ADAKAH PEMAKANAN ANAK KITA MENCUKUPI?? JOM KITA SEMAK

10/06/2016 damiaamna 0 Comments

set vitamin shaklee








 ADAKAH PEMAKANAN ANAK KITA MENCUKUPI?? JOM KITA SEMAK

Apakah pemakanan  anak-anak kita seharian mencukupi keperluan nutrisi seharian mereka dan apakah yang mereka perlukan sebenarnya?


Jom Semak keperluan Nutirisi anak kita seharian.

Apa Yang Terbaik Mereka Perlukan?

1. Protien

Bahan asas blok-blok binaan tubuh yang membantu pertumbuhan tisu dan otot serta menyokong fungsi penting tubuh badan. Ironinya, semakin kukuh bahan binaan asas tubuh badan semakin kuat benteng pertahanan badan dalam melawan penyakit. Juga semakin pantas badan mengesan serangan bahan asing dan menghasilkan antibodi sendiri.

2. Kalsium

Kalsium penting untuk perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak terutama untuk membina gigi dan tulang yang kuat. Pengambilan kalsium yang mencukupi membantu mencegah terjadinya osteoporosis  di kemudian hari.

3. Asid Lemak Omega-3

Asid lemak penting seperti asid alfa-linolenik (ALA) dan asid linolenik (LA) diperlukan untuk menghasilkan asid docosahexaenoic (DHA) dan asid arakidonik (ARA). Ini penting untuk perkembangan visual dan neurologi anak kita.

4. Vitamin Dan Zat Galian

Vitamin dan zat galian adalah nutrien penting yang diperlukn oleh tubuh kita untuk berfungsi dengan sempurna. Kanak-kanak harus mengambil pelbagai jenis makanan setiap hari untuk memperoleh kesemua vitamin dan zat galian yang diperlukan untuk membeesar dengan normal. Antaranya seperti vitamin A,B,C,D,E dan zat galian seperti zat besi, kalsium dan zink yang mempunyai peranannya masing-masing.

5. Karbohidrat

Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan. Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.
Pentingkah Makanan Tambahan?

Gaya hidup, faktor pemakanan, pengambilan makanan segera, penambahan perisa dan pengawet dalam makanan, kurang serat dan kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan faktor utama kanak-kanak amat memerlukan pemakanan tambahan sebagai menyokong nutrisi-nutrisi yang lompong pada seorang kanak-kanak. Ketahui Inilah Sebab Kanak-kanak Memerlukan Nutrisi Tambahan.

Mengapa Kanak-kanak Perlukan Supplement?

1. Kanak2 yang tidak mendapat mineral dan vitamin dari makanan kerana pemakanan yang tidak menentu.
2. Kanak2 yang sangat memilih makanan dan hanya makan makanan dari sumber tertentu sahaja seperti makan ayam goreng sahaja
3. Kanak2 yang mempunyai sistem imun yang rendah, sering demam, sakit, asthma dan batuk
4. Kanak2 yang kerap makan makanan terproses, makanan segera dan makanan yang tidak berkhasiat. Seringkali mereka ini terdedah pada masalah obesiti
5. Kanak2 yang menghadapi masalah kegemukan atau obesity.
6. Kanak2 yang suka minum minuman bergas yang boleh mengurangkan penyerapan vitamin dan mineral dalam tubuh
7. Faktor sumber pemakanan yang tidak sihat.
8. Perubahan Gaya Hidup Masa Kini.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah