TIPS HILANGKAN SAKIT GIGI DENGAN CEPAT DAN SELAMAT

2/19/2018 damiaamna 0 Comments

TIPS HILANGKAN SAKIT GIGI DENGAN CEPAT DAN SELAMAT



Assalamualaikum.

Pernah alami sakit gigi? Hanya yang pernah alami yang faham macam mana rasanya kan. Mami antara orang yang kerap alami sakit gigi satu ketika dulu, apatah lagi dalam tempoh mengandung. Sebelum tu mami tak tahu macam mana nak atasi masalah sakit gigi ni, seebabnya mami sendiri tak pasti punca masalahnya kan. Tapi mami nak kongsikan tips macam mana mami hilangkan sakit gigi. 


Cuba bayangkan kita baru nak lelapkan mata dan tiba-tiba sakit gigi menyerang. Sesiapa pernah alami sakit gigi mesti tahu bertapa menderita kerana apabila sakit gigi menyerang, secara automatik akan terasa sakit kepala yang amat sangat kerana saraf gigi berkait.

Jom tonton video perkongsian mami.




Fahami dulu apa itu sakit gigi?


Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami di sekitar gigi atau rahang. Sakit gigi lazimnya terjadi di kalangan mereka yang mengabaikan kesihatan mulut. Ia sering merupakan penyebab utama mengapa seseorang itu berjumpa doktor gigi. Kesakitan yang teruk boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan tidur, ketidakhadiran dari sekolah atau kerja dan mengganggu kegiatan sehariannya.

Apakah yang menyebabkan sakit gigi?


•Sebab utama sakit gigi adalah kerosakan (karies) gigi
•Selain dari kerosakan gigi, sakit gigi juga boleh disebabkan oleh :
•Penyakit gusi (penyakit periodontium)
•Gigi sensitif
•Gigi retak
•Sakit sendi rahang
•Sakit gigi boleh disebabkan oleh masalah yang tidak berasal dari gigi atau rahang seperti:
•Sinus tersumbat
•Sakit telinga

Baca juga :TIPS TURUNKAN PARAS KOLESTROL DENGAN CEPAT DAN SELAMAT


Kaedah Tradisional hilangkan sakit gigi

1. Hilangkan plak

kaedah menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari selepas membasuh gigi.

2. Minyak gamat

Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.

3. Gigit bunga cengkih

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.

4. Kumur dengan air garam

Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.

5. Kapur sirih

Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.

 6. Kumur air rebusan sirih

Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

7. Lidah buaya

Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.

 8. Habbatus Sauda

Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.

9. Daun serai

Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

10. Tomato muda

Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.

Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.

11. Gambir


Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.

12. Kumur garam, air dan limau nipis

Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.

13. Asam jawa

Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

14. Bawang putih

Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Insya-Allah, anda akan terasa kesannya.


Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi
Shaklee ID: 906598

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah