MERAWAT CHICKENPOX BABY SECARA SEMULA JADI

1/10/2018 damiaamna 0 Comments

MERAWAT CHICKENPOX BABY SECARA SEMULA JADI



tips merawat demam campak


Pernah kena demam campak atau chickenpox. Kalau demam campak kena pada bayi memang merunsingkan kan. Oleh kerana ubatan adalah kurang didedahkan kepada bayi di bawah usia 2 tahun, maka mami kena mencari kaedah lain yang lebih selamat dan sesuai.

Simptom demam campak pada bayi


Kebiasaan demam campak tidak menampakkan tanda-tandanya pada hari pertama bayi demam. Tetapi ada beberapa tanda yang boleh kita kesan 

  • Demam tinggi.
  • Batuk, selesema dan sakit tekak.
  • Sakit otot.
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
Selepas hari ketiga atau keempat mengalami demam yang tinggi, baru ruam akan muncul sedikit demi sedikit. Kebiasaannya dari bahagian atas badan dahulu.
sumber : kenali demam campak

Cara merawat demam campak kaedah  semulajadi


1. Air kelapa muda.



merawat demam campak

Minum air kelapa muda dikatakan dapat mempercepatkan proses keluar ruam atau campak ke seluruh badan.

2. Daun semambu atau daun neem



merawat demam campak

daun semambu digunakan secara semualajadi sebagai mandian bagi mengurangkan rasa minga atau gatal dan mengelakkan dari berjangkit.

3. Kacang hijau.



merawat demam campak

Kacang hijau ni pula direbus dan dikisar dan dijadikan bubur buat bayi. juga dikatakan sebagai faktor mem[ercepatkan proses keluar ruam. Petua ni mami dapat dari pengasuh baby....Mami ikut je mana yang baik he he.

4. sapuan atau luaran


Sapuan atau luaran mami cuma gunakan krim yang memang ada di rumah.

merawat demam campak
Krim herbal blend ni dari shaklee dan sesuai untuk semua peringkat umur termasuk bayi.


Ada yang mencadangkan kepada mami untuk menggunakan sabun atau krim Himalaya yang berasaskan daun Neem. Mami tidak pula mencuba sebab kurang pasti bersesuaian atau tidak kepada bayi. Tapi sekiranya anak lebih besar rasanya boleh juga cuba memandangkan ianya lebih mudah dari mendapatkan daun semambu. Sabun ni boleh didapati di kedai farmasi berdekatan ye.

Ini adalah losyen yang paling biasa kita dapat apabila berkunjung ke klinik. Tetapi ada sesetengah doktor tidak menyarankan kerana calamain lotion menyebabkan kulit kering yang menjadi punca kepada kulit gatal.

merawat demam campak


Sekiranya ada bedak sejuk, campurkan dengan daun semambu atau daun neem yang dikisar supaya hilang rasa gatal di seluruh badan. Pakaikan pada seluruh badan sekerap yang boleh.

5. Mandian Lemon


merawat demam campak


Mandian lemon ni mami gunakan untuk kurangkan suhu badan baby. bayi yang demam campak, sentiasa turun naik suhu badan mereka. Selain makan paracetamol yang dibekalkan oleh doktor, boleh mandikan bayi dengan mandian lemon untuk turunkan suhu. boleh mandi sekerap mana yang nak. Demam biasa pun boleh amalkan ye. Seeloknya pantau suhu badan bayi sekerap yang boleh.

6. Supplemen ibu menyusu.



merawat demam campak

Oleh kerana bayi masih belum mula makan makanan pejal atau baru mula dengan puree sahaja, maka menjadi tanggungjawab ibu yang masih mnyusukan bayi untuk menggandakan pengambilan makanan berkhasiat dan juga makanan tambahan supaya menghasilkan susu yang lebih bernutrisi.


7. Essential Oil.


Essential oil adalah salah satu cara merawat demam campak tanpa ubatan. Sekiranya Mami semua tiada stok lemon kat rumah, boleh gunakan EO lemon sebagai sapuan untuk menurunkan suhu badan bayi. Sekiranya bayi elok (diluted) je paa tapak kaki dan belakang badan dia.




Bagi memberi keselesaan pada bayi supaya tidur lebih lena  boleh cuba  Diifuse mengunakan Purification atau thieves.


Semoga semua tips ini dapat membantu ibu ibu semua. Semoga ibu semua tabah menjaga bayi yang kurang sihat dan sentiasa tenang.




0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah