungan kelamin.
  1.  Anak susuan haram dikahwini oleh suami ibu susuan. Begitu juga haram ke atas anak lelaki suami yang datang daripada isteri yang lain (selain ibu susuan). Haram juga ke atas anak kepada anak-anak lelaki si bapa susuan (cucu). Jika seorang lelaki mempunyai 2 orang isteri, dan setiap seorang isteri ini menyusukan 2 orang bayi yang berbeza, maka kedua-dua bayi itu haram berkahwin sekiranya seorang lelaki dan seorang perempuan, kerana mereka berkongsi bapa susuan yang sama! Jika kedua-duanya ialah perempuan, maka seorang lelaki itu tidak boleh mengumpulkan kedua-duanya dalam satu perkahwinan (iaitu si A isteri pertama, si B isteri kedua – perkara ini tidak boleh kerana mereka adalah adik-beradik satu bapa susuan).
  2. Haram ke atas bapa kepada bapa susuan (datuk susuan) untuk menikahinya.
  3. Haram ke atas adik-beradik lelaki bapa susuan untuk menikahinya kerana mereka adalah bapa saudara susuannya.
  4. Adik-beradik perempuan kepada bapa susuan adalah ibu saudara susuannya. Adapun anak-anak lelaki kepada ibu saudara susuan dan bapa saudara susuan, maka itu tidak haram untuk dikahwini sebagaimana sepupu itu tidak haram dikahwini.
 Dalil pengharaman anak susuan ke atas bapa susuan dan kaum kerabat bapa susuan
  
Pertama : Apa yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata : Selepas turunnya ayat hijab, Aflah, saudara kepada Abu Qu’ais, meminta izin daripadaku untuk masuk, aku berkata : Aku tidak akan benarkan sehinggalah aku minta izin daripada Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam, ini kerana bukan Abu Qu’ais yang menyusukan aku tetapi isterinya yang telah menyusukan aku. Kemudian Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam masuk kepadaku, lalu aku berkata kepada Baginda : Aflah, saudara Abu Qu’ais meminta izin kepadaku tetapi aku tidak benarkan sehinggalah aku meminta izin darimu. Lalu berkata Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam : ‘Apa yang menghalang engkau untuk membenarkan bapa saudaramu masuk kepadamu?’ Aku berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya bukan lelaki itu yang menyusukan aku tetapi isteri Abu Qu’ais yang menyusukan aku. Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : ‘Izinkanlah dia, sesungguhnya dia adalah bapa saudaramu’. Berkata ‘Urwah : Oleh itu, ‘Aisyah mengatakan apa yang haram disebabkan keturunan itu adalah haram juga disebabkan penyusuan. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim].
 Kedua : Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata mengenai anak perempuan Hamzah : ‘Sesungguhnya dia tidak halal untuk aku kahwini kerana dia adalah anak susuan kepada saudaraku’. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari].

Sejauh manakah pengharaman nikah yang disebabkan oleh penyusuan ke atas kaum kerabat anak susuan?

  1.  Ibu susuan dan bapa susuan haram mengahwini anak susuan dan ke bawah (iaitu anak kepada anak susuan, cucu kepada anak susuan dan seterusnya).
  2. Berikut adalah mereka yang tidak haram dikahwini oleh ibu atau bapa susuan : Mereka yang sedarjat dengan anak susuan (adik-beradiknya) dan ke atas (seperti ibu dan bapa kandung anak susuan, ibu saudara, bapa saudara, nenek, dan datuk).
  3. Ibu susuan boleh mengahwini ayah kepada anak susuannya. Begitu juga dengan abangnya atau bapa saudaranya.
  4. Bapa susuan boleh mengahwini ibu kandung anak susuannya. Begitu juga dengan kakaknya, adiknya atau ibu saudaranya.
  5. Anak kandung ibu susuan atau anak kandung bapa susuan (samada hasil perkahwinan dengan ibu susuan atau isteri yang lain) boleh berkahwin dengan adik-beradik anak susuan itu tadi.
 Hal lain yang berkaitan dengan penyusuan

Kelompok lain yang termasuk dalam pengharaman hasil penyusuan ini adalah :
  1.  Sekiranya si A (lelaki) berkahwin dengan si B (perempuan) dan si B mempunyai ibu susuan, maka si A tidak boleh berkahwin dengan ibu susuan B, nenek susuannya dan ke atas.
  2. Sekiranya si A (lelaki) berkahwin dengan si B (perempuan), dan B mempunyai seorang anak susuan, jika A telah ‘bersama’ dengan B maka anak susuan B tadi haram dikahwini oleh A. Begitu juga anak kepada anak susuannya dan ke bawah.
  3. Isteri kepada bapa susuan (bukan ibu susuan tetapi isteri lain) atau isteri kepada datuk susuan tidak boleh dinikahi oleh anak susuan atau anak kepada anak susuan dan ke bawah.
Rujukan : al-Mufassal oleh Dr. Abdul Karim Zaidan.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada penulis artikel ini, Ummu Abdillah yang berkongsi ilmu yang sangat berguna ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Semoga Allah merahamati beliau, dan memelihara kita semua.. Insya Allah..

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI BUTTER CAKE

6/13/2015 damiaamna 0 Comments

Butter cake

Resepi Butter Cake 

Bahan Bahan 

250 gm butter 
250 gm gula kastor 
250 gm tepung 
1 st serbuk penaik 
5 biji telur 
1 st esen vanilla 
1/2 Cawan susu segar 

Cara Membuatnya 

1. Pukul butter Dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu Dan teruskan memukul.
3. Masukkan pula susu Dan esen vanilla.
4. Masukkan pula tepung bersama serbuk penaik Dan kacau sebati.
5. Setelah adunan siap, masukkan dalam bersaiz 9" yang telah digris.
6. Panaskan oven selama 30 minit Dengan suhu 170 Dan kemudian bakar Kek Dengan api atas Dan bawah sehingga masak.


Selamat mencuba 


0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RAMADHAN TIBA LAGi

6/13/2015 damiaamna 0 Comments

Setiap kali Ramadhan menjelma pasti berbagai pasti berbagai persediaan dilaksanakan...antaranya, persediaan barang dapur untuk penyediaan juadah berbuka Dan bersahur. Tak kurang juga yang mengintai catering yang menyediakan perkhidmatan mangkuk tingkat untuk juadah berbuka. Untuk berbuka rasanya tak akan ada masalah. Waktu sahur biasanya Akan memberi masalah sakit, terutama anak anak. Tapi bagi orang dewasa pun masalah juga Bagi yang tak berselera waktu pagi.

Mighty gems

Ini adalah peneman SAHUR Saya. Apa kata kita tukar strategi. performance drink shaklee ni umpama minuman isontonik yang mana membantu mengekalkan cecair dalam badan sepanjang berpuasa. ESP pula, protein yang membantu mengenyangkan Dan memberi Tenaga yang berpanjangan. Begitu juga Dengan mealshake.. Mealshake merupakan multivitamin yang melengkapkan keperluan nutrien dalam badan sepanjang kita berpuasa.

Pengalaman Saya sendiri sewaktu berpuasa ketika menyusu sepenuhnya sangat membantu, ini kerana Saya mempunyai masalah Gastric....Jadi Dengan pengambilan set sahur ni mengurangkan masalah gastric Saya. Pernah suatu Hari Saya bersahur tanpa set sahur ni, dalam Pukul 11 pagi, badan dah menggigil. Ini kerana baby yang masih kecil Dan menyusu badan sepenuhnya.

Harap ibu ibu kat luar jangan lah bimbang mengenai masalah penghasilan susu sepanjang Puasa nanti. Susu kita tak Akan terjejas nlangsung malah, masih berkualiti.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

MENIMBA ILMU LAGi

6/13/2015 damiaamna 0 Comments

Sekali dapat sertai kelas baking.... Dah Jadi ketagih pula untuk tambah ilmu LAGi dalam bidang ni


Ini Kek yang baru belajar LAGi Salted caramel Walnut cake


Almond coffee cheese cake


Pink Lady cookies


Love dates cookies


Charcoal cookies

Ini pula tempahan pertama untuk Kek kahwin....menggigil juga nak buat he he


Ada yang nak order juga....boleh hubungi Saya ...COD area Ipoh sahaja ye









0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

BELAJAR BUAT KEK PULAK

5/23/2015 damiaamna 0 Comments

Sejak kelebekangan ni aku suka sangat Joint kelas kek..... Bukan tak tahu buat kek, tapi nak belajar teknik yang betul dan sekali buat gerenti jadi punya.
Nak buat yang gerenti jadi keknya, kena berguru dengan orang yang betul.... Macam kek yang ada ni, memang belajar dengan pemilik resipinya terus.

Manggo Tango kek



Chocolate Estacsy @ Chocolate Odyssey


Rasberry Yogurt Cheesecake 

Chocolate Moist Marble Cheesecake 


Chocolate Indulgence




0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

SYOKNYA MELAWAT ALOR SETAR

3/21/2015 damiaamna 0 Comments

Mai oh mai cheq mai
Kita ke negeri Kedah 
Mai oh ghamai ghamai
Kita pekena nasi kawah

Haa tu dia...kalau dengaq radio Kedah FM ...mesti ada lagu ni... Banyak tempat sebenaqnya nak melawat Aloq Setaq ni..... Tak tau nak pi mana.... Mai cheq nak habaq....



Mula mula sampai pekan Aloq Setaq ni...kita caghi laa mercu tanda dia dulu.... Exit highway pun dah nampak kan...tak susah pun....GPS kan adaaaa


 Ni gambar menara ALOR SETAR waktu malam....kalu naik malam, boleh tengok lampu laaa... Kalu nasib baik, nampak lampu pulau Langkawi sama....betui kaaa??? ... Mana tau, cheq pun tak besa naik waktu malam he he.

Bergaya depan replika dia....nak ambil gambar menara betul....jenuh kena duk jauh la pulak
Jom kita teropong.... Nampak apa ya.....

Muzium padi ni terletak luar sikit dari pekan Aloq Setaq.....dalam 8 KM dari pekan lebih kurang.....satu-satunya muzium padi kat Malaysia he he....duk dekat gunung keriang...
Gambar depan muzium padi berlatar belakangkan gunung keriang....
Ada rupa petani dakkk ????

Ini la rupa bangunan muzium padi....unik kan?

Kat sebelah muzium padi ni sebenarnya ada pusat sains...cheq pun baru tau jaaa.... Nama ja anak Kedah, tak pernah sedar pun sebelum ni hu hu.... Malu gak sebenarnya ...tak dan nak masuk pun sebab dah pukul 5 petang... Kecewa juga anak2... Insyaallah akan sampai lagi lepas ni...

Ni pula balai Nobat....berdepan ja dengan masjid zahir.... Dekat balai nobat ni ada Galeri diraja....boleh la nak tengok koleksi Sultan Kedah....
Ni pula pekan Rabu... Buat sementara waktu ni, pekan Rabu beroperasi di bangunan Ukir Mall.... Bagi yang suka shoping boleh la singgah di sini.


Muzium negeri Kedah, masih lagi dalam pekan Aloq Setaq , cuma dalam 4 KM dari menara tadi rasanya...


Dah sampai pekan Aloq Setaq ni, singgah la solat kat masjid zahir ni... Masjid yang kubahnya warna hitam.... Cantik..
Si kenit ni tak kira dalam masjid pun dia nak main cak cak.....he he....












0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah