STRETCHMARKS SEMASA MENGANDUNG

12/27/2015 damiaamna 0 Comments

🌷STRETCHMARKS SEMASA MENGANDUNG 🌷
Shaklee

Masalah ini memang dihadapi oleh ramai mommies & ramai yang ingat ini adalah masalah genetik yang tak boleh dielakkan. Saya tak nafikan juga mungkin kulit sesetengah orang lebih mudah meregang berbanding yang lain kerana genetik mereka begitu, tapi sudah pasti ada cara untuk mengatasi masalah stretchmarks ini.

Antara 5 cara mengatasi masalah stretchmarks:

1. Tingkatkan keanjalan kulit dengan kolagen.

Mommies tau tak, penghasilan kolagen mula berkurang dalam badan kita pada usia 20-an. Bayangkan kalau mommies mengandung umur 30, dah tentu kolagen semakin sikit & kulit pun kurang keanjalan. Cara paling mudah ialah mengambil kolagen dari sumber luar. Dan kolagen yang dihasilkan daripada hidupan laut lebih berkesan.

2. Pastikan badan cukup air

Semasa mengandung, jumlah darah akan bertambah jadi kulit juga memerlukan lebih banyak air untuk kekal anjal.

3. Minyak kelapa atau minyak zaitun

Sapu minyak pada kulit untuk mengekalkan kelembapan dan mengekalkan keanjalannya.

4. Vitamin C

Vitamin C juga penting untuk memastikan keanjalan kulit kerana ia membantu menghasilkan kolagen.

5. Zink

Selain membantu meningkatkan imuniti ibu mengandung, kekurangan zink juga boleh menjadi penyebab stretchmarks kerana zink juga terlibat dalam penghasilan kolagen

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah