KELEBIHAN DAN KEBAIKAN ANGGUR MUSCADINE YANG PATUT KITA KETAHUI
KELEBIHAN DAN KEBAIKAN ANGGUR MUSCADINE YANG PATUT KITA KETAHUI
Anggur adalah sejenis tumbuhan hebat dan istimewa. Malah di
dalam al-Quran ada disebut 6 kali tentang buah anggur. Anggur dikatakan antara
buah yang dibawa dalam bahtera Nabi Nuh.
Ada pelbagai jenis anggur di dunia, dan salah satunya ialah
anggur muscadine atau dikenali sebagai anggur muskat, yang dikatakan anggur
paling istimewa.
Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20
kromosom, dan oleh kerana pasangan tambahan kromosom ni, ia menyediakan lebih
banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksidan
terbaik.
Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, dan
hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan
resveratrol. Ia juga mengandung asid ellagik, yakni sejenis polifenol yang
tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam
menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.
Ia sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika
dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial di zaman Mesopotamia (di
antara negara Turki dan Iran).
Kini kita dapat nikmati kebaikan anggur muscadine atau
muscat ini di dalam satu botol yang mudah dan penuh kebaikan – VIVIX
10 fakta tentang anggur muscadine
1. Tumbuh di kawasan PANAS & LEMBAP
Anggur muscadine tumbuh semulajadi ditempat yang panas dan
lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.
Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik dan cahaya
matahari yang kuat, ia mengandungi banyak resveraterol dan polifenol. Anggur
muscadine adalah anggur yang jarang didapati dapat hidup dalam cuaca yang
ekstrem. Semakin buah anggur terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia
menghasilkan resveraterol yang tinggi.
2. SAIZ SEBESAR BOLA GOLF
Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh
membesar sebesar BOLA GOLF! Saiz yang lebih besar berbanding anggur biasa yang
berdiameter sekitar 5cm atau seakan-akan sebiji buah plum.
3. MEMPUNYAI KULIT YANG BESAR & KERAS
Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal
berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .
4. BOLEH MELINDUNGI DIRI DARIPADA BAKTERIA & KULAT
Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan
kimia kerana anggur muscadine boleh
menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.
Hal ini kerana anggur ini mengandungi resveraterol yang
merupakan phytoalexin di mana ia dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa
jenis tumbuhan apa diserang pathogen seperti bakteria dan fungi.
5. MEMPUNYAI 20 PASANG KROMOSOM
Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom , anggur
muscadin mempunyai 20 pasang lebih 1 kromosom daripada biasa yang menjadikannya
lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan
burung.
Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis
antipenuaan khas. Malah kandungan kompaun polifenol dalam buah anggur ini
adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah.
Ianya menyediakan lebih banyak faedah kepada kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi
dan bersifat antioksidan yang tinggi.
6. TIDAK MEMERLUKAN SEMBURAN RACUN PEROSAK
Bukan itu sahaja kerana ia merupakan satu-satunya anggur
yang tidak memerlukan semburan racun perosak
7. MEMPUNYAI ORAC PALING TINGGI
Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham ,
Massachusetts pada tahun 2003, anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC
(Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah
kaji. 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding BLUEBERRIEs
8. KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN
Kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric
proanthocyanidins(OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih
kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.
9. MENGANDUNGI RESVERATEROL 6X LEBIH TINGGI
Ia mempunyai kadar RESVERATROL 6x lebih tinggi dari anggur merah.
10. ANTIKANSER & ANTIRADANG
Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid –
antikanser dan antiradang.
Kredit to :keistimewaan anggur muscadine dan fakta anggur
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi
Shaklee ID: 906598
0 comments:
Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah