CABARAN TRAVEL NAIK PESAWAT BERDUA DENGAN BAYI? JOM IKUTI TIPS SAYA

11/14/2017 damiaamna 0 Comments

CABARAN TRAVEL NAIK PESAWAT BERDUA DENGAN BAYI? JOM IKUTI TIPS SAYA



tips travel 
Bersedia Berlepas


Mendengar perkataan travel sahaja pasti mengujakan. Inikan pula travel yang memerlukan menaiki pesawat. Tetapi sebaliknya berbagai perasaan timbul bila memikirkan untuk menaiki pesawat bersama bayi. Baru-baru ini mami ada perkara kecemasan memerlukan mami pulang ke kampung. Oleh kerana kecemasan, perlu ingat membeli tiket kapal terbang juga jadi kecemasan walaupun adanya syarikat penebangan tambang murah. Maka dengan itu terpaksalah buat cabaran TRAVEL NAIK PESAWAT BERDUA DENGAN BAYI!.

Travel Bersama Bayi 8 Bulan.

Semasa mami travel nersama si comel, umurnya baru menjangkau 8 bulan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan mami terpaksa travel berdua sahaja bersama si comel. Salah satunya mestila atas faktor kos, kos pembelian tiket waktu kecemasan mestilah lebih mahal bukan berbanding kos hari biasa di mana kita boleh memilih waktu penerbangan murah. Sebagai penjimatan, terpaksa beli satu tiket sahaja dan ditambah tiket bayi yang bernila RM53  bagi  tiket Air Asia. Faktor lain ialah kerana bayi menyusu ibu menyebabkan mami tidak betah untuk berpisah dengan bayi terlalu lama. Labih kasihan kepada bayi yang asyik nak melekap dengan mami waktu tidur malam.


7 TIPS PERSEDIAAN PERJALANAN BERSAMA BAYI.


Kipas bayi
Kipas Travel

1. Pastikan keselesaan bayi.

Perkara yang paling perlu dititik beratkan semasa membawa bayi agar tidak meragama ialah keselesaan bayi. Perkara ini memang mami praktikkan tidak kira dimana jua mami berada bila bersama bayi. Kebiasaannya bayi tidak tahan dengan keadaan panas. Apa yang mami buat ialah sentiasa bawa bersama kipas angin "rechargeble". Ini bagi memastikan mami mudah nak gunakan bila berada di tempat yang memerlukannya. Sememamgnya umu mengetahui bahawa ruang menunggu Lapangan Terbang adalah kawasan yang dilengkapi penghawa dingin. Tetapi kedudukan ruang menunggu pesawat atau"gate" biasanya berdinding kaca yang boleh ditembusi cahaya matahari menyebabkan ruang ini agak panas berbanding kawasan lain dalam kawasan Lapangan Terbang.

bayi selesa
Bayi tertidur menunggu pesawat.

2. Penggunaan lampin yang bersesuaian dan tisu basah.


tukar lampin dal cabin
Changing table

Ini tips yang sangat penting juga bila membawa bayi travel bersama tau. Mungkin nampak remeh bagi sesetengah ibu, tapi perlu difikirkan apabila perlu menukar lampin semasa dalam pesawat. Sila pilih lampin pakai buang jenis "pants" supaya mudah ibu nak memakaikan semula apabila perlu menukarnya. Tak perlu risau sangat di mana untuk menukarnya, kerana pesawat memang dilengkapi dengan tandas yang selesa dan di dalam tandas terdapat "changing table". Mami hanya perlu buka dan lipat kebawah semasa nak menukarkan lampin bayi. Lebih senang guna lampin pakai buang jens "pants" supaya tidak perlu letak bayi terlalu lama di meja tukar lampin itu. Seterusnya lipat semula "changing table" tersebut setelah selesai menukar lampin dan minta sahaja plastik untuk membuang lampin kotor tadi daripada kru pesawat. PENTING!! "Jangan tangguh untuk tukar lampin bayi" kerana mereka tidak selesa dan boleh menjadi punca bayi menangis dalam pesawat....Boleh bikin gawat tu!!. Oleh itu memang perlu sentiasa ada tisu basah bayi untuk kegunaan mencuci semasa menukar lampin bayi. Kita sedia maklum akan keadaan paip air dalam pesawat berbanding tandas biasa kan.

3. Gunakan "carrier" yang bersesuaian.


Dah namanya berdua saja, sudah tentunya tiada pembantu kan. Jadi mami memang kena fikirkan kaedah yang paling selesa untuk kendong bayi sepanjang masa bergerak dalam lapangan terbang yang pastinya diketahui umum bukan dekat jaraknya. Untuk kendong bayi ni memang mami pilih jenis, "Soft structure carrier (SSC)". Yang ini terpulang kepada mami nak pilih yang macam mana. Ada yang sukakan jenis "wrap". mami tidak gemar dan tidak pandai sebab pada mami rasa macam susah nak guna. Ini gambar contoh SSc yang mami guna, mudah nak kenakan  seola-olah dan galas beg saja. Saja mami tunjukkan kat sini supaya boleh bagi idea untuk mami diluar sana memilih carrier yang diingini. 


Lenny Lamb

Lenny Lamb Toddler


4. Beg dan keperluan bayi.


keperluan travel bayi

Bila berada dalam pesawat, bawalah beg yang bersesuaian untuk membawa keperluan bayi dan ibu sekali sepanjang berada dalam pesawat. Kenapa kena bawa beg yang bersesuaian pula? Maksud bersesuaian di sini ialah mudah mami menggalas dan baw dan juga meletakkan sebagai "hand luggage" dimana boleh diletakkan di bawah tempat duduk penumpang semasa dalam pesawat. Contoh keperluan ialah seperti makanan dan minuman bayi dan juga mami serta keperluan lampin bayi. Oleh kerana si comel mami ni menyusu ibu, jadi mami tak perlu lah runsing sangat dalam pesawat. Cuma mami perlu mengenakan pakaian yang bersesuaian untuk menyusu bayi semasa dalam pesawat. 

Macam mami sendiri bawa bekal bun roti dan juga air botol mineral untuk mami sepanjang 2 jam dan 45 minit perjalanan dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang. Untuk si comel mami yang gemar mengenakan puting kosong, mami gunakan tali dan sematkan pada baby carrier yang mami guna tu.


5. Kenyangkan bayi sebelum menaiki pesawat.



tips travel dengan pesawat dgn bayi

Baru turun pesawat 

Oleh kerana bayi dah mula makan makanan pejal, bagi perjalanan 2 jam dan 45 minit adalah terlalu lama juga bagi mereka. Bagi mengurangkan risiko bayi meragam dalam pesawat, pastikan bayi tidak terlalu lapar semasa hendak menaiki pesawat. Dalam pesawat seeloknya kita bagi minum susu dan bukan makanan pejal. 


6. Pujuk bayi menangis dengan berjalan dalam pesawat.


Puting sentiasa ada dengan bayi

Sekiranya bayi menangis juga semasa dalam pesawat. Jangan malu atau takut untuk memujuk bayi kita. Mami sendiri pernah alaminya. Bayi menangis meragam sebab mengantuk dan belum biasa dengan situasi dalam pesawat sebab pertama kali naik pesawat untuk balik cuti hari raya. Apa yang mami buat ialah, pakai kendong atau baby carrier SSC dalam pesawat dan berjalan sambil memujuk bayi sampai tertidur. Alhamdulillah, berjaya cuma mami kena lebih bersabar lah ye.

tidur lena
Tali puting kosong disematkan pada baby carrier


7. Menyediakan susu bayi dalam pesawat.

Bagi ibu yang pertama kali menaiki pesawat, tak perlu risau bagaimana nak membancuh susu bayi. Mami nasihatkan supaya sediakan botol susu kosong bersih lebih dari satu dan juga sediakan susu ikut sukatan bancuhan dalam bekas kecil khas untuk travel siap-siap. Apabila bayi kita perlukan susu, mami hanya perlu keluarkan botol susu bersih dan minta kru pesawat isikan air suam dalam botol susu ikut sukatan bancuhan yang bayi minum dan tuang susu dalam botol dah diisi air suam tadi. Jadi bayi dapat minum susu yang masih baru dibancuh kannnn.

bekas susu travel
Milk Compartment


Harap tips ini dapat membantu mami diluar sana untuk travel bersama bayi dan menaiki pesawat tanpa debaran lagi.

Selamat TRAVEL SEMUA

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah

ANTARA SUSU TUMBUHAN DAN SUSU HAIWAN

11/08/2017 damiaamna 0 Comments

ANTARA SUSU TUMBUHAN DAN SUSU HAIWAN

perbezaan susu haiwan dan tumbuhan

Bila sebut je mengenai susu, mesti terbayang susu lembu atau susu soya. Produk tenusu berasaskan haiwan kebiasaannya adalah susu lembu yang paling meluas. Namun sekarang produk tenusu telah berkembang, ada susu kambing, kuda dan juga unta. Masing-masing dengan kelebihan tersendiri.

Begitu juga dengan susu tumbuhan. Susu tumbuhan yang paling terkenal adalah SUSU SOYA. Ini kerana kandungan protein dalam susu kacang soya itu.

Walau bagaimanapun, susu tumbuhan dan juga haiwan ada kebihan dan kekurangan masing-masing.


Jom kita lihat perbandingan sini S - soya, H - haiwan


Untuk nutrien S tidak sebanyak nutrien H

Untuk kalori S kurang 50% kalori berbanding H

S mengandungi unsur serat dan H langsung tak ada.

S pulak sesuai tuk mereka yang mudah kena darah tinggi kerana mengandungi rendah sodium

S - rendah lemak berbanding H 9 kali lebih tinggi

Untuk protein kedua-dua S & H kualiti sama amino asid...paling sama...berbanding tumbuhan jenis lain. Tapi kalau protein H lagi tinggi dari S

 Kandungan kolestrol dan laktose.

S tak ada kolesterol, H ada kolesterol sebab mamalia

S tak ada lactose ni biasanya orang alergik susu lembu doktor akan cadangkan tukar kepada susu soya

S mengandungi magnesium, copper dll yang bantu penyerapan kalsium dalam tulang tp H tak ada alemen-elemen surih ni.

Zat besi S lagi tinggi berbanding H iaitu lebih kurang 25x ganda

Ada 1 kajian mengatakan kalau 2 kali pengambilan S sehari dapat mengurang kan 70% risiko kanser prostat

Kebanyakkan S sekarang ni diperkaya dengan kalsium karbonat (lebih mudah dicerna oleh manusia) walaupun S tidak mengandungi banyak kalsium berbanding H

S mengandungi, lecithin yang bagus untuk otak dan ingatan serta merupakan 1 vitamin yang sangat diperlukan oleh sel-sel dalam badan dan vitamin E 

Susu soya Terbaik.

Sama ada haiwan ataupun tumbuhan carilah yang PDCAAS score yang paling tinggi iaitu 1.0 sebab ni menunjukkan kadar penghadaman yang tinggi. Kalau anda rasa sus yang diminum itu terbaik tetapi gagal dihadam dan dicerna dengan baik, tidak memberi makna apa-apa juga.

Oleh itu mami boleh sarankan susu Soya NON GMO yang mana PDCAAS score nya ada 1.0.

Shaklee esp

Shaklee esp

pengedar shaklee sabah




0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah