🌷MERANCANG UNTUK MENGANDUNG?? CUBA KAEDAH INI🌷
🌷MERANCANG UNTUK MENGANDUNG?? CUBA KAEDAH INI🌷
🌷SENANGNYA MENGANDUNG BILA TAHU WAKTU SUBUR🌷
Banyak pasangan yang lewat mendapat zuriat kerana tidak memahami kitaran haid & waktu subur wanita.
Ingat.... ovum dilepaskan pada waktu subur sahaja dan hidup dalam 12-48jam sahaja.
Sama2 baca & hadam waktu subur wanita. Tak faham, tanya..
All the best
--Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Dan hari pertama mengandung dikira daripada hari pertama haid.
--Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon yang mencetus pertumbuhan folikel (FSH) akan meningkat & folikel2 yang mengandungi telur akan membesar. FSH juga mencetuskan penghasilan estrogen yang mengumpulkan darah di dinding rahim dan menebal untuk persediaan jika berlaku persenyawaan. Di dalam ovari pula, telur yang berada di dalam kantungnya akan membesar & matang.
--Hari 14
Waktu inilah satu proses pembebasan telur yang dipanggil ovulasi berlaku akibat peningkatan mendadak hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH).
Waktu inilah dikira waktu subur wanita. Telur wanita hanya hidup selama 24 jam. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim. Jika tidak, telur tersebut akan mati.
--Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal & menunggu zigot (produk persenyawaan) menempel.
Jika tiada persenyawaan, hormon progestrone akan berkurang, maka dinding yang dibina daripada darah akan runtuh.
Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1, iaitu dinding yang runtuh tadi keluar sebagai darah haid.
🌷Bilakah waktu subur?
Kalau faham kitaran haid di atas, waktu subur seorang ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku?
Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau sebelum fasa luteal bermula.
**INGAT YE : Kira2 14 hari sebelum haid seterusnya, bukan haid sebelumnya.
Ini adalah kerana tempoh fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya.
**Waktu subur adalah anggaran, mungkin awal atau lewat 1-2 hari daripada hari ke-14.
Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda - hari subur sekitar hari ke-14 dalam kitar haid. Begitu juga kalau period anda tetap 30 hari atau 35 hari. Dengan menanda di kalendar, anda akan nampak paten period anda & boleh mengagak waktu subur.
Masalah timbul jika period tak tetap. Tapi mungkin dengan menanda di kalendar, anda boleh melihat paten period & mengagak waktu subur. Ataupun dapatkan nasihat doktor untuk mengesan kenapa period anda tak tetap.
🌷Menganggar waktu bersama.
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang,
iaitu dalam 12-24 jam selepas ovulasi atau ada yang mengatakan 24-48 jam selepas ovulasi. Bagaimanapun peluang harus direbut dalam tempoh yang singkat.
Namun, ciptaan Allah sangat adil kerana sperma diciptakan dengan jangka hayat yang lama & berjuta2 sperma dibebaskan setiap kali ejakulasi.
Untuk pasangan yang sedang berusaha mendapatkan anak, dinasihatkan untuk bersama dalam 3 hari sebelum & 3 hari selepas waktu subur. Kerana walaupun ovulasi dikatakan berlaku pada hari ke-14, itu juga adalah anggaran sahaja.
Jadi, sama ada ovum keluar lebih awal atau lebih lewat daripada hari ke-14, sperma dah tunggu ovum untuk disenyawakan.
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah