SUKA DUKA MENJADI PENDIDIK ANAK REMAJA
Bila sebut PENDIDIK, semua orang Akan terbayangkan guru-guru di sekolah. PENDIDIK Ada semua peringkat umur. Bagi diri ku pula, mendidik anak remaja yang digelar pelajar Pengajian Tinggi memerlukan kesabaran Dan pendekatan yang berbeza berbanding anak2 kecil Dan juga anak yang meningkat remaja.
Anak anak di pusat Pengajian Tinggi merasa kan mereka Sudah cukup dewasa untuk Membuat keputusan, sebahagiannya lah. Perlu Lebih berhati dalam Membuat teguran untuk mereka.
Jangan sekali menyalahkan atau meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada mereka. Perlu Lebih bijak untuk "tackle" perasaan mereka. Tidak boleh terlalu memuji Dan tidak juga boleh terlalu komdem....
Bagi aku pula, menjadi pensyarah tidak ubah sebagai pengasuh sementara mereka berjauhan Dengan ibu bapa mereka. Anak remaja yang berjauhan Dengan ibu bapa.... Adakalanya terlalu gembira kerana dapat bebas, sehingga Ada yang lupa kepada matlamat asal mereka.
APABILA Ada masalah disiplin di kalangan mereka, Dan melibatkan pencapaian akademik. Ibu bapa mereka orang pertama yang diberi makluman. Dalam Hal ini, Ada separuh ibu bapa Akan menyalahkan pendidik. Ada yang menggunakan khidmat guaman.
Sebagai PENDIDIK, aku sentiasa memikirkan yang terbaik untuk mereka. Oleh kerana diri ku bergelar ibu, naluri yang Ada adalah sama. Mereka juga seperti anak anak ku.
Setiap Hari aku berdepan dengan masalah yang berbeza, sehingga Ada masalah yang Lebih berat seperti gejala maksiat dan sebagainya. Namun begitu, ianya tidak melemahkan semangat untuk mendidika anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna Dan berjaya dalam bidang masing masing.
2 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah