CABARAN TRAVEL NAIK PESAWAT BERDUA DENGAN BAYI? JOM IKUTI TIPS SAYA

11/14/2017 damiaamna 0 Comments

CABARAN TRAVEL NAIK PESAWAT BERDUA DENGAN BAYI? JOM IKUTI TIPS SAYA



tips travel 
Bersedia Berlepas


Mendengar perkataan travel sahaja pasti mengujakan. Inikan pula travel yang memerlukan menaiki pesawat. Tetapi sebaliknya berbagai perasaan timbul bila memikirkan untuk menaiki pesawat bersama bayi. Baru-baru ini mami ada perkara kecemasan memerlukan mami pulang ke kampung. Oleh kerana kecemasan, perlu ingat membeli tiket kapal terbang juga jadi kecemasan walaupun adanya syarikat penebangan tambang murah. Maka dengan itu terpaksalah buat cabaran TRAVEL NAIK PESAWAT BERDUA DENGAN BAYI!.

Travel Bersama Bayi 8 Bulan.

Semasa mami travel nersama si comel, umurnya baru menjangkau 8 bulan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan mami terpaksa travel berdua sahaja bersama si comel. Salah satunya mestila atas faktor kos, kos pembelian tiket waktu kecemasan mestilah lebih mahal bukan berbanding kos hari biasa di mana kita boleh memilih waktu penerbangan murah. Sebagai penjimatan, terpaksa beli satu tiket sahaja dan ditambah tiket bayi yang bernila RM53  bagi  tiket Air Asia. Faktor lain ialah kerana bayi menyusu ibu menyebabkan mami tidak betah untuk berpisah dengan bayi terlalu lama. Labih kasihan kepada bayi yang asyik nak melekap dengan mami waktu tidur malam.


7 TIPS PERSEDIAAN PERJALANAN BERSAMA BAYI.


Kipas bayi
Kipas Travel

1. Pastikan keselesaan bayi.

Perkara yang paling perlu dititik beratkan semasa membawa bayi agar tidak meragama ialah keselesaan bayi. Perkara ini memang mami praktikkan tidak kira dimana jua mami berada bila bersama bayi. Kebiasaannya bayi tidak tahan dengan keadaan panas. Apa yang mami buat ialah sentiasa bawa bersama kipas angin "rechargeble". Ini bagi memastikan mami mudah nak gunakan bila berada di tempat yang memerlukannya. Sememamgnya umu mengetahui bahawa ruang menunggu Lapangan Terbang adalah kawasan yang dilengkapi penghawa dingin. Tetapi kedudukan ruang menunggu pesawat atau"gate" biasanya berdinding kaca yang boleh ditembusi cahaya matahari menyebabkan ruang ini agak panas berbanding kawasan lain dalam kawasan Lapangan Terbang.

bayi selesa
Bayi tertidur menunggu pesawat.

2. Penggunaan lampin yang bersesuaian dan tisu basah.


tukar lampin dal cabin
Changing table

Ini tips yang sangat penting juga bila membawa bayi travel bersama tau. Mungkin nampak remeh bagi sesetengah ibu, tapi perlu difikirkan apabila perlu menukar lampin semasa dalam pesawat. Sila pilih lampin pakai buang jenis "pants" supaya mudah ibu nak memakaikan semula apabila perlu menukarnya. Tak perlu risau sangat di mana untuk menukarnya, kerana pesawat memang dilengkapi dengan tandas yang selesa dan di dalam tandas terdapat "changing table". Mami hanya perlu buka dan lipat kebawah semasa nak menukarkan lampin bayi. Lebih senang guna lampin pakai buang jens "pants" supaya tidak perlu letak bayi terlalu lama di meja tukar lampin itu. Seterusnya lipat semula "changing table" tersebut setelah selesai menukar lampin dan minta sahaja plastik untuk membuang lampin kotor tadi daripada kru pesawat. PENTING!! "Jangan tangguh untuk tukar lampin bayi" kerana mereka tidak selesa dan boleh menjadi punca bayi menangis dalam pesawat....Boleh bikin gawat tu!!. Oleh itu memang perlu sentiasa ada tisu basah bayi untuk kegunaan mencuci semasa menukar lampin bayi. Kita sedia maklum akan keadaan paip air dalam pesawat berbanding tandas biasa kan.

3. Gunakan "carrier" yang bersesuaian.


Dah namanya berdua saja, sudah tentunya tiada pembantu kan. Jadi mami memang kena fikirkan kaedah yang paling selesa untuk kendong bayi sepanjang masa bergerak dalam lapangan terbang yang pastinya diketahui umum bukan dekat jaraknya. Untuk kendong bayi ni memang mami pilih jenis, "Soft structure carrier (SSC)". Yang ini terpulang kepada mami nak pilih yang macam mana. Ada yang sukakan jenis "wrap". mami tidak gemar dan tidak pandai sebab pada mami rasa macam susah nak guna. Ini gambar contoh SSc yang mami guna, mudah nak kenakan  seola-olah dan galas beg saja. Saja mami tunjukkan kat sini supaya boleh bagi idea untuk mami diluar sana memilih carrier yang diingini. 


Lenny Lamb

Lenny Lamb Toddler


4. Beg dan keperluan bayi.


keperluan travel bayi

Bila berada dalam pesawat, bawalah beg yang bersesuaian untuk membawa keperluan bayi dan ibu sekali sepanjang berada dalam pesawat. Kenapa kena bawa beg yang bersesuaian pula? Maksud bersesuaian di sini ialah mudah mami menggalas dan baw dan juga meletakkan sebagai "hand luggage" dimana boleh diletakkan di bawah tempat duduk penumpang semasa dalam pesawat. Contoh keperluan ialah seperti makanan dan minuman bayi dan juga mami serta keperluan lampin bayi. Oleh kerana si comel mami ni menyusu ibu, jadi mami tak perlu lah runsing sangat dalam pesawat. Cuma mami perlu mengenakan pakaian yang bersesuaian untuk menyusu bayi semasa dalam pesawat. 

Macam mami sendiri bawa bekal bun roti dan juga air botol mineral untuk mami sepanjang 2 jam dan 45 minit perjalanan dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang. Untuk si comel mami yang gemar mengenakan puting kosong, mami gunakan tali dan sematkan pada baby carrier yang mami guna tu.


5. Kenyangkan bayi sebelum menaiki pesawat.



tips travel dengan pesawat dgn bayi

Baru turun pesawat 

Oleh kerana bayi dah mula makan makanan pejal, bagi perjalanan 2 jam dan 45 minit adalah terlalu lama juga bagi mereka. Bagi mengurangkan risiko bayi meragam dalam pesawat, pastikan bayi tidak terlalu lapar semasa hendak menaiki pesawat. Dalam pesawat seeloknya kita bagi minum susu dan bukan makanan pejal. 


6. Pujuk bayi menangis dengan berjalan dalam pesawat.


Puting sentiasa ada dengan bayi

Sekiranya bayi menangis juga semasa dalam pesawat. Jangan malu atau takut untuk memujuk bayi kita. Mami sendiri pernah alaminya. Bayi menangis meragam sebab mengantuk dan belum biasa dengan situasi dalam pesawat sebab pertama kali naik pesawat untuk balik cuti hari raya. Apa yang mami buat ialah, pakai kendong atau baby carrier SSC dalam pesawat dan berjalan sambil memujuk bayi sampai tertidur. Alhamdulillah, berjaya cuma mami kena lebih bersabar lah ye.

tidur lena
Tali puting kosong disematkan pada baby carrier


7. Menyediakan susu bayi dalam pesawat.

Bagi ibu yang pertama kali menaiki pesawat, tak perlu risau bagaimana nak membancuh susu bayi. Mami nasihatkan supaya sediakan botol susu kosong bersih lebih dari satu dan juga sediakan susu ikut sukatan bancuhan dalam bekas kecil khas untuk travel siap-siap. Apabila bayi kita perlukan susu, mami hanya perlu keluarkan botol susu bersih dan minta kru pesawat isikan air suam dalam botol susu ikut sukatan bancuhan yang bayi minum dan tuang susu dalam botol dah diisi air suam tadi. Jadi bayi dapat minum susu yang masih baru dibancuh kannnn.

bekas susu travel
Milk Compartment


Harap tips ini dapat membantu mami diluar sana untuk travel bersama bayi dan menaiki pesawat tanpa debaran lagi.

Selamat TRAVEL SEMUA

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

ANTARA SUSU TUMBUHAN DAN SUSU HAIWAN

11/08/2017 damiaamna 0 Comments

ANTARA SUSU TUMBUHAN DAN SUSU HAIWAN

perbezaan susu haiwan dan tumbuhan

Bila sebut je mengenai susu, mesti terbayang susu lembu atau susu soya. Produk tenusu berasaskan haiwan kebiasaannya adalah susu lembu yang paling meluas. Namun sekarang produk tenusu telah berkembang, ada susu kambing, kuda dan juga unta. Masing-masing dengan kelebihan tersendiri.

Begitu juga dengan susu tumbuhan. Susu tumbuhan yang paling terkenal adalah SUSU SOYA. Ini kerana kandungan protein dalam susu kacang soya itu.

Walau bagaimanapun, susu tumbuhan dan juga haiwan ada kebihan dan kekurangan masing-masing.


Jom kita lihat perbandingan sini S - soya, H - haiwan


Untuk nutrien S tidak sebanyak nutrien H

Untuk kalori S kurang 50% kalori berbanding H

S mengandungi unsur serat dan H langsung tak ada.

S pulak sesuai tuk mereka yang mudah kena darah tinggi kerana mengandungi rendah sodium

S - rendah lemak berbanding H 9 kali lebih tinggi

Untuk protein kedua-dua S & H kualiti sama amino asid...paling sama...berbanding tumbuhan jenis lain. Tapi kalau protein H lagi tinggi dari S

 Kandungan kolestrol dan laktose.

S tak ada kolesterol, H ada kolesterol sebab mamalia

S tak ada lactose ni biasanya orang alergik susu lembu doktor akan cadangkan tukar kepada susu soya

S mengandungi magnesium, copper dll yang bantu penyerapan kalsium dalam tulang tp H tak ada alemen-elemen surih ni.

Zat besi S lagi tinggi berbanding H iaitu lebih kurang 25x ganda

Ada 1 kajian mengatakan kalau 2 kali pengambilan S sehari dapat mengurang kan 70% risiko kanser prostat

Kebanyakkan S sekarang ni diperkaya dengan kalsium karbonat (lebih mudah dicerna oleh manusia) walaupun S tidak mengandungi banyak kalsium berbanding H

S mengandungi, lecithin yang bagus untuk otak dan ingatan serta merupakan 1 vitamin yang sangat diperlukan oleh sel-sel dalam badan dan vitamin E 

Susu soya Terbaik.

Sama ada haiwan ataupun tumbuhan carilah yang PDCAAS score yang paling tinggi iaitu 1.0 sebab ni menunjukkan kadar penghadaman yang tinggi. Kalau anda rasa sus yang diminum itu terbaik tetapi gagal dihadam dan dicerna dengan baik, tidak memberi makna apa-apa juga.

Oleh itu mami boleh sarankan susu Soya NON GMO yang mana PDCAAS score nya ada 1.0.

Shaklee esp

Shaklee esp

pengedar shaklee sabah




0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

CARA MERAWAT PENYAKIT SLE YANG PERLU KITA KETAHUI

10/24/2017 damiaamna 0 Comments

CARA MERAWAT PENYAKIT SLE YANG PERLU KITA KETAHUI


Penyakit SLE merupakan penyakit yang jaarang kita dengar, dan jarang diketahui umum. Betulkan? Mami sendiri pun baru je dengar dan belajar mengenai penyakit ni beberapa tahun kebelakangan ni. Secara semulajadinya, sistem pertahanan badan akan ditugaskan untuk menjaga tubuh bada daripada serangan penyakit, sebaliknya pula yang berlaku kepada penghidap penyakit SLE.



Apakah SLE?


Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.) (dipetik daripada Persatuan SLE Malaysia)

Fakta Ringkas

  • Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
  • Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
  • Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.

shaklee rawat SLE

Jenis-jenis Lupus

1. Discoid Lupus Erythematous (DLE)
  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain
2. Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian

Bagaimanakah SLE boleh dirawat?

Merawat SLE adalah merupakan satu cabaran. Rawatannya juga bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.
Disebabkan pesakit SLE mengalami berbagai gejala kita akan dapat melihat pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik. Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus semarak (flare) serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.


Kebergantungan kepada ubat-ubatan dan steroid.


Pesakit SLE perlu bergantung kepada ubat-ubatan bagi mengawal segala gejala yang menyerang mereka. Stiap pesakit adalah berbeza dan bergantung kepada jenis gejala serangan.

Kualiti Hidup

Walaupun rawatan SLE semakin bertambah baik dan jangka hayat penghidap SLE juga semakin bertambah lama, namun ianya tetap sejenis penyakit kronik yang boleh menghadkan aktiviti seseorang. Biasanya kualiti hidup dibendung oleh gejala seperti keletihan dan sakit sendi. Namun ia bukanlah menggugat nyawa seseorang. Cara yang terbaik mengawal SLE ialah dengan mengambil semua ubat-ubatan seperti yang di tentukan, sering berjumpa doktor anda, dan mempelajari seberapa banyak tentang SLE.

Supplemen cadangan untuk pesakit SLE

Bagaimana vivix bertindak untuk membantu pesakit SLE

SLE survivor

Vivix shaklee

1. Membaiki dan Mempertahankan Sel

Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mempunyai autoimmune tinggi (seperti SLE) berisiko tinggi untuk mengalami:
  • Kerosakan genomik DNA
  • Penghasilan radikal bebas
Ramuan vivix yang terdiri daripada lobak ungu, elderberries, japanese knotweed dan anggur muscadine membantu memperbaiki dan mempertahankan sel melalui pengaktifan Nrf2.

Vivix shaklee

2. Pengawalan Genetik

Genetik adalah warisan, umpamanya yang biasa kita dengar apa yang daripada ibu bapa kita kadangkala boleh diwariskan kepada kita. Contohnya diabetes, penyakit SLE, kanser dan sebagainya adalah antara penyakit warisan secara genetik.
Setiap sel dalam badan mengandungi pengawal selia genetik yang menyumbang kepada kemerosotan yang berkaitan dengan usia. Bahan-bahan Vivix menunjukkan hasil yang positif memberi kesan kepada genetik pengawal selia (menghidupkan gen umur panjang dalam setiap sel) yang seterusnya membantu untuk menolak selular penuaan.
Dalam kata lain Vivix memperbetulkan kembali struktur genetik yang menyebabkan SLE dan penyakit-penyakit lain serta mempertingkatkan fungsi DNA kepada lebih baik.

3. Vivix memberikan tenaga kepada sel

Dalam badan kita ada bahan yang disebut sebagai mitokandria, iaitu sejenis bahan yang membantu menghasilkan tenaga untuk memastikan sel berkembang dengan baik dan sihat. Fungsi mitokandria boleh menurun disebabkan oleh serangan-serangan, justeru ia boleh membantutkan perkembangan dan pembahagian sel yang sihat.
Seumpama begini, jika kecekapan mitokondria berkurangan, fungsi sel akan merosot. Bahan-bahan dalam Vivix menggalakkan biogenesis mitokondria (pengecasan semula dan salinan mitokondria). Ini memberi lonjakan tenaga kepada sel.

4. Melambatkan dan menghalang penimbunan protein AGE

Protein AGE adalah zat yang dibentuk dari gula dan protein berlebihan yang saling terikat. Apabila badan terkandung banyak protein AGE, sel akan menjadi tepu akhirnya banyak penyakit tersekat dan terkumpul. Secara ringkasnya protein AGE ni menghalang dan menyekat fungsi sel yang normal. Semakin banyak timbunan protein AGE semakin tinggi tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit.
Dalam aspek penyakit SLE, sel tubuh tidak berfungsi secara normal. Justeru Vivix dapat membantu melambatkan dan menghalang penimbunan protein AGE dalam tubuh.

Testimoni Vivix shaklee:

Vivix shaklee

Vivix shaaklee




shaklee




0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

MASALAH BAU BADAN MERIMASKAN, KETAHUI CARA ATASINYA

10/22/2017 damiaamna 0 Comments

MASALAH BAU BADAN MERIMASKAN, KETAHUI CARA ATASINYA


"Berpakaian kemas dan cantik serta bergaya, malangnya apabila berada dekat tidak tertahan baunya. Patutlah, ada yang kurang senang nak berurusan dengannya."

SHAKLEE BAU BADAN

Masalah bau badan bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. Masalah bau badan tidak hanya pada lelaki, perempuan juga tidak terkecuali. Apakah punca sebenar masalah bau badan. Oleh kerana kita berada dalam kawasan Iklim Khatulistiwa yang mana iklim sentiasa panas dan lembap. Maka sukar dihindari dari masalah bau badan kerana peluh sentiasa melekat di badan, betul tak?.

Kenalpasti punca Masalah bau badan.


Manusia normal melalui kitaran dan proses perkumuhan dan salah satu proses perkumuhan adalah berpeluh. Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses perpeluhan di mana ia bersambung terus hingga ke permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.



set bbau badan shaklee

1. Berpunca daripada bakteria.


Proses perkumuhan, iaitu berpeluh terhasil melaui kelenjar Eccrine secara tulen iaitu air jernih tanpa bau kerana keluar terus ke permukaan kulit. Manakala kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih ikat dan agak keruh. Ianya mula tidak normal sekiranya lebih banyak dari kelenjar Eccrine. 

Kelenjar Apocrine biasanya terdapat pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak dan kawasan sulit seperti kemaluan. Kelenjar  ini mengandungi sebum iaitu bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.Di sinilah bakteria lebih mudah memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti pada kelenjar Eccrine. Apabila protein dipecah masuk dalam peluh oleh bateria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan.


2. Berpunca dari toksin dalam badan.


shaklee buang toksin

Punca bau badan boleh terjadi apabila sistem perkumuhan badan tidak berlaku dengan sempurna. Bahan buangan yang terkumpul akibat dari proses perkumuhan yang tidak sempurna dan disebut sabagai toksin dalam badan. Toksin dalam badan boleh terkumpul dalam organ tertentu dalam badan kita apabila ia gagal dicerna dengan baik. Kegagalan percernaan yang berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang yang menyebabkan lebihan kepada sistem tubuh kita.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem ppencernaan tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang mempunyai masalah ini dan makan berlebihan daging, telur dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang kuat. Makanan ini mengandungi Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.


3. Pengambilan berlebihan Kafein dan makanan berempah.

punca bau baddan shaklee

'Habit' atau keesukaan kepada minuman kopi atau berkafein dan makanan berempah yang banyak bawang dan bwang putih terutamanya adalah penyubang kepada bau badan tidak kira lelaki mahupun wanita. Elakkan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang!

4. Faktor ksihatan dan genetik.

bau badan shaklee

Punca lain bau badan termasuklah masalah ginjal, hati, hypoglycemia( kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis an tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak mempunyai masalh bu baan, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.


7 Tips Kebersihan Diri Dan Pemakanan Untuk Atasi Bau Badan.


1. Mandi dengan lebih kerap sekurangnya 3 kali sehari.
2. Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar untuk meminimumkan rembesan peluh.
3. Elakkan makan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein & kekacang.
4. Cukur rerambut halus yang tumbuh seperti di bahagian kemaluan serta ketiak apabila tiba waktunya.
5. Pemakaian deodoran anti-perspirant yang mengandungi bahan antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun bukan jaminan 100 peratus.
6. Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh.
7. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.



Pengambilan Supplement Untuk Kawal Bau Badan Secara Semulajadi

Kaedah terbaik dan selamat untuk mengawal dan mengatasi masalah bau badan ialah dengan pemngambilan suplemen yang semulajadi. Malah ianya mestilah terbukti selamat dan juga yang paling penting ialah halalan toiyiban. Maka dengan itu Shaklee adalah pilihan yang tepat.

buang toksin shaklee

Alfalfa Shaklee

Alfalfa dikenali sebagai agen duretik, pembersih badan dan penyhtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu megawal bau badan.

buuang toksin shaklee

Garlic Complex Shaklee

Garlic diproses secara smulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih sbenarnya penyumbang kepada masalah bau badan dan salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Complex Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke usus kecil. Disamping itu, ia mengandungi camouran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan bekesan.

Herb-Lax Shaklee.

Herb-Lax meransang penecutan otot usus secara semulajadi. Ini membolehkan sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit dan mengurangkan gejala penyerapan toksik. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pegaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus serta menormalkan usus.






shaklee sabah


0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

KURANG MINUM AIR PENYEBAB BATU KARANG? JOM BACA

10/20/2017 damiaamna 0 Comments

KURANG MINUM AIR PENYEBAB BATU KARANG? JOM BACA



shaklee dan batu karang


Penyakit batu karang memang biasa kita dengar dan ada yang mengatakan lelaki lebih mudah terdedah kepada risiko penyakit ini. Adakah ianya benar. Tetapi apa yang paling penting mengetahui punca kepada gejala penyakit ini supaya kita boleh menghindarinya.

Kalsium penyebab batu karang ?


Kalsium merupakan mineral yang sangat penting untuk sistem tubuh kita dimana ianya membantu meningkatkan kesihatan tulang dan sendi. Kalsium juga penting untuk sistem saraf, jantung dan lain-lain organ dalam badan kita. Kalsium boleh didapati dalam makanan seperti susu dan sayuran seperti brokoli. Salah anggap orang ramai bahawa kalsium penyebab  batu karang adalah tidak tepat sama sekali. Sebaliknya pengambilan makanan yang tinggi Oxalate menjadi penggalak kepada pembentukan batu karang Calcium Oxalate. Oxalate merupakan bahan kimia yang oleh didapati daripada sayuran dan buah-buahan.


Dehidrasi punca utama batu karang!

shaklee

Orang tua selalu pesan supaya jangan tahan kencing, nanti jadi batu karang. Walaupun tidak dapat dibuktikan secara saintifik, ianya mungkin berkaitan dengan kurang pengambilan air. Kurang minum air menyebabkan kita kurang rasa nak buang air. Kurang minum air seharian menyebabkan air kencing menjadi pekat dan likat seterusnya menyebabkan ianya tepu. Air kencing yang tepu menjadikan pembentukan kristal-kristal yang terdiri daripada kalsium, oxalate dan juga asid urik. Dimana kalsium yang bergabung dengan oxalate membentuk batu karang calcium oxalate dan juga asid urik yang berlebihan juga merupakan pembentuk batu karang. 


Kurang pengambilan makan "pencair" dalam diet seharian.


Makan "pencair' tu apa. Maksud makanan 'pencair' di sini ialah makanan yang menghalang pembentukan kristal-kristal yang mejadi punca batu karang. Makanan 'pencair' ini sebenarnya terdiri daripada unsur citrade. Disarankan supaya mengamalkan minum air lemon. Air lemon merupakan salah satu minuman untuk penyingkiran toksin dalam badan yang membantu menghalang pengumpulan mineral dalam badan yang menjadi punca pembentukan batu karang.


Ganguan Metabolisme dalam sistem tubuh.


Gangguan metabolisme menyebabkan kandungan citrade menjadi rendah atau kalsium an oxalate meningkat. Gangguan metabolisme juga meyebabkan kandungan asid urik menjadi tinggi di mana ianya menjaai punca kepada pembentukan batu karang dalam badan.

Faktor pemakanan seharian.


Faktor pemakanan juga menjadi punca tambahan kepada pembentukan batu karang dalam badan. Pengambilan pemakanan yang tinggi sodium (garam tinggi) menyebabkan buah pinggang perlu bekerja keras untuk mengguraikannya, yang ditambah dengan kekurangan air untuk membantunya. Pengambilan makanan yang tinggi protein haiwan pula menyumbang kepada pertambahan asid urik dalam badan. Dan juga pengambilan yang tinggi oxalate (sumber dari tenusu dan juga kacang dan sebagainya). 

Ubat-ubatan.


Pengambilan ubat-ubatan tertentu mungkin menjdi faktor kepada pembentukan batu karang yang ditambah dengan fktor kekurangan pemabilan air yang cukup.

Bagaimana mengatasi masalah batu karang.



Setelah disahkan menghidap batu karang, ada baiknya rujuk doktor untuk cadangan rawatan dan juga pemakanan yang sepatutnya. Bagi mengelakkan pembentukan batu karang, tambahkan makanan yang tinggi serat dan mengurangkan protein haiwan, pengambilan garam yang tinggi juga boleh meningkatkan kehilangan kalsium daripada air kencing, yang turut menyumbang kepada pembentukan batu karang.



shaklee batu karang



Oleh kerana punca terbesar penghidap batu karang sebenarnya ialah masalah dehedrasi. PerformanceDrinks Shaklee adalah sangat disarankan. Kandungan sitrat di dalamnya membantu mencegah batu karang disamping membantu mengekalkan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Paling penting, ianya bebas gula dan tidak berkarbonat! Minumlah tanpa was-was!

Vivix adalah suplemen anti radang yang sangat baik untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Vivix juga suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia yang terbukti boleh mengurangkan risiko penyakit kronik.


shaklee sabah



0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

RESEPI MASAK PUTIH TELUR A.K.A KURMA TELUR YANG SEDAP DAN MUDAH

9/06/2017 damiaamna 0 Comments

RESEPI MASAK PUTIH TELUR A.K.A KURMA TELUR YANG SEDAP DAN MUDAH


resepi kurma telur

Hidangan majlis perkahwinan.

Masak putih telur ni sebenarnya merupakan salah satu menu majlis kenduri kahwin, mami memang suka sangat masakan ni masa kecik kecik dulu. Ye la budak biasa kurang gemar daging sebab serat daging selalu lekat kat gigi he he. Ada juga yang memang menyediakan menu kurma telur ni bagi yang tak makan daging. 
Mudah je nak sediakan hidangan ni, cuma kena kena minta aura rajin je sikit he he.


Bahan-bahan :


  • 6 biji telur ayam
  • 1 pek kecil serbuk rempah kurma (tak kisah la jenama apa pun)
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 batang lobak merah saiz sederhana
  • 2 biji kentang
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar dipotong 6
  • minyak untuk menumis

Bahan tumis

  • kulit kayu mains
  • bunga lawang
  • bunga cengkih
  • buah pelaga

Bahan kisar

  • 5 ulas bawang merah  }
  • 3 ulas bawang putih    }     Kiasr bersama serbuk rempah
  • 1 inci halia                   }




Bawang dan halia yang dikisar bersama serbuk rempah


kentang dan lobak merah dipotong dan lada merah sebagai penyeri

Telur yang telah direbus dan dibuang kulitnya.


Santan pekat dan santan cair

asam gelugur


Cara Memasak :


Tumis rempah

Tumis bahan kisar bersama serbuk rempah sehingga pecah minyak

Masukkan santan cair


Masukkan kentang dan lobak merah

Masukkan telur setelah kentang dan lobak empuk sedikit.

Masukkan santan pekat.

Masukkan garam dan gula dan masukkan bawang potong dan lada merah.

Dah pun siap hidangan kurma telur, sedap dihidang dengan nasi minyak atau beriani. Selamat mencuba semua.




0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah