🌷KEKURANGAN ZINK SEMASA MENGANDUNG🌷

1/21/2016 damiaamna 0 Comments

🌷KEKURANGAN ZINK SEMASA MENGANDUNG🌷

Zink adalah mineral yang jarang kita dengar dalam kehidupan seharian tapi rupanya besar manfaatnya kepada manusia.

Mommies yang mengandung memang perlukan zink & statistik WHO menyatakan 80% wanita mengandung di seluruh dunia tidak mendapat mineral zink secukupnya.

Punca kekurangan zink:

1. Kurang pengambilan zink dalam makanan.

2. Penyerapan zink yang tidak efisien kerana makanan yang mengandungi phytate akan mengurangkan penyerapan zink.

Kesan kekurangan zink dalam ibu mengandung

1. Menjejaskan perkembangan bayi 

2. Menjejaskan prosea kelahiran kerana zink terlibat dalam penghasilan hormon yang mencetuskan & membantu kelahiran.

3. Zink diperlukan untuk sistem imun badan, kekurangannya mungkin meningkatkan jangkitan dalam darah ibu atau dalam rahim yang kedua2nya meningkatkan risiko kelahiran pramatang.

4. Risiko bayi lahir pramatang & kurang berat badan.

Zink diserap lebih baik semasa perut kosong, jadi mommies yang makan suplemen zink lebih baik makannya sebelum makan nasi.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah