NAK KEK GEBU TAPI SUSAH CARI TELUR GRED A? INI PENYELESAIANNYA !!!

5/21/2016 damiaamna 0 Comments

BERANGAN BUAT KEK MACAM KEDAI SECRET RECIPE

RESEPI KEK

Assalamualaikum semua

Korang pernah tak merasa teringin danak buat kek sendiri samada untuk makn atau birthday someone special. Pernah korang merasa nak buat kek terkini dan dapat resepi dari oang lain ataupun blog, tapi hasilnya sangat mengecewakan.

Saya pun pernah rasa kecewa bila cuba buat kek tapi tak jadi, kenapa ye? sekarang dah ada masa dan kemudahan untuk berguru buat kek. Saya hadir kelas buat kek.

Pernah tak buat kek, tapi kek tak gebu, Kek dah masak cantik cuba agak padat kan......tak cukup gebu dan ringan sebab kuantiti telur masih tak cukup sedangkan dah guna 5 biji telur juga cuma bukan Gred A.......kecewa usah cakap lah.... Kadang- kadang rasa nak humban dalam tong sampah je.... Tapi tu rezeki kan hu hu...... Telan juga la..... Tak boleh nak buat suprise la
Takut malu sendiri he he

Kalau dulu saya tak faham kenapa setiap kali raya mak nak buat kuih bahulu, mak akan kumpulkan telur itik.... Mak kata telur itik besar, Kalau pakai telur ayam tak jadi ringan...telur ayam kampung kan kecil je... Zaman dulu mana ada jual telur ikut saiz macam sekarang kan.... Sekarang tak perlu la nak cari telur itik lagi utk buat kuih bahulu.....

Ok saya nak share satu tips penting untuk buat kek ataupun kuih muih.

Yang paling utama mestilah bahan untuk buat kek kan..... Apa lagi bahan kek yang penting kalau bukan telur ye tak. Eh!!! susah ke nak cari telur ni.
Tak susah pun kan, bersepah je kat kedai runcit depat rumah tu..... he he

Tapi kena ingat ye, dalam semua resepi sekiranya tidak dinyatakan saiz telur, itu bermakna telur yang digunakan adalah TELUR GRED A!!!!!

Takpe, jangan susah hati ye, meh kita belajar gred telur melalui timbangan

Gred AA = Lebih 70gm

Gred A   = 65 - 70gm

Gred B   = 60 - 65gm 

Gred C   = 55 - 60gm

Gred D   = 50 - 55gm

Gred E   = 45 - 50gm

Gred F   = 45gm ke bawah 


Jadi sekiranya anda tak dapat beli telur Gred A kat kedai runcit, Jangan meroyan pulak, boleh je buat kek tu,
Contohnya dalam resepi pelukan 5 biji telur Gred A,
 So jadi 65gm X 5biji  = 325gm
Apa yang susahnya, Timbang je 6 biji telur Gred B, kemudian buangkan putih telur yang lebih tu untuk dapatkan jumlah timbangan 325gm....

Dah dapat satu tips baking kan hari ni, Selamat mencuba ye semua, dan yang paling penting baca DOA dan SELAWAT setiap kali memulakan kerja INSYAALLAH......

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah