ANDA SUKA MAKAN SAYUR YANG KAYA NUTRISI....PERLUKAH TAMBAH MAKANAN TAMBAHAN LAGI??

2/08/2017 damiaamna 0 Comments

ANDA SUKA MAKAN SAYUR YANG KAYA NUTRISI....PERLUKAH TAMBAH MAKANAN TAMBAHAN LAGI??


kepentingan sayur
GAMBAR IHSAN : SUP PETOLA

Ini adalah sayur kegemaran saya waktu kecik-kecik dulu.....kenapa ye? mungkin mak saya selalu sediakan sayur ni, kemungkinan sayur ni murah dan sedap kot.....mak selalu masak sayur ni bersama soh hoon dan juga udang segar.....oleh kerana saya tinggal di perkampungan nelayan, maka udang adalah menu sampingan yang akan masuk dalam masakan sayur yang mak sediakan he he

Kalau dulu saya cuma tahu makan je, tak pernah rasa nak ambil tahu khasiatnya!!!

 Khasiat petola


Petola adalah randah lemak tepu dan juga rendah kalori dan kaya dengan serat pemakanan seperti vitamin C, riboflavin, zink, thiamin, zat besi dan magnesium.

Petola sangat bagus sebagai pembersih darah apabila kita mengambilnya secara kerap. Ianya mampu membersih darah dari bahan cemar dan sekaligus bertindak untuk mebersihkan organ hati kita. Oleh itu petola dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kuning(Jaundis) keranan keupayaannya membersihkan hati.

Petola juga memiliki sifat laksatif kerana ianya bertindak sebagai julap secara semulajadi. Sangat berkesan untuk mangatasi masalah sembelit dan sekaligus dapat menghidarkan kita daripada masalah penyakit buasir kerana sifatnya yang membantu sistem penghadaman perut.

Petola dapat mengawal penyakit kencing manis kerana kandungan insulin seperti peptida yang boleh mengurangkan paras gula dalam darah dan sekaligus mengawal paras tahap insulin darah ke tahap yang badan perlukan sahaja.

Perbezaan Khasiat Sayur


sayur dan vitamin



sayur dan shaklee


PERLUKAH KEPADA MAKANAN TAMBAHAN???



APAKAH MAKANAN TAMBAHAN?


Makanan tambahan  bisanya didapati dalam bentul kapsul, pil, serbuk atau cecair. Pengenalan makanan tambahan adalah supaya memenuhi kendak nutrisi bagi memenuhi kekurangan zat dalam makanan seharian kerana masalah masa kini. Sebagai contoh, dalam bidang pertanian telah mengalami inovasi bagi mempercepatkan penghasilan makanan bagi memenuhi kehendak manusia sejagat tanpa melihat kesannya terhadap penghasilan nutrisi juga.


Berikut adalah cadangan tambahan zat , supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian.

1. Ambil sekurang-kurang 2 vitamin anti oksidan.

Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh , penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan vitamin E (200-400 iu) sehari boleh membantu mengawal radikal bebas. Selain dari kesan keatas radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu dalam melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.
Memakan buah dan sayuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C secukupnya tetapi vitamin E sukar di perolehi dari makanan harian dengan cukup.

2. Tambah kalsium setiap hari.

Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Supplement kalsium setiap hari memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamannya untuk perempuan.
Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup.

3. Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate.

Folate 400 ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan kanser colorectal dan paru-paru. Folate boleh melindungi dari penyakit jantung.

4. Umur tua dan yang kurang makanan seimbang.

Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement. Masalah resapan nutrient didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapan badan untuk memproses nutrient juga kurang. 
Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah vitamin C , D , B6 , B12 dan folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti Zink , Magnesium dan Kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang didalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makanan nya.

5. Lain- lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin.

Perempuan yang masih datang darah kotor (perlu zat besi tambahan) , yang hanya makan sayuran (vegetarian perlu tambahan vitamin B12 ) , yang sengaja kurang makan (mengamalkan diet) atau makanan kurang seimbang digalakkan mengambil tambahan supplement , vitamin dan mineral.
Elakkan mengambil vitamin dalam dos yang terlalu tinggi kerana sesetengahnya ( terutama vitamin A dan D ) adalah tosik jika diambil berlebihan.

Sumber : suplement dan vitamin

💜 Siti (ID 906598)

☎ H/P : 019-4139987
(SMS/Whatsapp)
✉: saminah2801@gmail.com
FB : Siti Aminah Abd Halim

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah