MASALAH KUTU KEPALA LAGI? JOM ATASI DENGAN KAEDAH INI

1/06/2018 damiaamna 0 Comments

 MASALAH KUTU KEPALA LAGI? JOM ATASI DENGAN KAEDAH INI

Kutu rambut
Anak menggaru kepala

"Kenapa kamu asyik menggaru-garu ni? rimas la mami tengok. Kamu dah mandi dan cuci rambut ke belum ni?" Itu lah soalan mami setiap kali tengok anak dalam kedaaan merimaskan. Tanpa mami sedari rupa-rupanya sang kutu dah berjaya membiak di kulit kepalanya.

Fenomena kutu

Saat dan detik dapat tahu kepala anak-anak dijangkiti kutu saja, automatik kepala mami terasa gatal merenyam jeeeee. Anak-anak jarang tahu mereka dijangkiti kutu. Masalahnya apabila dijangkiti kutu, perkembangan mereka menjadi terganggu kerana masalah gatal kepala yang melampau.Masalah anak lelaki yang dijangkiti kutu lebih mudah diatasi berbanding anak perempuan. Anak perempuan biasanya kurang bersetuju untuk memotong rambut apabila mereka dijangkiti kutu.


Pembiakan kutu


Fahami serba sedikit tentang kutu ni. Kutu merupakan parasit penghisap darah yang mudah membiak. Telur kutu hanya memerlukan 8 hari untuk lengkap dan menetas anak kutu. Kutu pula sangat mudah merebak dengan hanya berkongsi penggunaan sika atau sisir rambut. penggunaan tuala mandi dan juga perkongsian tempat tidur.   

Anak kutu menetas dalam masa 8 hari sahaja.

Sikat rapat untuk membuang kutu rambut.

Kutu boleh merebak dengan cara tidur bersama.


Bagaimana Atasi masalah Kutu Berulang?

Masalah kutu boleh berulang kembali sekiranya faktor kebersihan tidak diberi penekanan. Di sini mami kongsikan atau kaedah penjagaan kulit kepala pengalaman mami dan juga ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama.

Sikat rambut ketika rambut basah.


Gunakan sikat yang rapat yang sememangnya dikhaskan untuk menghilangkan kutu rambut. Ulang proses menyikat kutu rambut ini setiap 3-5 hari supaya tiada anak baru yang menetas. Buang juga telur kutu yang terdapat pada pangkal rambut.

Penggunaan syampu rambut.



Boleh cuba cari syampu seperti dalam gambar di atas untuk mengatasi masalah kutu berulang.



Gambar di atas ni pula adalah syampu yang memang dikhaskan untuk kutu. Harga mungkin mahal sedikit dari syampu biasa.



Penggunaan vitamin rambut.



Penggunaan vitamin rambut juga sangat membantu. Penggunaan vitamin rambut merupakan kaedah penjagaan rambut secara luaran supaya kekal cantik bersinar dan nampak sangat bermaya dan bersinar. Namun ianya memerlukan kerajinan yang tinggi.

Tips Agar Tidak Dijangkiti Kutu Rambut

Bagi anda yang belum mempunyai kutu rambut ataupun yang sudah menghilangkannya, sebaiknya baca tips berikut agar tidak dijangkiti.

1.Pastikan anda tidak tidur bersama orang yang mempunyai kutu rambut kerana kutu tersebut dapat melompat atau berpindah pada rambut anda.

2.Jika ada ahli keluarga anda yang menderita gatal pada kulit kepala dan pada rambutnya mempunyai telur kutu seharusnya bertindak segera dengan beberapa cara diatas sebelum kutu tersebut menyerang anda juga.

3.Jangan berkongsi barangan yang mempunyai kaitan dengan rambut seperti tuala, tudung, sikat, topi, dan sebagainya dengan orang lain. Kerana salah satu cara berpindahnya kutu rambut adalah dengan beberapa benda tersebut.

4.Selalu mengambil berat mengenai kebersihan serta kesihatan rambut anda. Pastikan anda selalu merawat dengan mengunakan bahan semulajadi ataupun shampu. Sebaiknya jangan menggunakan shampo setiap hari kerana akan merosakkan kesihatan rambut anda.


0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah